Showing posts with label Masak-Masak. Show all posts
Showing posts with label Masak-Masak. Show all posts

25 May 2012

Tempahan ? :)





Aku balik kerja je dah kena tolong adik aku buat whipped cream untuk Rainbow Cake dia. Alhamdulillah dia dah pandai buat sendiri. Aku cuma tinggalkan resipi je untuk dia refer. Untuk topping whipped cream aku suggest korang guna brand yang ini sahaja !


Actually packaging warna putih. Maybe ni packaging lama kot.

Sila la pilih brand Mauri dan tertera Non-Dairy Whipping Cream okay ? Rasanya sangat superb macam aiskrim vanila ! Dan harga pun murah dalam RM7 ++ depends kat kedai. Aku beli kat kedai kek Yummie's Bakery, Bangi. 1 kotak ni kau boleh buat topping untuk 3 kek tahu ! Sangat berbaloi. :)

29 Apr 2012

Chocolate Muffin



assalamualaikum


Kali ni punya resipi simple je lagipun tak susah nak buat tapi takpe aku share aje ye ? Hehe. Padahal nak excuse tak tahu nak update apa :face54:


Bahan - Bahan :


:84: 500 gram YUMMIE muffin mix ready made (okay. aku beli yang ready made kat kedai kek Yummie, Bangi. So kalau nak senang, beli yang ready made je. Ada jual kat semua kedai bakeri)

:84: 175 gram telur / 3 biji telur gred B

:84: 113 gram air / suku cawan

:84: 140 gram minyak jagung / butter (dicairkan)




ini la muffin chocolate chip ready made by Yummie ! It's yummie !!


Cara - Cara :


:82: Masukkan muffin mix, telur dan air dan kacau sehingga sebati.

:82: Masukkan pula minyak jagung / mentega cair dalam adunan tadi dan kacau sehingga sebati.

:82: Sediakan cawan muffin dan letak adunan dalam cawan.

:82: Preheat oven dulu pada suhu 180 darjah celcius dan kemudian bake muffin pada suhu yang sama selama 10-15 minit / sehingga masak (bergantung pada oven masing-masing)

:82: Hias muffin ikut kreativiti.






Ni first time aku guna muffin mix ready made dan it was yummy ! Muffin aku ni agak moist moist dalamnya dan rasa coklatnya agak pekat. Kalau tak nak guna ready made, boleh je buat cara asal tapi google la ye. Benda dah ada just kena cari. Okay ? Enjoy baking girls ! :c:


Ini kedai Yummie yang aku maksudkan lokasi di Bangi

























p/s : Aku suka baking. Please ye jangan let me down. It's my passion. Tolong support aku sebab aku dah mula mendapat tempahan. InsyaAllah soon, this will be my side income :face32:

23 Apr 2012

Awesome recipes illustration is AWESOME !



assalamualaikum


Thanks to superb blogger Fatin Suhana sebab buat aku jadi lapar tengah malam camni. Huhu. Check out this magnificent ideas :






macam apam balik je kan ? =.='

So check out la website dia SINI SINI. Recipe dah comel comel ni yang buat aku makin rancak nak memasak. Nom nom nom . . . 

14 Apr 2012

Victoria Sponge Cake




assalamualaikum


Hyeee yaalllsss. Bersama wealllsss dalam segmen masak masak memasakan ! Hehehehe. Cukup gedik dah. Okay hari yang sangat mendamaikan untuk mencuba resipi baru yang aku discovered dari you tube. Thanks to AllRecipes UK yang telah memberi aku ilham untuk terus mengasah bakat bakeri aku ini. :)




Bahannya pun mudah dan murah :


1. 150g tepuk naik sendiri (self raising flour)

2. 150g gula halus

3. 150g butter

4. 3 biji telur

5. 1/2 teaspoon esen vanila (aku main agak aje konon dah pro HAHA)

6. Whipped cream

7. Blueberry jam (actually strawberry tapi aku tak suka so tukar sikit)

Make sure timbang betul betul. Siapa yang takde penimbang, pinjam la jiran jiran punya (macam aku =.='). Jangan korang pakai penimbang berat badan sudah. Hikhikhik. 




Cara-cara (actually kalau klik link tadi lagi paham sebab dalam bentuk video) :

1. Ayak dahulu tepung naik sendiri

2. Masukkan SEMUA bahan untuk dikacau. Yes. Semua ye. Tapi satu persatu la jangan gelojoh campak semua. Hehe.

3. Kacau dalam 5-10 minit camtu. Pakai tenaga sendiri lagi senang sebab kalau pakai electric mixer, ada kemungkinan adunan akan overmix or ion ion negatif akan menyebabkan gelembung pada adunan (suka hati aku je nak hentam =.=')

4. Pastu buh la dalam acuan. Menurut video, dia guna dua separate acuan tapi aku buh sekali je pasal aku ada satu je acuan. So ikut kreativiti masing masing ye :)

5. Bake kek pada suhu 170 darjah celcius dalam 30-40 minit (ini bergantung pada saiz oven. kalau oven kecik lagi cepat kek masak sebab ruangan yang lebih kecil. So kena tengok-tengok kek masa tengah masak)

6. Dah masak ! Yeeppii ! Okay sejukkan dulu dalam 5 minit baru keluarkan dari acuan. 

7. Aku kerat kek pada 2 bahagian guna pisau roti tu ye. Jangan guna sebarangan pisau nanti hancur kek. Pada yang guna 2 acuan tu, takyah la na kerat pada dua. 

8. Between each part, spread over blueberry jam dulu pastu atas jam letak whipped cream. (macam buat burger)

9. Letak kek atas kek yang telah disapu blueberry jam dengan whipped cream tadi. 

10. Untuk cantikkan lagi, tabur gula halus atas permukaan kek. Dah boleh makan !




Ohhh ! I lapp you la oven ! Tanpamu siapalah daku. >.<


Thanks a lot of the ring Mira kerana menyumbangkan penimbang anda ! 


2 separated cake untuk spread jam & whipped cream :)


Menyapu nyapu blueberry. Tapi manis gila bak hang ! So letak sikt saje. 




TAAADAAA ! 


Walaupun indah kabar dari rupa (kek aku tak cantik macam gambar atas sekali) yang penting hati dan niat yang ikhlas ketika membuat kek. Eh ? Apakah ? Hahaha. Takde. Yang penting rasanya sodap ! So selamat mencoba ye. Dan sekarang, siapa nak habiskan kek aku ni ?? o.0







p/s : nak masakan anda lebih sedap, jangan lupa Basmalah dan selawat / istighfar sepanjang pembikinan masakan. InsyaAllah lebih sedap ! Jangan lupa pergi sini ye. Nanti kita belanja roti canai. Makceh ^_^

21 Mar 2012

Rainbow Cake



assalamualaikum


Alhamdulillah. Sudah 2 kali buat kek ni dan setiap kali buat, semakin sedap hasilnya. Hehe. Nak share jugak la resipi kek ni. Tapi ni versi aku. Aku gandakan jumlah bahan dia sebab aku nak kek yang tebal and banyak. Hasilnya dapat la dalam 1 kilo lebih. :)


Bahan Kek :

1. 4 cawan tepung naik sendiri

2. 3 cawan gula pasir yang dikisar halus (nak kurangkan sukatan pun boleh. terpulang pada individu)

3. 8 biji telur ayam gred B

4. 500gm butter

5. Pewarna 

6. 4 sudu kecil esen vanila

7. 1 cawan susu pekat + air (sukatan susu pun boleh dikurangkan untuk kurangkan rasa lemak manis)


Cara :

1. Mix butter dengan gula halus dalam 15 minit 

2. Masukkan telur satu persatu dan mix sampai sebati

3. Masukkan tepung dan mix sampai sebati

4. Masukkan esen vanila 

5. Masukkan susu pekat dan air (untuk kurangkan kepekatan susu) 

6. Dah sebati and puas hati dengan adunan, asingkan kepada 6 mangkuk mengikut warna pelangi.  

7. Kacau adunan mengikut warna hingga sebati

8. Panaskan ketuhar pada suhu 125 darjah selama beberapa minit. Kalau korang ada banyak acuan kek, boleh bake sekali harung. Tapi kalau ada satu je, kena sabar and bake satu persatu mengikut warna.

9. Bake kek satu persatu pada suhu 125 darjah untuk 10-15 minit / sehingga kek well cook. 

10. Then ulang bake bersilih ganti dengan adunan warna yang lain satu persatu. 











Untuk topping, you alls boleh pilih jenis topping you alls nak ye. Aku guna whiiping cream. Tapi biasanya memang orang guna whipping cream untuk kek macam ni. Eheee. Sekian :)




p/s : Kita janji kita belanja awak roti canai kalau awak tolong kat sini ye. Makceh !! ^_^

23 May 2011

Pyramid Cheesecake



assalammualaikum


Hari Rabu lepas (18 Mei) aku bersama Mira telah merajinkan diri hadir ke rumah Anis. Kitorang nak masak-masak. At first aku dengan Mira plan nak jalan kaki which is about 30 minit la kan. Tapi memandangkan Anis suruh kitorang beli Thick Cream, aku pun tukar plan, bawak kereta. Hancur plan kami nak kurus sikit. =.='


 Malangnya aku dengan Mira gagal cari Thick Cream tu. Dia nak jenama Nestle pulak. Memang kitorang tak pernah tengok la kan. Aku assume benda² ni ada kat Cold Storage je sebab situ senang nak cari barangan import. Last² kitorang amik Anis kat rumah dia and suruh dia beli sendiri. Pastu bawak la pergi Speedmart 99 kot nama kedai tu. Ada la dalam 10 minit dia sorang² dalam kedai tu. Aku dengan Mira duk dalam kereta sambil mengumpat. Hahaha. Dosa². Sekali dia keluar with a plastic bag on her right hand. Masuk je dia dalam kereta terus dia cakap . . .


"Dalam bahasa melayu dipanggil susu sejat !"



OOOOOOOOOOOOOOOOOOO. Mana la kitorang tahu. Kalau aku translate Thick Cream tu dalam bahasa melayu, opkos la Susu Pekat. HAHAHAHA ! Maklum la tak pernah duduk HOLLAND (tangan ke dada mata ke atas) =.='


So dah sampai rumah Anis, terus la memasak. Haa. Yang jadi chefnya Anis dengan Mira je. Aku ? Tolong sepahkan barang, menghabiskan Toblerone, amik gambar. Muahahaha ! Senang kan jadi aku ? Well. Ehem. Ni resepi dia kalau² korang nak try buat la kan. 




Sabun buku tu takde kene mengena ye. Aaaa. Meh aku terangkan sikit step dia. Tapi taktau la betul ke tak. 


1. Masukkan butter, cream cheese, thick cream, sugar and putar sampai korang puas hati. Hehe.




2. Koffiemelk yang ada dalam list ni, kitorang guna susu Dutch Lady je. Panaskan susu tu sampai panas la. Hehehe. Korang panaskan susu ni sementara korang tengah putar ingredients dalam (1) tu.




3. Sediakan bekas or acuan. 

4. Susu yang dah mendidih or panas tu korang sejukkan. Pastu dip kan biskut marie dalam susu tu and buh dalam acuan. Macam proses buat kek batik. Tak dapat bayang ? Haa okay aku tolong.




5. Letak biskut marie yang dah dip tu terus ke dalam acuan. Korang dip satu² and jangan lama sangat. Agak² susu tu dah "telan" biskut marie, korang dah boleh angkat buh terus dalam acuan. 

6. Selang seli dengan adunan (1) tadi. Maksudnya biskut marie > adunan > biskut marie > adunan and so on. 








Haa. Nampak permainannya di situ. Hehe. Dah penuh acuan, simpan dalam peti ais. Ohh ye. Jangan bagi penuh sangat sebab nak buat topping bila kek tu dah beku. :) 


7. Untuk topping korang mix adunan tu kecuali cashew nut sebab tu untuk tabur atas kek last sekali. 

8. Lepas adunan tu dah sebati, korang spread atas kek tu dengan kemas dan teliti. Hehe. Pastu simpan dalam peti sejuk balik.

9. Boleh la korang MAKAN ! 


Haa. Senang je kan ? Tapi (mesti ada tapi) bahan² dia agak mahal jugak so kalau nak buat sekali sekala apa salahnya. Kalau nak buat selalu, memanh korang kaya. Hehe. Lagipun aku bagi jaminan keju tu boleh bagi pening yang melampau. Bagi aku la. So jangan buat selalu okay ? Tapi memang sedap la ! :)


Ehh. Jangan ingat aku tak tolong langsung ye. Aku tolong jugak.




Kena buh jugak gambar diorang kalau tak nanti sentap je lebih. =.=' Okay. Selamat Mencuba ! :)