28 Nov 2010

Selamat Hari Jadi !




assalammualaikum



hahha. comel kan ? okay tak tau nak cakap apa. tapi kalau boleh nak benda² ni sempena birthday :)


saya nak sekeping je sebab kalau whole cake, memang muak la *ngeee*


mommy, nak ni eh. Roxy Cross Body. *ngeh²*


Fluffy Cocoon White Dial watch. *comel isn't it*


OMG ! ni kalau dapat, memang sayang mommy ketat² 
*ahaks*


Roxy Giselle flats. *grrrrrr. dah setahun ngidam*


fly to Fredericton with Air Asia & Air Canada  :)


hehehe. boleh la mommy ye *plisssss*

last but not the least


HAAHAHAAH ! *craps* ^^

~ XOXO ~

semua hajat tadi hanya angan semata². hahaha. enjoy this video ye semua. 




ohh ye. entry ni di -publish tepat jam 12 malam. sweet 19th hanida.

sekian :)



25 Nov 2010

Tagged.



assalammualaikum


ohh yeh. mekasih gmierara sebab menge-tag ssaya dalam blog anda. grrrrr. HAHAH ! first time kena tag dan aku tak tau camne permainan tag ini. anyone can teach me ? :)


1. nama blog anda dan why name tu dipilih ?

cahaya kekal abadi maksud nama aku Nur Hanida. :)

2. nama url blog dan mana dtg idea ?

hunnyda.blogspot.com dtg dari nama sendiri jugak cuma diomputehkan :)

3. method penulisan blog anda ?

emm. jenaka. ilmu dan etc. haha.

4. perasaan anda bile tgk blog org lawa dan menarik tapi tgk blog sendiri tak lawa pun *ayat rendah diri

aku tak nak follow blog die and kalau blh nak hntar virus kat blog die. HAHAH ! 

5. bile wujudnya blog anda nih ?

8 oct 2010. baruuu lg :)

6. sapekah org 1st tahu & menjadi follower anda ?


7. sila tag 5 org, dan bgtahu mereka :)

masalahnya followers pun baru 8 org, ni kan nak tag 5 org. hahhaa. lain kali la eh ^^

okay cukup kah ?


sekian :)



24 Nov 2010

It's Ganglion Cyst !




First of all, i had noticed that many non Malaysians viewer were read this entry of mine. Well, sorry folks, this entry is in Malay. So if you really want to know about this, maybe you should ask your Malaysians buddy or just search another web in Google. Enjoy :)



assalammualaikum



Haa ni la fenomena ganglion. Ohh lupa. Korang dalam segmen medik² bersama doktor tanpa pengiktirafan PhD, ehem, Dr Hanida. HAHAHA ! Dan ye, amaran kerajaan. Kepada sesiapa yang mempunyai masalah sendi² tulang, loya buruk, serta sawan di malam hari, anda dilarang untuk membaca artikel ini. YES. Aku serius. Nampak muka serius =,=' Haaaa. :) Kidding je la babe. Nak teruskan pembacaan teruskan. Tapi kalau muntah, demam 3 bulan non stop, jangan salahkan aku yee. Aku cuma nak berkongsi ilmu.


GANGLION.


Yes. I am facing this phenomenon right now. Well, according to Dr. Lini, a person that i had met before, she told me that mine is minor compared to others. But still, you need to do an operation if yours are getting bigger and if it is disturbing you onwards.


Dr. wannabe cakap omputeh bai. Hahaha. Bangga tak ? Ganglion ni so far takde la menganggu saya malah menjadi bahan tarikan budak² kat rumah ni. Hahaha. Tapi kadang² time tido tu ada la jugak tergeliat sikit sebab tido gaya kuak lentang mana la tak kan ? :)


Ganglion ni merupakan gejala di mana ada bengkak yang dihasilkan oleh tisu dalam mana² anggota badan terutama pergelangan tangan dan kaki. Tisu yang diberi nama synovium berfungsi sebagai lubricating fluid untuk wrist dengan ankle. Rujuk medicine net untuk pengetahuan am dengan lebih lanjut :) So far aku punya macam ni




Nak kena bengkok tangan baru nampak. Time bengkok tangan tu rasa ngilu la jugak. Ada lagi yang teruk dari saya. Meh tengok meh. Untuk mehgormati para blogger sekalian, saya telah memediumkan gambar :)


yang ni tak bengkok tangan pun dah nampak

errrr =.= takmau jadi cam gini 



Kawan PLKN aku, Umi Naimah pun menghadapi ganglion. Tapi die punya macam situasi di atas. So masa PLKN tu die dikuarantikan dari menjalani aktiviti lasak. kesian :) Nak gambar lagi ? nah :)


kat finger

ni kat ankle. warna kuku pulak die =.=


ni la tissue tu



kene operate. kesian =.='

Okay. Aaya tak nak dera korang semua. Cukup la itu je gambarnya ye. Ibu saya cakap kalau tak elok jugak ketuk je dengan hammer. Adik saya cakap, penyakit apa kau dapat ni kak ? Macam². Aku pulak meneruskan blogging macam biasa sambil tengok Toy Story 2. HAHAH !


sekian :)



Tumblr & Typography



assalammualaikum.


yes Tumblr. somehow tumblr best kot. dan macam sebati dengan aku. tumblr ni macam blog jugak.. sebenarnya tak reti nak describe tumblr tu apa tapi blog jugak la kan ? macam wordpress ? HAHA !


thanks Eish sebab show me yours. sebelum ni ada dengar tumblr tapi tak penah tergerak hati nak tengok. tapi bila dah tengok Eish punya, oh myyy ! i want it ! haahaha. adakah ini ucapan selamat tinggal pada blogspot ? ohh tidak. blog pun baru sebulan lebih, takkan nak stop. hehe. 


Typography pula adalah gabungan fotografi dan typo la. hehe. kira kita edit picture tu and show our emotions on it. yeke ? hahah. hentam je la labu. let me show you some example of typography. please enjoy. :)










aku memang suka curi gambar kat google. HAHA. and this is mine




sekian :)





23 Nov 2010

Racism


duhhhh =.=


Hajat



assalammualaikum


beberapa hari lagi menanti detik 19 tahun. HAHA ! orang lain semua dah 19, aku baru nak menjengah 19 dah hujung² tahun ni.




semua orang ada hajat or wish list masa birthday nanti kan ? tapi apa yang aku nak kongsi kali ni ialah hajat yang aku nak kecapi sebelum aku ...... =.=


1. Bungee Jumping



yes ! tak caya ? benda ni kalau dapat buat, perggggghhh, memang kacak la kan ! nak² pulak bungee jumping tu kat luar negara and korang tau tak ada 5 perfect places untuk bungee jumping.  meh aku share sikit.

a. Bloukrans River Bridge, South Africa



hambik kau. tak ke tinggi tu ? HAHA ! Bloukrans River Bridge ni merupakan lokasi bungee jumping ter-famous di dunia dengan ketinggian 216 meter. Manakala lompatan pula sepanjang 160 meter. Maybe panorama dan sungai yang cantik membuatkannya famous di kalangan jumpers :)


Bloukrans River Bridge deck

b. Verzasca Dam, Ticino, Switzerland



Lokasi bungee jumping tertinggi dan terpelik (bagi aku) di dunia. Yela sebab buat kat empangan. Cuba bayangkan tengah lompat pastu kepala korang terhantuk kaw² kat tembok tu. Pastu tembok tu retak lalu mengalirlah air yang diempang tu dengan derasnya dan menghanyutkan korang semua. *imaginasi melampaui batasan*

Dengan ketinggian 220 meter, dan kalau korang nak tau lokasi ni menjadi set pengambaran James Bond 007 tau. Dan pelancong menamakannya sebagai "007 Golden Eye". Tiba² lagu James Bond berlegar di otak =.=


mommy ! i don't want to die ! noooooo !

c. Victoria Falls Bridge, Zimbabwe



subhanallah. cantik kan ? aku paling suka ini ! sebab panorama yang sangat cantik :) tempat ni tak perlu diperkenalkan lagi sebab ianya berdekatan dengan kawasan air terjun terbesar di dunia. berketinggian 111 meter dari paras sungai Zambazi, jumpers melabelkannya sebagai lokasi ter-best untuk jumping ! wohoooo. best². nak kumpul duit 20 sen sehari mulai sekarang. dah cukup beribu² baru pergi. HAHA !




d. Bhote Kosi Bungee, Kathmandu, Nepal




selain terkenal dengan aktiviti kayak dan water crafting, kawasan ni famous dengan bungee jumping.




wooo. so syok ! :)


e. Great Canadian Bungee, Canada



okay lokasi ni cuma 20 minit je dari Ottawa (lagak macam tinggal kat ottawa je). Great Canadian Bungee merupakan yang tertinggi di Canada dan famous sebab ianya dekat dengan cliff. 



*********************

hajat seterusnya

2. Skydiving



hahaha. lagi sewel. tapi serious best weh. nak² masa honey moon nanti request nak pegi skydiving. mau botak kepala husband time tu sebab nak tanggung kos. HAHAH ! padan muka die. ^^ well, kat malaysia ada jugak indoor skydiving yang menggunakan hemat wind tunnel. tapi tak best la sebab terperap dalam tu je kan =,=




3. Naik Roller Coaster


yes ! aku tak pernah naik roller coaster sebab tinggi tak cukup. HAHAHA ! aku jujur okay. dulu pergi Cosmos World kat Time Square masa darjah 6 tapi dilarang masuk sebab ketika itu tinggi aku memang macam zirafah =.=




haaa yang ni la kat TS tu. tapi sekarang tinggi dah memadai cuma takde masa je nak pergi dan tiket masuk sudah mahal. sedangkan dalam tu bukannya banyak sangat games. sebab indoor theme park so terhad sikit. baik pergi Genting je kan ? naik roller coaster yang meniarap tu.




hehehe. teringat pulak game roller coaster tycoon yang tak abes main lagi sebab macam malas je. tengok la kalau ada usaha saya sambung main =.=


4. Daki Gunung Everest



subhanallah. ni kalau dapat buat memang, Ya Allah. besar nikmatnya. tapi memang memerlukan daya usaha yang jitu la kan ? training yang kuat, naik turun tangga berjuta kali, fitness test lagi. hesshh. tapi impian bukan angan² kan ? mudahan tercapai. Insya Allah :)


5. setelkan rubic


haiyooo. Aku reti buat 3 warna je la. dari dulu sampai sekarang tak setel lagi main benda alah ni. adik lelaki aku sangat takbur sebab boleh siapkan dalam masa seminit tanpa tengok dan aku rasa nak bagi penampar pakej sekali dengan penyepak kat die. (tanda protes) =,= Dah belajar dengan die tapi masih lagi fail. maybe aku takde bakat dalam rubik² ni tapi caiyok ida ! Aku nak cuba jugak !



kan senang macam ni. hehehhe :)


6. dapat Nobel Prize

apahal gelak ? mana la tau dapat Nobel Prize tentang environment awareness ke ? hhaaaa. so please stop gelak sekarang kalau tak nak kena cop mohor kat dahi masing² =.=


7. Naik kapal selam



va va vooom ! gempak babe ! glup.glup. hahaha. tapi aku risau tibe² kena serang dengan ikan jerung or dilanggar dek ikan paus gergasi tu. nanti jadi macam cerita Poisedon. semua mati kelemasan. hahaha.


8. Haji :)


ini sudah pasti setiap umat Islam wajib menunaikan jika berkemampuan. Insya Allah satu hari nanti :)




sorry ye. takde punchline menarik untuk entry kali ni =.= sekian :)