Showing posts with label Tutorial. Show all posts
Showing posts with label Tutorial. Show all posts

20 Apr 2012

Tutorial : URL Gambar





assalamualaikum


Simple tuto. Kredit to adik Lyssa kita ni (tepuk tepuk tangan) sebab menyenangkan kerja aku untuk mendapatkan URL gambar yang bukan originated dari internet or gambar yang kita print screen. Tahu dah kan url tu apa ? 


URL is abbreviation of Uniform Resource Locator (URL) it is the global address of documents and other resources on the World Wide Web


Haa aku assume korang dah tahu la kan. Hehe. Okay klik SITU SANA SINI !. Dah bukak website tu ? Okay let's begin ! Yang dah mahir tu go on ye :)


1. Silalah upload gambar sama ada dari computer / internet.





2. Lepas dah select gambar nanti keluar macam ni pulak. Klik pada edit tu kalau youaaallss nak edit edit kalau tak mahu terus skip and klik start upload. 






3. Lepas dah upload youalllss boleh la nak crop, rotate adjust width / height gambar tu. Dah puas hati gumbira klik apply then save. Button advanced tu pulak boleh la edit nak buh text sticker etc. Macam edit edit gambar biasa tu. Tapi dia tak friendly user sangat la :)





4. Haa next step ni la masanya korang nak copy URL / HTML nya. Kat belah kanan gambar ada benda ni kan. So boleh dah start copy. Aku biasa amik yang Direct Link tu tapi rasanya mana mana pun boleh depends korang nak taruk kat mana. 






Benda ni useful la pada mereka yang nak meng-edit blog or designing sebab kadang kadang nak upload gambar tertentu tapi takleh copy URL sebab certain website diorang lock website diorang atas sebab copyright reserved. Ohh well, itu la gunanya print screen yaww ! Hehehe. 



9 Apr 2012

Tutorial : Easy Dizy Print screen 3 !



assalamualaikum


Aku rasa ini dah kali ke lapanpoloh dah kot aku buat tutor pasal print screen. Hehe. Tapi kali ni memang paling simple la. Takyah install pape, takyah short key pape. TAPI, aku tak jamin kat semua laptop / computer ada benda alah ni. 



1. Click START kat bawah tu then cari SNIPPING TOOL


haa itu la icon nya. sila klik ! ^_^


2. Pastu keluar la pop up seperti ini :




3. Pastu klik la NEW itu yee. Hehehe. 


Senang kan ? Haa pastu terus je drag mana mana part yang korang nak print screen. Takyah susah susah guna shortcut key pastu nak kena crop kat paint / photoscape. Lepas dah puas hati korang nak edit sikit sikit pun boleh contoh macam nak tambah highlight. Pandai la discover sendiri. Pastu jangan lupa SAVE ! Hehe. Senang saje cara ini :)



2 Apr 2012

Tutorial : Pixlr-O-Matic




assalamualaikum


Anda seorang yang suka mengambil gambar ? Anda suka bergambar ? Anda suka meng-edit gambar mengikut citarasa anda ? Yaaaa ! Maka anda berada di laluan yang betul ! (macam iklan SmartShop yang dolu dolu tu) Hahahha. Sila lah ke SINI untuk start meng-edit gambar. Ini contoh gambar yang aku dah coba edit yaaa. 


Salomon + Subtle 


Julia + Leak


Apa dia Solomon Subtle Julia dengan Leak tu ? Haa itu nama setiap elemen yang korang pilih untuk meng-edit gambar. Nak ala-ala vintage, bokeh ke semua ada dalam website ini. Ianya juga FREE ! So pada yang dah tahu cara nak guna, sila continue dengan imaginasi dan kreativiti anda ! Pada yang terpinga-pinga, meh aku tunjuk meh :)


1. Kena la klik website tu ye. Hehehe.


2. Lalu keluar la websitenya. Pastu terus upload picture dari computer :)




Aku guna gambar contoh aje. So boleh mula meng-edit ! Okay perasan kan speed meter point kat warna merah. It mean masa untuk edit Effect. Contohnya aku pilih Aladin then click yang aku highlight kuning tu ye :)


Pastu speed meter dah point biru maksudnya Overlay. Aku pilih Co. Klik next jugak macam tadi :)


Speed meter kali ni point warna kuning maksudnya Border. Tapi aku tak suka Border sangat so aku biarkan aje then click SAVE or button next tu. 


Haa macam biasa save kat computer. SIAP ! Hehehe. 


Oppps opppsss ! Korang rasa tak puas hati dengan jenis edit yang ada ? Korang nak yang lebih rare & extraordinary ?? (iklan SmartShop lagi) Hahaha. Sila sambung baca tuto ini ye. 


Masa korang syok syok edit tadi, perasan kan 3 item sebelah speed meter ni ? Haa klik yang aku birukan tu.


contohnya korang nak pilih effects yang lain dari yang tadi. so klik pada Effects


orait. pastu contoh aku klik pada Vintage


Contoh aku nak BORG tu so klik je pada BORG dan akan keluar strip filem tu. Itu maknanya pilihan korang dah automatik masuk dalam pilihan-pilihan masa korang edit mula mula tadi :)


Okay itu sahaja. Harap korang semua paham dan do enjoy editing your photos ! Dah ada website ni, takyah susah susah aku buat Bokeh guna Photoshop  ^^


26 Mar 2012

Tutorial : Download Font



assalammualaikum


Hari ni nak buat tutorial sikit macam mana haa nak download font-font yang menarik dan kreatif dan lain daripada apa yang ada kat Microsoft Word. Meh nak tunjuk sample sikit. 



nak tulisan yang lebih ancient or macam tulisan cina / arab ? ada jugak deh.




haaa. grafiti pun ada okayy. hehe.


So sila klik SINI untuk download pelbagai font yang menarik and catchy. Pada yang dah pandai download-mendownload tu boleh go ahead. Pada yang masih belum mahir, meh nak ajar meh. Hehehe. Lepas dah klik website tadi, korang boleh la pilih jenis font mana yang korang nak macam kat bawah ni. 




contoh aku nak retrohand ni then tekan download

aku guna IDM downloader so klik START DOWNLOAD 

klik OPEN

klik RETROHAND tu. 

klik INSTALL

dah siap ! siap terus dalam Microsoft Office

Benda download ni serius sekejap ! Berapa saat je untuk setiap font cuma banyak step la. Pastu terus masuk dalam semua application / software yang korang ada misalnya Microsoft Word, Powerpoint, Excel pastu Adobe Photoshop, Photoscape malah AUTOCAD pun !! Haa senang cerita semua la ! So benda ni sesuai la untuk designer macam aku dan memudahkan kerja kekreativiti. Tak payah susah-susah design font guna Photoshop. Huehuehauauehua. Sekian :)



21 Jan 2011

G.I.S -____-



assalammualaikum


Korang ada belajar GIS ? Ada ? Baguuussss. Kita dalam situasi yang kritikal yakni aku sangatt tak suka GIS. =.=' Having problem with GIS looo. Oh ye. GIS stand for Geographical Information System. Benda ni memang best bagi pemetaan tapi nak membuatnya adoyaiii. Better korang pergi ucap terima kasih kat depa yang buat map tu. Ingat senang ka ?? =.='


Meh la nak tunjuk sikit camne GIS ni..
Mula² mesti la ada soft ware nye : MapInfo Professional



Saje nak tunjuk screen background. Hahaha. Nampak MapInfo ? Haaa. Tu die soft ware untuk GIS. Haa pastu klik la apa lagi. :) So jadi la cam gini..




Pastu bukak la folder yang kita nak buat tu. Haa. So far kitorang kena ubah warna asal map America. Warna asal hijau muda. Tapi assignment kitorang menyuruh kitorang ubah warna and masukkan area. 




Haaa. Lebih kurang cam gini la. Actually tak siap lagi tu pasal separuh je yang berwarna. Heeee. :)
Nak warna die senang tapi map America ni berbucu² die memang terbaik dari ladang teh boh la habaq kat hang.. Hahahaha. Tapi nak buat macam mana. Layaaaannnn ~




Haaa. Ni kira proses nak warnakan. Nak terangkan pun tak reti. Ahaks. Tapi point die kat sini nak bagitau yang aku lebih sayang Autocad instead of GIS ! Autocad ? Mende tu ? Hahahha. Pandai² la cari. Maybe sekarang ni belum sayang GIS lagi kot.. Kan ? Kan ? Heee huuu haaa :)



14 Dec 2010

Tutorial : Print Screen 2



assalammualaikum

Iye. Tau la dah pernah buat entry pasal Print Screen ni tapi nak cite pasal lain sikit. Pernah buat Print Screen full macam ni ?


orrrrrr. . . 


haaa. Tak ke panjang tu ? Ni la namanya full print screen. Baru puas hati. Hehe. Well, saya mahu berterima kasih sama Gempakz Siot  sebab tunjuk tutorial untuk buat print screen full ni. Ahaaa. Kena guna mozilla dulu baru boleh sebab kena install something. 

1. Dah guna mozilla ?
3. Klik Add to Firefox
4. Klik allow dan install pastu kena restart Mozilla
5. Buka mana² web yang nak di-print screen kan
6. Right click, screengrab, save, complete page/frame
7. Save kat mana² folder macam biasa.

Haaa. Selain complete page, ada jugak visible, window dengan selection.


Ni pulak visible print screen.


Dan yang ni window print screen. Macam print screen biasa.

Hanida, 1st time buat entry tutorial. HAHAHA. Bangga :)

sekian :)



psssttt: baru perasan blog saya lebih banyak gambar dari penjelasan =.=


18 Nov 2010

Tutorial : Print Screen



assalammualaikum


HAHAHA! macam ngok je rasa diri ni. baru reti nak buat print screen. before ni incik ada ajar tapi gagal.
baru perasan keyboard laptop ni lain macam sikit. okay jujur aku cakap memang aku lambat pick up bab² IT ni =,= ni la first attempt aku untuk print screen



print screen pun pasal blog. *ahaks*


okay aku ada mood balik nak taip entry.


sekian :)