30 Oct 2012

Saat Ini





Saat ini aku keseorangan di rumah


Saat ini hujan sedang mencurahi bumi Seri Iskandar


Saat ini aku sedang kelaparan


Saat ini aku sedang mengadu kelaparan dalam blog


Saat ini aku tak dapat nak masak sebab gas dah habis 


Saat ini aku sedang dengar lagu Teruna dan Dara


Saat ini aku rasa mahu berjoget (dalam mimpi)


Saat ini aku sedang memikirkan keadaan housemates / studio-mates yang masing-masing dah selamat sampai rumah :(


Saat ini aku sedang membisukan diri (sebab takde teman borak)


Saat ini aku tiada kredit mahu menelepon mummy


Saat ini aku sedang melihat baju bertimbunan tak tahu macam maca nak organised elok-elok bagi muat dalam beg (okay ayat panjang sangat)


Saat ini aku kegelisahan


Saat ini aku wondering macam mana nak selamatkan diri dengan pantas kalau ada emergency sebab tiga-tiga pintu dan pagar rumah aku kunci mangga semua (oaky ayat panjang lagi)


Saat ini aku berdoa agar aku selamat at least sampai esok pagi ke ? -___-


Saat ini aku tengah fikir alasan terbaik nak bagitahu landlord yang TV dah rosak 2 bulan lepas tapi sampai sekarang tak bagitahu lagi (mampos kena marah esok. biar mummy handle. HAHA)


Saat ini otak kiri sedang berlawan dengan otak kanan


Saat ini aku rasa kosong apatah lagi excited nak balik


Saat ini aku rasa bahu aku sakit sangat sebab lenguh mungkin ?


Saat ini aku rasa nak tamatkan entry saat ini supaya aku tak payah fikir nak tulis saat ini lagi pasni


Saat ini-ception. TEEHEE.



Keprihatinan seorang kakak. *hugs* Hehe


24 Oct 2012

Alhamdulillah Ya Rabb






















Nuff said. HAHA. Alhamdulillah Ya Rabb. Terima kasih buat ayah dan ibu (yang selalu bebel sebab asyik-asyik makan kfc je keje. HAHA), penyelia (macam la baca blog aku ni), En Aszhar dan Dr. Suharto, buat teman-teman yang gila bersama (nasib baik lulus, kalau tak dah ada satu mayat dah keluar paper esok. HAHA), buat jazuli (budak interior architecture yang paham situasi aku camne -___-), buat kawan-kawan BBM (sebab selalu kena baca status merapu yang aku selalu update), dan awak nun jauh di sana :) . Last but not least, Era FM baca status i okayyy. Thanks Zahid & AdiFashla. :)





Alhamdulillah Ya Rabb


20 Oct 2012

Chow Kit






Aku baru download cerita ni. HAHA. Noob. Baru nak tengok. Aku tengok cerita ni, terasa dekat dengan diri aku sebab aku penah tinggal dalam susasana begitu cuma tolak pelacuran, penagihan dadah, pembunuhan.


Aku tinggal di perumahan setinggan sejak aku bayi sampai umur 6 tahun. Bukan di Chow Kit tapi di Kg. Medan, PJ. Suasana perkarangan setinggan aku tu macam dalam cerita ni sebab kat tengah-tengah bandar tapi aku tak nafikan in fact aku mengaku aku rindukan perumahan setinggan. Aku tinggal di situ bersama 6 adik beradik ibu aku yang lain so overall aku selalu lepak bersama cousins aku dan dari situ sampai sekarang kitorang sangat rapat :')


In fact dalam cerita Chow Kit ni babak yang budak-budak jalanan tu, ha tu la aku dan cousins aku dulu. Tapi bukan la budak jalanan. Parents kitorang good peoples okay. HAHAHA. Kitorang suka main kat lombong, berkeliaran dari pagi sampai petang (sebab parents semua pergi kerja) pastu curi buah, kacau binatang orang, buat bising, bergaduh, main belasah-belasah, mandi kat kolah yang besar punya (tapi kena bayar 50 sen -.-) then main kejar-kejar / nyorok-nyorok berjam-jam tak sudah. HAHA.


Parut-parut takyah cakap la banyak mana. Perempuan ke lelaki ke kalau dah bermain ganas-ganas tak ingat dunia, maka parut tu pun dah jadi lali. Hehe. Kat kawasan setinggan ni, susun atur perumahan dia berselerak dan rapat-rapat. Kalau laki bini gaduh, 2 3 rumah sebelah tumpang dengar jugak. Hehe. Then, terlampau baaaaannnyyaaaaaaakkk short cut ! Ni best kalau main kejar-kejar or nyorok-nyorok sebab short cut banyak. Hehe. Oh ! Dengan lebih tepat lagi macam dalam cerita Slumdog Millionaire.







Yeaahhh. Macam ni la keadaan setinggan aku tu. Tak caya ? Please percaya. Hehe. Kes-kes pergaduhan tak perlu diperkatakan. Especially melibatkan kaum. Hari-hari boleh tengok dan kes paling teruk masa kes Hindraf dulu. Walaupun masa tu aku dah pindah Putrajaya tapi kebetulan kitorang datang Kg. Medan sebab nak jumpa sedara-mara so tersaksi kejadian gaduh tu. Memang macam dalam movie Chow Kit ni la gaduh dia tapi tak main pistol bhai. Parang dengan pedang la. HAHA. Ngeri tahu.


Okayyy. Tak macam menyimpang pulak motif tajuk dengan esei aku ni. Hehe. Apa pun aku salute kat pengarah cerita ni dan keseluruhan team sebab berani mem'movie'kan cerita realiti kehidupan. Sometimes the reality scenarios pretty much cool instead of some fairytales fake and fraud scenes. HAHA. Oh yaa. Lagi satu, aku suka soundtrack movie ni - Mati Hidup Kembali. Thanks la pada sesiapa yang bagi lagu ni kat aku :)






Lama dah tak merapu rasanya :)

17 Oct 2012

Wordless Wednesday #26 : Quote







" Kalau hang tak sayang kat orang tu dah, takkan hang simpan lagi teddy bear tu"

- As, 2012






8 Oct 2012

Rumah






Kalau aku balik rumah, aku tak peduli langsung pasal social network. Aku tak on facebook, aku tak update blog, even laptop pun aku tak bukak. Bahagia rasa. Aku nak berada di rumah selalu. Aku tak nak berada di kampus. Sebab asyik buat aku lalai je. :(





3 hari 2 malam di rumah, sangat bermakna :')





Iris Adni





Iris, tunggu kakak ye. Kakak sedih la Iris nangis time kakak nak balik tadi. Nanti kita gila sama-sama ye. Kakak tension sangat kat sini. Iris doakan kakak okay ? :')

3 Oct 2012

Wordless Wednesday #25 : Final Year Student




Ruang tamu dah jadi tempat beradu aku untuk kebelakangan ni. Sepah tak sepah asal boleh buat thesis =.='


Boboi ! Makceh na teman titew 24 / 7 :)

Before melangkah keluar rumah for 1st paayyypeerr. Serius aku cuak sampai menggeletar baca doa tadi. Huuu.



last but not least, I got wishes from all my FB friends and my bibiem friends. HAHA










Not soooo wordless anymore. HAHA. Okay sekarang gua nak tidur empatpolohlapan jam. HAHAHAHA ! Okay gua tipu. Gua nak sambung thesis. -_________________-

1 Oct 2012

:')





Aku kelihatan macam terlalu desperate


Tak apa la kalau orang tak nampak pengorbanan kamu, asalkan kamu bukan seorang egois 


Lambat laun terbuka pintu hatinya untuk memaafkan dan menerima kamu 


InshaAllah :)



picture by Umar Mita