25 May 2011

Macam Biasa



assalammualaikum


25 Mei 2011. Result UiTM keluar. Macam biasa. Students UiTM akan bergelut sesama sendiri untuk cek result and korang yang bukan UiTM-ians jangan rasa meluat tengok kitorang post pasal result kat FB tu. Well, students UiTM berpuluh ribu pulak. Hehehe. Aku tak tau pulak dah boleh cek tengah malam macam ni. Biasa aku cek the next day after result keluar. Konon nak hilang nerbes. Hehehe.


Alhamdulillah. Tu aku mampu ucapkan. Aku berjaya prove it walaupun aku banyak main². Kalau aku main² pun dapat result camni, cuba kalau aku tak main². Mesti lagi tinggi. Ehh. Aku bukan nak riak. Aku cuma menyesal. Tapi, oh well. Benda dah lepas. Aku bersyukur. Alhamdulillah, syukur :') 


Aku dah start rasa lega bila lecturer aku hantar mesej kat aku cakap congrats tapi dia suruh improve lagi. Yup. Aku setuju dengan nasihat dia sebab memang seriously aku tak serius sem lepas. Tak seserius sem satu. Hahaha. InsyaAllah aku akan improve and insyaAllah kejayaan yang sama akan berulang lagi sem depan. :)


Well as for now, aku boleh tidur lena. Takde nightmare yang aku repeat subject. Mengarut je mimpi aku. Ngeri betul. Hehehe. Tapi sekarang aku risau sebab aku belum cari tempat praktikal. Hessshhh. Takut pulak nak praktikal ni sebab kena praktikkan apa yang telah dipraktik semasa kuliah. Ok. Well done me ! Syabas Nur Hanida ! :)




p/s : Yeaaaaaaay ! Esok ronggeng kat KL ! 


24 May 2011

Patut la . . .


assalammualaikum 


Selamat hari Selasa kawan² ! Wehuuu. Alhamdulillah kita semua masih diberi nafas dan memperoleh oksigen secukupnya untuk hidup lagi pada hari ini dan berpeluang baca entri aku. Waklu ! Hahaha. Lama pulak tak sebut waklu tu. 


Ehem². Aku sebenarnya nak buat entri terkezut tapi aku tak reti pulak. Dalam entri ni aku akan lebih menggunakan mood dan nada terharu. Sob sob gitu la kan. Aku terharu sebab ada la sorang ni buh link blog aku kat blog dia. Ada je link blog aku kat blog kawan² lain, but this guy ? Na'ah. Aku terkezut sebab aku bukan kenal dia sangat. Kat FB pun mana ada add. So thanks Izhar Kassim :)













Yeahh. Ni je orang² yang aku jumpa yang baik hati buh blog aku kat sidebar korang. Mekasih². Dengan itu aku pun nak tambah lagi la blog² member kat bloglist aku. Mekasih ye kawan². Sejuta penghargaan. Wah gituu !


p/s : Aku tak tau kenapa blog ni nama punggukrindusaya. Unik la kot =.='


23 May 2011

Result



assalammualaikum


Hari Rabu ni (25 Mei) result keluar. =.=' Aku risau. Sebab semester lepas aku lalai sikit. Alhamdulillah aku tak lalai tang exam and kuiz. Tapi aku lalai tang assignments and kerja studio. Hmm. Aku memang risau. Tapi aku tak boleh nak salahkan orang lain. Memang salah aku. Cuma ada la perkara sebesar zarah bukan salah aku tapi takpe la, aku tak nak salahkan mereka dah.


Mudah-mudahan apa yang aku nak, at least lepas untuk semester depan, aku dah syukur sangat. Aku tak risau kat subjek lain. Aku risau habis kat studio. Risau risau bebeno. Adoiih. Mintak-mintak lulus. Jadi la. Huhu. Insya-Allah.


Ohh. Bukan aku sorang je risau. Start esok atau tengah malam ni kompom semua budak² UiTM akan menge"post" pasal result kat status FB masing². Tak terkecuali makcik sorang ni.





Hahaha. Sweet kan default picture kitorang sama and Mira cakap aku comel ! Ahaks ! Haa. Kitorang memang plan nak pergi KL rabu ni sebabnya bukan nak ngelak tengok result. Tapi nak dapat tiket wayang murah. Hehehe. Insya-Allah mudah-mudahan result kita semua okay ye kawan² ? :)



p/s : konon status aku glamour sebab ramai yang "LIKE" :)


Pyramid Cheesecake



assalammualaikum


Hari Rabu lepas (18 Mei) aku bersama Mira telah merajinkan diri hadir ke rumah Anis. Kitorang nak masak-masak. At first aku dengan Mira plan nak jalan kaki which is about 30 minit la kan. Tapi memandangkan Anis suruh kitorang beli Thick Cream, aku pun tukar plan, bawak kereta. Hancur plan kami nak kurus sikit. =.='


 Malangnya aku dengan Mira gagal cari Thick Cream tu. Dia nak jenama Nestle pulak. Memang kitorang tak pernah tengok la kan. Aku assume benda² ni ada kat Cold Storage je sebab situ senang nak cari barangan import. Last² kitorang amik Anis kat rumah dia and suruh dia beli sendiri. Pastu bawak la pergi Speedmart 99 kot nama kedai tu. Ada la dalam 10 minit dia sorang² dalam kedai tu. Aku dengan Mira duk dalam kereta sambil mengumpat. Hahaha. Dosa². Sekali dia keluar with a plastic bag on her right hand. Masuk je dia dalam kereta terus dia cakap . . .


"Dalam bahasa melayu dipanggil susu sejat !"



OOOOOOOOOOOOOOOOOOO. Mana la kitorang tahu. Kalau aku translate Thick Cream tu dalam bahasa melayu, opkos la Susu Pekat. HAHAHAHA ! Maklum la tak pernah duduk HOLLAND (tangan ke dada mata ke atas) =.='


So dah sampai rumah Anis, terus la memasak. Haa. Yang jadi chefnya Anis dengan Mira je. Aku ? Tolong sepahkan barang, menghabiskan Toblerone, amik gambar. Muahahaha ! Senang kan jadi aku ? Well. Ehem. Ni resepi dia kalau² korang nak try buat la kan. 




Sabun buku tu takde kene mengena ye. Aaaa. Meh aku terangkan sikit step dia. Tapi taktau la betul ke tak. 


1. Masukkan butter, cream cheese, thick cream, sugar and putar sampai korang puas hati. Hehe.




2. Koffiemelk yang ada dalam list ni, kitorang guna susu Dutch Lady je. Panaskan susu tu sampai panas la. Hehehe. Korang panaskan susu ni sementara korang tengah putar ingredients dalam (1) tu.




3. Sediakan bekas or acuan. 

4. Susu yang dah mendidih or panas tu korang sejukkan. Pastu dip kan biskut marie dalam susu tu and buh dalam acuan. Macam proses buat kek batik. Tak dapat bayang ? Haa okay aku tolong.




5. Letak biskut marie yang dah dip tu terus ke dalam acuan. Korang dip satu² and jangan lama sangat. Agak² susu tu dah "telan" biskut marie, korang dah boleh angkat buh terus dalam acuan. 

6. Selang seli dengan adunan (1) tadi. Maksudnya biskut marie > adunan > biskut marie > adunan and so on. 








Haa. Nampak permainannya di situ. Hehe. Dah penuh acuan, simpan dalam peti ais. Ohh ye. Jangan bagi penuh sangat sebab nak buat topping bila kek tu dah beku. :) 


7. Untuk topping korang mix adunan tu kecuali cashew nut sebab tu untuk tabur atas kek last sekali. 

8. Lepas adunan tu dah sebati, korang spread atas kek tu dengan kemas dan teliti. Hehe. Pastu simpan dalam peti sejuk balik.

9. Boleh la korang MAKAN ! 


Haa. Senang je kan ? Tapi (mesti ada tapi) bahan² dia agak mahal jugak so kalau nak buat sekali sekala apa salahnya. Kalau nak buat selalu, memanh korang kaya. Hehe. Lagipun aku bagi jaminan keju tu boleh bagi pening yang melampau. Bagi aku la. So jangan buat selalu okay ? Tapi memang sedap la ! :)


Ehh. Jangan ingat aku tak tolong langsung ye. Aku tolong jugak.




Kena buh jugak gambar diorang kalau tak nanti sentap je lebih. =.=' Okay. Selamat Mencuba ! :)





19 May 2011

Mini Reunion



assalammualaikum


Date : 4 May 2011
Venue : Alamanda



Bersama dengan Yayan, Iskandar, Qusyairy. Diorang classmates aku masa sekolah menengah.  Rancagannya ialah berjumpa pukul 11.30 am. Aku amik yayan kat blok dia pastu terus pergi Alamanda. Asalnya nak amik is sekali tapi disebabkan kitorang gagal contact dia, so kitorang pergi dulu.


Sampai-sampai terus pergi GSC nak tengok cerita Thor. Pergi hari Rabu so dapat la murah kan. Tengok 3D baru RM13. Padahal ni baru first time aku tengok 3D. So beli je la untuk 2 orang tu sekali. Dalam 30 minit pastu mereka pun datang. Time tu dah 12.30 pm and movie start pukul 12.15 pm tapi bak kata kucai iklan je dah berpa minit. He's true ! Time kitorang masuk tu pun tengah iklan lagi. Muahahhaa.


Lalu mula la cerita Thor. Yupp. Macam yang semua orang post kat FB, Thor memang best. Tak dinafikan. Cuma jalan cerita tu aku boleh agak sikit la sebab macam lebih kurang macam movie yang berkisarkan komik yang lain. Apa yang buat aku teruja sikit sebab kitorang tengok 3D. Sampai subtitle dia pun dalam 3D. Hahaha. Tapi kelemahan aku ialah aku tak biasa dengan spek padahal cermin mata 3D tu bukan ada power pun. Aku tak suka ada benda atas hidung aku sebab aku cepat rasa rimas. So aku pegang je spek tu sepanjang masa. Kadang-kadang bukak jap sebab pening.


Lepas Thoring, kitorang makan Macdonalds. Ni demi memenuhi keperluan kucai. Suka sangat McD eh ? Hehe. Kucai dengan is dah 2 tahun tak jumpa so aku agak kagum dengan kepetahan mereka berbual. Serius ohh. Tak penat sebab tak berhenti bercakap dari awal. Aku dengan yayan pun tak borak camtu. Agaknya lama sangat tak jumpa tu yang gian berborak. :)


Lepas makan, solat, kitorang jalan-jalan cari pasal. Jumpa Qitsara kat Nichii. Qitsara classmate kitorang jugak. Dia dengan sepupu dia. Tak berubah je mukanya. Comel ! Hehehe. So apa lagi, amik la gambar.






Lepas tu cadang nak jenguk dayah pulak kat dunkin donuts. Dah 2 minggu lebih kot dia keje situ. Saje-saje nak buat dia jeles tengok kitorang keluar. Yela orang abis matrik kan cuti 4 bulan. (Sentap). Ohh dayah pun classmate kitorang jugak and yang paling rapat dengan aku. :)






Lepas dah peluk peluk cium cium, kitorang pun balik laa. Aku la yang kena jadi drebar diorang. Hehehe. Best keluar dengan korang semua ! Ada masa, wang, ajak la aku lagi ehh :)



Online Shopping !

assalammualaikum





Aku suka shopping. Tak kisah la shopping betul² or window shopping and janji ada word "shopping". Aku kira boleh la dikategorikan sebagai shopaholic. Haaa. Memang bankrap la siapa kawin dengan aku nanti :) Hehe. Takde la sampai macam tu kan. Aku suka shopping guna duit sendiri. Dah tu takkan nak guna duit orang lain pulak kan ? Maksud aku dengan simpanan aku sendiri la. Aku akan aim something tu lama² and kalau aku rasa aku nak, aku saving and aku beli. Aku kadang² gelojoh beli barang. Nampak je terus beli. Bad attitude.


Tapi Alhamdulillah lately ni aku pandai sikit kawal napsu. Sekarang aku lebih suka tengok dulu dari terus beli. And memandangkan kampus aku jauh dari shopping complex, so apa la gunanya internet kan ? Aku pun bukak blog yang buat online sale. Memang sakit hati ini sebab kalau boleh aku nak beli semua ! Hahahaha. Aku suka usha blog-blog ni.














Aku paling suka tengok handbags and blouses. Especially vintage style. Ohhhh. So far aku penah beli 2 blouses kat Facebook la bukan kat blog² atas ni. InsyaAllah ada rezeki lebih, aku maybe akan cuba. Tapi kebanyakannya buat pembayaran Maybank2u and aku memang tersangat lah ada akaun maybank. Tu yang jadi spoil nak beli. Plus, online shopping ni, korang kena alert sikit la dengan email sume. Aku dah la jarang bukak email. =.='


Ini la perempuan. Tak boleh lari dengan word "shopping". And guys, please beware kalau girlfriend korang is a shopaholic. Hahaha !




12 May 2011

Al-Fatihah Puan Suzana Md. Nor

assalammualaikum



Ini memang berita terbaru. Aku baca kat status junior aku. Katanya Puan Suzana meninggal sebab accident. Dia suruh sebarkan. Mula-mula aku baca, aku terkedu. Jantung berdegup kencang. Tangan akau menggigil-gigil. Aku terus jerit panggil adik perempuan aku. Aku tanya dia Puan Suzana ni yang ni yang tu kan ? Dia kata ye. Aku terkedu lagi. Innalillah.


Tapi masa tu aku tak sebarkan lagi sebab aku nak confirmkan dulu. Sampai la adik lelaki aku cakap dia kat Presint 11 which is rumah cikgu tu. So aku syak confirm la tu. Aku pasrah. Walaupun aku tak rapat dengan cikgu, tapi dia memang sangat pemes kalangan students. Dia sangat tegas tapi pada waktu tertentu dia boleh jadi kawan sebaya kitorang. Antara kawan aku yang rapat dengan dia, si Isha. Bila dia dapat tau aku dapat rasa macam mana kesedihan dia. Dalam batch kitorang dia dengan sorang lagi, Izzati yang suka nyakat dia. What a sweet memory :')


Malangnya aku takde gambar dia untuk tunjuk kat sini and dalam FB sebab ada certain kawan-kawan aku lupa muka dia. Maklum la dah 2 tahun tinggalkan sekolah. So, aku dengan ex ketua pengawas, Afiq and kawan-kawan lain rancang nak pegi sekolah esok sebab setiap jumaat ada bacaan yassin awal pagi sebelum kelas mula.


Alhamdulillah. Walaupun perancangan last minit, mendapat sambutan dari kawan-kawan. Kitorang akan pergi bacaan yassin esok. InsyaAllah. Al-Fatihah buat guru kesayangan semua.