30 Jan 2011

Pack Schedule



assalammualaikum


First time rasa macam dah lama tak update belog. Malass + busyy + extremely penat. Just nak kabo yang field work ke Kuantan memang the best ever and ever ! Seriously. Rasa macam holiday instead of buat kerja. Gagagaga ~ Nak update story pasal Kuantan tu boleh tapi confirm 3 jilid pun takkan muat. Hehe. Lagipun, kekangan waktu menjadi isu utama sekarang. Bila dah update belog confirm kena ada gambar. Nak upload gambar memang macam tuuuuuuuuuuutttttttt kan. So, nanti la ye. :)



Disebabkan kat Kuantan cuaca memang setiap masa hujan so kitorang buat kerja pun redah hujan. Macam dah tak kisah dah kalau kena hujan. Plus, kat hotel pasang aircond so bangun pagi suara memang macam Man Kidal laaa (die bukan pemain gitar ke). Kesimpulannya, saya demam :( 


Hari ni baru sampai rumah. Tapi esok (31 Jan) nak jumpa Babes and malam terus shoot pigi Langkawi for a holiday with my family. Pagi sabtu baru sampai rumah. Hari Ahad dah balik kampus. Adoooooooiii. Assignment memang tak berlambak, entah bila nak buat. Hopefully dapat siap before cuti abes. Ohh ye. Lupa pulak...



Happy Holiday & Chinese New Year ! ^^



22 Jan 2011

Jali Birthday Bash !



assalammualaikum


Yezzzaaa ! 21.01.2011 (nice date isn't it) birthday jali. Muhd Razali Kasribot. Dalam kelas memegang jawatan Assistant Coordinator. Kiranya kuli aku la kaann. Hahhaha. Jangan marah jali :)




aiyooo. ini orang sudah di taken laa. eheeeeek :)




Taken by Fatin Farhana Suhaimi. Heeee. Asalnya camni jali. Aku sama paten decided nak buat montaj untuk anda tapi macam last minute sajee and saya pun ingat² lupaa. Hahaha. Last² paten pi beli kek sendiri. Ampun yaa paten :) So, tadi kitorang kena kan jali. Mula² aku buat² ajak jali pegi studio 3A kat bawah kononnya nak tanya pasal surrounding environments. Budak² lain handle preparation and tutup lampu studio buat macam dalam TV selalu buat tu. Gagagaga ~ Then  


"Happy Birthday Jali !!"


Disebabkan takde pinggan so kitorang kerat² je kotak kek tu. Orang kata hidup kena pandai berdikari. Lepas guna "pinggan" tu, kitorang sume basuh balik so that boleh recycle untuk next birthday. Tipu je. Aaaaaaa. Kek coklat bersalut krim sama itu almond la ! Super sedap tapi super manis jugee. Hehehe.


Part yang paling best opkos la main calit² krim. Mujur tak kene sangat tadi kalau tak memang makan pelempang la sekor². Hahahaha. Disebabkan tak sume budak studio datang so panggil senior dengan junior sekali. Hahaha. 1 Malaysia katakan. :) Yang ada tadi Jali (opkos la kan.bengong), Paten, Syasya, As, Mia, Hanim, Capik & Hakim. So, do enjoy all the photo okay :)


















 

sebok layan belog =.=
















tukang record video


adek junior ^^






mangsa violence. kesian ^^


Haaaa. Best kan kan ? Heeee. Pasni kitorang dah aim budak² yang birthday die on February. Habesss la korang ! :)





21 Jan 2011

G.I.S -____-



assalammualaikum


Korang ada belajar GIS ? Ada ? Baguuussss. Kita dalam situasi yang kritikal yakni aku sangatt tak suka GIS. =.=' Having problem with GIS looo. Oh ye. GIS stand for Geographical Information System. Benda ni memang best bagi pemetaan tapi nak membuatnya adoyaiii. Better korang pergi ucap terima kasih kat depa yang buat map tu. Ingat senang ka ?? =.='


Meh la nak tunjuk sikit camne GIS ni..
Mula² mesti la ada soft ware nye : MapInfo Professional



Saje nak tunjuk screen background. Hahaha. Nampak MapInfo ? Haaa. Tu die soft ware untuk GIS. Haa pastu klik la apa lagi. :) So jadi la cam gini..




Pastu bukak la folder yang kita nak buat tu. Haa. So far kitorang kena ubah warna asal map America. Warna asal hijau muda. Tapi assignment kitorang menyuruh kitorang ubah warna and masukkan area. 




Haaa. Lebih kurang cam gini la. Actually tak siap lagi tu pasal separuh je yang berwarna. Heeee. :)
Nak warna die senang tapi map America ni berbucu² die memang terbaik dari ladang teh boh la habaq kat hang.. Hahahaha. Tapi nak buat macam mana. Layaaaannnn ~




Haaa. Ni kira proses nak warnakan. Nak terangkan pun tak reti. Ahaks. Tapi point die kat sini nak bagitau yang aku lebih sayang Autocad instead of GIS ! Autocad ? Mende tu ? Hahahha. Pandai² la cari. Maybe sekarang ni belum sayang GIS lagi kot.. Kan ? Kan ? Heee huuu haaa :)



16 Jan 2011

Ketagih

Ilusi Halusinasi




assalammualaikum


Apa pandang² ?? Siku karang. Hahaha. Tajuk entry nak gempak kebaboom boom boom jee. Padahal takde kene mengena pun. Baru sat tadi tengok facebook babes and usha album diorang masa kicik². Cweeeeet cangaaat auww auwww ! Heee huuu haaaa. Rasa nak jugak buh gambar masa kicik² dalam FB tapi nanti famous amous pulak sebab cumel sangat. Gagaga ~ So buh dalam belog aje la ehh. Aci dak ? =.='


mommy pakai baju polka dots laa ! I loike ! ^^


cenyummm ! gagaga ~


muka ketat bhaii =.='



Abang saudara yang sudah besar sangat panjaaaangg punyaa. Die pulak sebok² bukak hadiah orang =.='



Dengan kakak saudara yang sangat ayu auwww auuuwww gitu. Heee :)




Sila teka mana satu aku ? Gagagga ~


Hari jadi yang ke-4 :)


lil twins :)


Aku dah cakap yang semua gambar ni kiut miut sajeee. Hahaha. Studio-mates cakap muka aku tak berubah and comel aje. Tapi diorang gelak gila² bila tengok gambar² ni malam tadi. Korang gelak ikhlas ke hapee ? =.=' Sekian :)





15 Jan 2011

Studio 3B





assalammualaikum


Meh nak tunjuk sikit situasi dalam kelas aku. Ada yang bingung studio tu macam mana ? Kenapa panggil studio bukan kelas ? Kenapa kitorang ada studio ? Kenapa ? Kenapa ? ARRRRGGGGHHHHH ! 
Hahahhaa ! Gimik je tu. Actually aku dalam bidang base studio di mana kat kampus ni base studio hanya ada 4 courses iaitu Town & Regional Planning, Architecture, Landscape Architecture & Interior Architecture. 

WAIT ! 

Korang perasan tak course Town Planning takde word ARCHITECTURE ?? Nak buat usul la. Suruh HEA tukar nama PLANNING ARCHITECTURE. Perghhh ! Perghhhh ! Heeee :) Okay, aku lupa nak amik soft copy Carta Organisasi dari membe, so nanti la aku upload gambar tu ye. Apa pun, meh nak perkenalkan Class Representive sem ni. Mr Azwan Rosni !! But we prefer to call him Juan :)


aku tak paham apa motif kau pose camtu =.='


pergggh ! perghh ! Class Rep & Kordi ! ^^


Our Assistant Class Representive is . . .


Puteri Nursyahirah a.k.a. Syasya !


Kordi pendek =.=


Alamak ! Tiba² rasa macam gajah duduk atas kelopak mata. Berattt sihhh. Mau tido kejap okey je kan ? Hehehe. Jap lagi nak pi studio juge. Lalalallala ~ Sekian :)


Derma Darah



Lokasi : Foyer Fakulti Senibina, Perancangan & Ukur
Tarikh : 14 Januari 2011
Masa : 12.00 pm


assalammualaikum


Syioookk bah derma darah ni ! Hahaha. Intro yang sangat berhemah. Well, semalam aku derma darah sempena kempen derma darah. Kat kampus aku ni setiap sem akan ada kempen derma darah. Tapi 2 sem previous, aku tak sempat derma sebab kekangan waktu so sem ni tak nak lepaskan peluang. Mula² tu cuak jugak sebab dah setahun lebih tak derma darah. Kira semalam tu kali kedua derma darah sepanjang 20 tahun hidup.


Darah aku jenis B. Patut la dalam result banyak B je. Ahahahhaa. First time derma darah masa PLKN dulu tahun 2009. Masa first time lagi sakit sebab takde experience plus rasa bodobar tu kuat sangat. Then, semalam macam cool sikit. Tak sakit sangat dah konon nak lagak macho. Dah la kena baring depan khalayak ramai. Tapi, disebabkan aku ni memang tak tau malu so buat dekkkk aje la kan. Buat² muka sakit masa tengah derma sambil berlagak gaya macam nak cakap. . . 


Woooiii, aku derma darah woooii ! 


Hahahaa. Sengal ^^. Apa pun mekasih pada mek Asnida sebab mengambil gambar aku ketika itu. Kalau tak sia² je derma tak amik gambar sebab tak dapat nak buktikan dalam entry. Gagaga ~





Ada orang kata aku nampak comel dalam gambar tu bukannya cuak. Hahaha. So aku nak berterima kasih pada orang tu. Terima kasih ! Ehehehehek. :) Nampak kan kantung beg darah tu ? Haaaa. Amount die 300ml. Sikit ?? Banyak okay !!




Siap dapat stiker bhaaaii. Agak² boleh guna tak untuk mohon kolej sem depan ? Hahaha. Kelebihan orang yang derma darah ni ialah, dapat rawatan percuma di klinik atau hospital tapi dengan syarat ikut berapa kali kita menderma. Macam saya baru 2 kali dah layak dapat percuma rawatan pesakit luar dan perubatan wad kelas kedua untuk 4 bulan dan percuma pelalian Hepatitis B. Haaambekkk. Special kan orang yang derma darah ni ? So, moh la kita sama² buat bakti pada orang yang memerlukan. Jangan nak kedekut sangat. Heee :)




psssst : Pihak hospital memerlukan darah A. So, sape yang selalu dapat A masa exam, pi la derma :)




12 Jan 2011

Kebizian melampau



assalammualaikum


SERIUS. Tak pernah rasa sesibuk ni. Baru minggu ketiga tapi, perghhhh. Rasa macam final study. (hakhak) :) Busy dengan studio sampai keje lain tak sentuh. Tapi takde la sampai tak buat langsung. Buat jugak sebab sem ni dah aim Dean's List. Insya Allah. Incik, saya dah terangkan pada anda kan kondisi saya. I'll call you if I'm not able to appear online. Ok incik ? Heee. :)


Sudah². Keje lain tak buat lagi. ARRRGGGGGHHHH ! Khamis ni kena pegi site visit di Sg. Siput. As a  project coordinator, I'm hoping that everything is going to be just fine. Insya Allah :) Orait. Proceed ^^






2 Jan 2011

Azam Tahun Baru ? Hmmm.

assalammualaikum


Ceyytt. Azam ? Tak pernah selama ni ada azam. Dah 20 tahun hidup memang tak pernah ada azam sebab azam saya adalah hari² bukan tahunan. Heeee huuu haaaa. Tapi apa pun, ada beberapa niat bukan azam ye yang terbuku di hati tapi masih mencari jalan dan peluang untuk merealisasikannya. Mudah-mudahan mulai tahun ini, akan terlaksana la niat tu dan akan merealisasikannya seumur hidup. Insya Allah.


1. Mahu berpakaian lebih sopan di khalayak ramai. Maksud saya sopan ialah berpakaian labuh macam pakai blouse or baju muslimah, pergi kuliah hari² pakai baju kurung. Sekarang ni pun Alhamdulillah blouse dah banyak dalam closet. Then nak pakai tudung yang menutup dada. Pakai shawl pun nak macam tu. Alhamdulillah lately ni ber-style menutup dada tapi manusia kan, mana pernah tetap pendirian. Kadang² lalai jugak. Heee. Insya Allah nak capai niat ni walaupun ambil masa.


2. Nak kurangkan kelantangan suara. Heehuahaueha. Saya ni kalau dah bercakap memang payah nak jumpa noktah. So insya Allah permulaan sem baru nak kurangkan bercakap benda² tak berfaedah. Nak jadi pendiam. Okay tak ? Hahahahaha. 


3. Nak shopping blouse banyak² sambil berjimat cermat. Apakah ? Macam mana ni ek. Heeee. Pandai² kamu la hanida =.='


4. Nak dapat Dekan lagi sem ni. Tak puas hati sem lepas tak dapat Dekan tapi Alhamdulillah pointer masih dalam status cemerlang gemilang terbilang. CGPA pun drop tak jauh mana so masih boleh kicap lagi ! Mana tau boleh buat fast track pigi Shah Alam, senang nak balik rumah selalu ! Heeeee.


5. Nak apa lagi ye ? Hmmmm. Nak jadi diri sendiri. :)


Cukuplah lima tu. Karang dah jadi macam birthday wish list pulak. Apa pun moga kita semua mencapai azam tahun baru ini seiring dengan daya usaha kita sendiri. Hahaha. Boleh jadi pakar motivasi tak ? Insya Allah :)



1 Jan 2011

Syafri Birthday Party

assalammualaikum


Tarikh : 31 Dis 2010
Lokasi : Kota Damansara
Masa : 2.30 - 6.30 pm


Ini semalam punya cerita. Sambut birthday adik saudara, Syafri Nori kat rumah Atam saya di seksyen berapa tak tahu tapi kat Kota Damansara. Hahahaha. Aaaaa... Untuk makluman semua, adik saudara saya ni bukan berumur 7 atau 8 tahun ye. Ehem. 18 TAHUN ! Hehehehe. Dah besar² panjang celebrate birthday lagi. Wuuuhuuuuu !


yang belah kanan tu Cik Su yang comel lote ^_^


Entry ini mungkin akan dipenuhi dengan gambar sebab memang banyak sangat gambar. Gagagaga. Okay. Jom follow kronologi ini. Ehem². Saya & family tiba di rumah Atam around 1 lebih. Time tu family saya je yang ada kat rumah Atam so lepak², borak² je la sambil tolong prepare sikit² sampai la pukul 3 petang. Kebuloq abes masa nak tunggu family Andak datang pasai Andak buat steamboat. Wuhuuuuu. Family Along pun datang jugak. Tak lupa pada family Mak Dah & Pakcik Malik beserta Cik Su yang agak kelewatan sikit. Jadi, menu kami ialah Bihun Goreng, Steamboat, Kekicak kot namanya, agar² sirap, aiskrim vanilla, air teh o ais limau dengan kek Carrot Walnut !!


first time makan kek carrot ^_^


Korang ni gelojoh =.='






Ni la die kekicak agaknya namanya. Hehehe.


King's Confectionery Vanilla Ice-cream !




akak tengah nak buat bisnes dengan iwan ^_^


Kakak, saya, atie. Kenapa mereka lebih tinggi ? =.='


Atie, Hanis, saya, Wanis


Cik Su bersama anak² dara :)


Pakcik Malik dalam proses recovery ^_^


Yang berbaju kurung tu mak angkat kakak saudara saya ^_^


Lepas makan², kami menggerakkan diri ke taman tasik seksyen 9 kot ? Hahaha. Fail². Mujur ada kereta kalau tak lenguh nak menapak ke sana. Padahal bukan jauh mana pun. Saje nak show off ada kereta. ^_^ Korang pernah tengok budak jakun tak pernah jejak taman ? Haaa. Ni ada contoh . . .


Yang shawl pink tu


terserlah kejakunan






Little Miss Qistina Natasha























DONE ! Fiuuuuhhh. Hamek. Banyak gilak gambar. Hahaha. Puas hati. Tu pun ada banyak lagi tapi nak meng-upload yang ini sahaja dah makan 1 hari suntuk. Tak larat dah haiihhh. Dah la kat kampus ni kedai makan semua tak bukak ! Grrrrr ~ Apa lagi ? Tidur aje la ! ZZZZzzzzZZZzzz  . . .