26 Dec 2011

Some Family Collage :)



assalammualaikum


ehem ehem. sila lah jamu mata anda dengan tayangan potrait collage of my family members. Setiap gambar ada lagu. TEEHEE !

























Maaf. Yang takde dalam collage ni pakmid sorang je sebab gambar dia tak banyak. Huhuuu. Fyi, gambar-gambar ni semua diambil masa wedding di kampar minggu lepas :)


25 Dec 2011

:)





21 Dec 2011

Buku Conteng Conteng

assalammualaikum


Hari ni aku nak buat review perihal Buku Conteng Conteng yang aku received kelmarin. Apa tu Buku Conteng Conteng ? Hehe. 




Firstly aku nak ucap ribuan terima kasih kepada blogger Milimilo sebab aku baca entry dia Now Everyone Can Doodle - Doodle Tutorial Using Paint Tool SAI tu la aku jumpa blog Conteng Conteng. Milimilo update pasal cara dia buat doodle and dia taruk link blog blog lain yang buat doodle yang comel comel semuanya. Hehe. Pastu bila bukak blog Conteng Conteng, aku terpikat sebab kekemasan blog dia dan kecomelan serta keringkasan lukisan dan penceritaannya. Pastu dapat tau lagi dia menjual hasil kekreativiti dia dengan penghasilan Buku Conteng Conteng ni. Terima kasih saudara Fadhli Hamdan atas kiriman buku ini :)




Dah bubuh sikit gambar je. Nak tengok lagi belilah sendiri. Hehe. Kalau tak berkemampuan pun takpe, as long boleh enjoy all his drawing kat blog dia. Cuma apa yang aku boleh share sikit, buku ni 100% mengenai kehidupan admin iaitu saudara Fadhli dari kecik sampai la dia belajar kat USA. And apa yang buat dia ni unik dan lain dari yang lain ialah dia menggunakan note pad sebagai kanvas utama untuk dia melukis. Yes. Dia sangat kreatif sebab melalui note pad sahaja dia boleh sampaikan kepada orang apa yang dia nak cerita. Give him a big applause ! :)




Wordless Wednesday #3 : TRiPS






rindu suasana studio di Annex 2 FSPU UiTM Perak.


20 Dec 2011

Another 3 months.

Dear Hanida,


Cuma tinggal 3 bulan je lagi anda berkhidmat di PPj. Makin lama makin boleh biasa kan diri kan ? Cuma jangan besar kepala. Sentiasa merendah diri dan anggap diri kamu tu bodoh dalam semua aspek. Seperkara lagi setiap tingkah lakumu dinilai secara formal mahupun tidak formal. Ketepikan segala hal remeh temeh dan terus fokus pada matlamat kamu sepanjang praktikal ini okay ?


Dan jangan lupa final study tu kena seiring juga ye. Jangan syok bekerja je. Sentiasa senyum dan rajin bertegur sapa dengan staf. Biarlah mereka rasa perkara tu menjengkelkan asalkan kamu tu tak sombong. Faham tu ?

7 Dec 2011

Wordless Wednesday #2 : Barney



I miss them :)




4 Dec 2011

My Wonderful 20 !




assalammualaikum


Alhamdulillah. Aku dah tergolong dalam umur puluhan. No more teen. Hehe. Birthday kali ini memang yang termanis dan terharu seklai sepanjang aku hidup. Betul aku terharu :')


1. 27112011


Alhamdulillah. 27 nov lepas celebrate birthday aku secara kecil-kecilan. Hanya saudara terdekat yang datang. Nak jemput kawan-kawan, semua kat kampus and kebetulan masa tu Awal Muharram so ramai yang balik kampung. Hehe. Masak pun ala kadar je tak berlebihan. Ayah aku yang masak kesemua hidangan. Aku dengan ibu tukang hidang je. Hehe. Dah lama tak sambut birthday, dah jadi kekok bila orang nyanyikan untuk aku. Kalau aku nyanyikan untuk orang, siap boleh ulang 5 kali. Hehe.












2. 28112011

Tepat pukul 12am, he gave me an unexpected surprise. I was so surprised and I'd cried for almost 10 minutes I guess. Hehehe. Surprise apa ? Biar kita kita je yang tahu. Thank you so much !!


3. 04122011


Okay. Tiba tiba Anis bagitau nak bagi something kat aku. Katanya hadiah. At first aku ingat memang hadiah dari dia la sebab tahun lepas pun dia bagi hadiah. Sekali kau, bila nak amik kat blok dia, besar gedabaq bukan main. Aku datang dah la dengan family aku masa nak amik hadiah tu. Dari jauh dah nampak bukan main gedabaq lagi. Aku dah syak semacam ni. Bila nak amik kat Anis, she said, tau kan siapa yang bagi ? Dia kata lagi jangan nangis kat sini ehh. Hahahha. Hadoooiii. Baru aku tau siapa yang bagi. Dua kali terharu dah ni. Terima kasih lagi sekali incik :')







39" Boyds Mama Angelbeary all the way from Shanghai :')




barney, coco, peepoo and boboi !! ^_^


Alhamdulillah. Terima kasih juga kepada semua wish yang telah saya terima. Terima kasih semua :) :)





3 Dec 2011

Gato !














yeah. he's learning how to train the pokemon 


Dear gato,

Please be more adorable in future and do take care of yourself and your caretaker. Do convince your caretaker that he is amazing beyond than what he may thought. Do impress him Mr Gato :) :)


Sincerely,
Your future caretaker :)


30 Nov 2011

Wordless Wednesday #1 : Plotting Machine








It has been 2 days in a row I'm against this monsta =.='


Kawan Lama :')

Suatu tengah hari, Ika sedang menuju ke kafe untuk membeli makanan tengah hari. Sedang leka menaip mesej sambil melalui laluan hijau, Ika terserempak dengan Mila dan Ari.


Mila: Ehh, Ika !! Laaa keje sini ke ?


Ika: Eh hai Mila hai Ari !! Lamanya tak jumpa korang. Aah baru seminggu kat sini. Aku tau Ari je yang keje kat sini. Tak sangka pulak kau pun sama.


Mila: Alaaa satu jabatan, satu unit, satu meja lagi dengan Ari ni. Cuma dia start 10 hari awal.


Ari: *leka dengan walkman 


Mila: Ohh best la korang kan. Ada kawan. Tak macam aku. Aku sorang je muda mudi. Staf lain semua dah berusia sikit dari aku. Kekok sikit la. 


Mila: Kau rehat sorang sorang ke ?


Ika: Ha? Aah. Aku tengok staf lain pun makan ikut time diorang sendiri. Sorang sorang jugak. Takde pun ajak ajak aku or staf lain. Aku pun makan la sorang sorang. Tapi takpe, aku dah biasa.


Mila: Ek ? Kesian kau kan. Kau jabatan mana ?


Ika: Ohh aku jabatan perancang bandar. Aras 8. Korang aras 4 eh ?


Mila: Amboi tinggi tu aras 8. Perancang bandar ye. Penting jugak tugas korang tu yela nak merancang bandar apa semua. Aah kitorang aras 4.


Ika: *Bangga dalam hati sejenak. Nak bangga fizikal takbur pulak jadinya nanti.


Ari: *masih mendengar lagu melalui walkman


Ika: Korang tak pergi makan ke ? Takkan makan snek je ? 


Mila: Errmm malas la. Kitorang memang jarang makan nasi. Selalu beli ni je. Hehe.


Ika: Laaa pulak dah. Hehe. Korang datang kerja naik apa ?


Mila: Haa ayah aku hantar. Kau ?


Ari: Aku pun ayah aku yang hantar.


Ika: Ohh aku drive sendiri. Sebab susah nak dapat bas 200 kat kawasan rumah aku tu. Naik kereta boleh pergi lewat sikit. 


Mila: Waaahh bestnya boleh drive sendiri !


Ika: Alaa biasa biasa je. Kalau nak tumpang pergi kerja sekali ke apa ke, bagitau jela. Hmm. Kejap je nak habis Diploma kan ?


Mila: Aah kejap sangat. Sekolah pun dah lama habis. 




























Ketiga tiga mereka merenung ke arah Masjid Sultan Zainal Abidin. 

26 Nov 2011

Minggu Pertama

assalammualaikum




Hari pertama : Lapor diri di Bahagian Sumber Manusia, Aras 2, Blok A, Kompleks Perbadanan Putrajaya. Lepas tu aku ditempatkan di Unit Local Agenda 21 (LA21), Bahagian Perancang Bandar, Aras 8, Blok C. Lepas perkenalkan diri sume aku diberi 3 buku Laporan Tahunan LA21 untuk introduce aku apa itu LA21. Aku belum dapat kerja hari ni sebab semua staff busy dengan meeting esok harinya. So aku just amati Laporan tu. Yes. Hari pertama agak bosan.


Hari kedua : Aku ikut sekali Mesyuarat Induk LA 21 yang diadakan 2 kali setahun. Baru hari kedua dah join meeting besar bersama Presiden Putrajaya, Tan Sri Samsudin Osman. Dalam meeting room tu aku just tolong Penyelia aku, Puan Norzita untuk tekan slide powerpoint, greet ahli mesyuarat and ambil attendance diorang. Aku rasa macam Secretary pulak. =.=''  Agak nebes sebab aku taktau nak panggil ahli mesyuarat tu Tan Sri ke, Datuk ke, YB ke, Tuan or Puan. Lastly aku panggil Tuan dengan Puan je semua. Hehehe. Lepas meeting terduduk semeja dengan Tuan Presiden. Mampuihh. Kelu lidah bicara. Hahaha. Pengalaman yang priceless.


Hari ketiga : Aku dah diberi kerja oleh Kak Diana (Kak D). Aku kene buat Laporan Tahunan LA21 tahun 2011 punya. Ketaq jugak la sebab tak pasal pasal buat laporan yang bakal dibaca oleh public. Mujur Kak D bagi rujukan so that aku bole ikut je. Hehhee. Pastu Kak D bagi aku flow unit yang aku kena pergi by date yang dah ditetapkan. 


Hari keempat : Aku teruskan buat laporan semalam and hari ni sunyi sikit unit LA21 sebab ramai pergi seminar pastu ada yang busy dengan presentation and meeting. Tinggal la aku je yang setia dengan cubicle and laptop and laporan. Hehehe. 


Hari kelima : Hari ni pun sunyi jugak sebab yang pergi seminar tu tak balik lagi and Kak D pun dah cuti alang alang Awal Muharram kan. Tapi best sebab hari ni ada bacaan Yassin dan doa selamat. Buat kat Aras 7 and ada staff yang bawak makanan. Kira jamuan kecik kecik. Aku kene introduce diri lagi sekali sebab tak semua kenal lagi. Maklum la budak praktikal. Hehe. Alhamdulillah time ni la aku dapat kenal and beranikan diri untuk bermesra. Yela bila kita dalam kelompok yang umurnya beyond than us, jadi agak janggal. Kalau bukan staff yang tegur kita, kita la yang wajib tegur.  Yang muda hormat yang tua tak gitu ? :)


Overall aku masih rasa so-so lagi kat office maybe sebab tugasan yang diberi tu aku tak berapa nak paham lagi. Nanti aku akan ditukar unit. Ada 5 unit kat sini. Nanti nanti aku cerita lagi. Sepanjang minggu ni aku hanya belanja RM4.50 untuk makan. HAHAHA ! Sebabnya selasa makan free sempena meeting, rabu pulak Puan Nurul belanja nasi hujan panas, khamis Kak D belanja nasi dagang, jumaat makan jamuan bacaan Yassin. Macam mana nak kurus kalau makan sume sedap sedap. ^^






23 Nov 2011

Meow Oh Meow is so Meowwwsome !




asslammualaikum


Kepada mereka yang sangat gilakan dan sayangkan kucing macam aku, aku sarankan korang usha blog ni. Meow Oh Meow
Which is ada info yang bagus untuk mereka mengenali makhluk comel ni. Hehehe. Aku suka part "Lebih banyak kita bercakap dengan kucing, lebih banyak kucing akan “bercakap” dgn kita." So selamat beramal :)






16 Nov 2011

Trimas trimas !



assalammualaikum


Alhamdulillah and trimas kepada mereka yang view segmen Teka Teki aku tu. Hehehe. Viewers from all over the world tuuu. Tak caya ??




by week

by week

by month

walaupun tak seberapa, at least it makes me feel calm. trimas kepada semua yang sudi membazirkan masa anda. hehehhee. nah hadiah untuk kalian . . .








































































aku tengah ketagih kek ni sekaran. nom nom nom :D


p/s : I just love that Canada flag. I hope it was you. Trimas incik :) :)

14 Nov 2011

Hujan salji di negara orang, hujan batu di negeri sendiri



assalammualaikum


Siang tadi masa dalam perjalanan balik dari Klang, hujan lebat sangat petir berdentum dentum. Masa kat Subang Jaya, masa lalu flyover memang LANGSUNG tak nampak jalan depan. LANGSUNG !! Ayah aku pun bawak slow and other drivers too. Kitorang cuma nampak emergency signal kereta depan je. Jalan langsung tak nampak. Tu memang pengalaman menggerunkan. 


Elok je kat Puchong, aku perasan macam ada objek keras hentam cermin kereta. Aku buat dunno jela. Sekali tengok kat jalan, fuhhh hujan batu. Okay, aku memang jakun sebab 1st time beb ! Korang ada ? Hehehe. 


sumber google

Hujan batu merupakan sejenis  ketulan atau bola air batu dengan purata diameter 5 mm–50 mm. Hujan ini cuma boleh terjadi dari awan kumolonimbus (awan petir). Salah satu proses pembentukannya adalah melalui kondensasi wap air lewat dingin di atmosfera pada lapisan di atas freezing level. Air batu yang terjadi dengan proses ini biasanya berukuran besar. Kerana ukurannya, walaupun telah turun ke aras yang lebih rendah dengan suhu yang lebih hangat tidak semuanya mencair. Hujan air batu tidak hanya terjadi di negara sub-tropika, tapi boleh juga terjadi di kawasan khatulistiwa. (ayat wikipedia, paham paham je la)




Alhamdulillah tadi takde apa yang teruk. Cuma banyak pokok tumbang. Ayah aku cakap hujan batu tu boleh kutip makan tapi kene selawat dulu. Aku bukan setakat tak dapat makan, nak keluar dari kereta untuk kutip pun tak dan pasal hujan lebat dengan kilat lagi. Memang cari pasal la kalau aku keluar kereta. Hikhik ^^


Allah itu Maha Esa. Allahuakbar.

12 Nov 2011

Teka Teki #1



teka teki asal oleh Zureen. Diolah and dilukis oleh aku. Muahahaha. ^^

11 Nov 2011

Subhanallah :')





Baru jumpa website ni tadi. theatlantic.com Have a look and let us share the gratefulness. :)








10 Nov 2011

I just LOVE cats !!



Isn't it adorable ?? Awwwwwwww. Yes it is ! Hehehe. Aku taktau aku angau apa tengah tengah malam ni update pasal kucing =.=' (bunyi cengkerik)


Aku memang sangat sukakan and sayangkan kucing ketat ketat ! Hehehe. Kalau aku nampak kucing kat mana mana, kompom aku nak usap. Tak kisah la kucing tu kucing jalanan ke, kucing jiran ke, kucing kurap, kucing takde bulu or mata kucing pun. Hahha. Yang penting aku nak kacau mana mana kucing yang aku nampak. They are very friendly 'neighborhood'  ^^ 




Malah, kucing juga merupakan binatang peliharaan dan kesayangan Nabi Muhammad SAW. Rasulullah memiliki seekor kucing bernama Mueeza. Pada suatu ketika, Mueeza sedang tidur di atas jubah milik Rasulullah. Tapi disebabkan kasihnya pada Muezza dan tidak mahu mengejutnya, Rasulullah hanya memotong bahagian lengan yang menjadi alas tidur kepada Muezza. 


Ketika Rasulullah pulang ke rumah, Muezza terbangun dan menunduk di hadapan Rasullulah. Rasulullah membalas tindakan Muezza dengan membelainya dengan penuh kasih sayang. Selain itu, ketika tetamu bertandang ke rumah Rasulullah, baginda sering mengendong Muezza dan meletakkannya dia atas peha. Sifat Muezza yang disukai Rasulullah ialah ia sering mengiau ketika mendengar azan dan suaranya itu seolah-olah seperti mengikut alunan azan. Subhanallah. Begitu kasih Rasulullah kepada Muezza kan ? 




Ada certain orang memang takutkan kucing. Tapi kalau takut sangat pun jangan la sampai sengaja nak sepak sepak, baling objek or pape yang boleh mencederakan. Setakat halau shuhhh shuuhh tu pun dah okay la kot. Mentang-mentang kucing tak pandai melawan, berani la buat macam tu (emosi jap). Kalau tak sengaja tu mungkin ada kelonggarannya tapi aku memang cukup pantang kalau ada orang sengaja cederakan kucing. Tapi aku tak pulak marah, sekadar geram dalam hati. Hehehe.


Cuma, aku terkilan. 2 hari lepas, aku dengan kawan aku Miraa nak pergi rumah Aniss. Pastu nampak ada sekor tiny litle cute kitten dalam longkang besar. About 5' deep and saiz die dalam 3'x3' jugak laa. Aku taktau acurate size for drainage. Pastu in between saliran tu ada air bertakung. Kitten tu ada sekali terjatuh dalam air tu and die manage berenang ke saliran lagi satu. Aku dengan Mira sejam duk kat situ and dah buntu idea nak tolong macam mana. Kitorang dah try masukkan dahan pokok yang agak tebal and sangkut dengan plastik kat hujung dengan niat nak kaut kitten tu tapi kitten tu die masih baby so die macam tak paham mission kitorang. And ada kadang kadang dia paut pada dahan tapi tak panjat. Orang lalu lalang tengok je aksi kitorang tanpa ada niat nak tanya. Kitorang pun takde nak tahan orang sebab malu la kot =.='


Lastly, we just left. Hmmm. Aku dah buat dosa kan ? Aku just selamatkan sekor sibling die and bawa die ke tempat lain. Sibling die ni takde pulak nak masuk dalam longkang tu. Pastu ikutkan hati aku nak bawak die balik umah, bagi makan. Tapi sebab nak pergi umah Anis and umah die jauh dari umah aku so aku lupakan hasrat tu. Sampai sekarang aku still rasa bersalah. Tiap kali aku lalu kat longkang memang aku ingat kitten tu. :(




InsyaAllah in future, aku nak bela banyak kucing ! Oh lupa nak cite. Aku tak bela kucing sekarang sebab my mom are allergic to cat's fur. In fact, I am allergic too. Tapi mengada nak jugak. Mana tak resdung. Hehehe. Hopefully aku dapat la jugak merasa disayangi oleh kucing belaan sendiri :) :)





3 Nov 2011

AutoCAD 2011 lesson :)




assalammualaikum


Sepanjang 9 hari program ni berlangsung kat kampus aku. Program ni dianjurkan oleh 3P (Program Pentauliahan Profesional) dan setiap pelajar ditaja oleh UiTM kampus aku. Kalau tak silap aku, yuran penyertaan mencecah ribuan jugak untuk setiap sorang. So Alhamdulillah rezeki aku meluas sebab aku dapat join rogram yang bukan calang².


Aku dan rakan² yang join ni dah belajar AutoCAD 2007. Sejak sem 1 lagi tapi Koordiantor Program kitorang offer kitorang budak² semester 4 (batch aku) untuk join AutoCAD 2011. Alang² nak praktikal sem depan, so memang rezeki kitorang la kan ? Ianya untuk 60 orang je. So rembat jangan tak rembat ! Hehehe.


Tutor kitorang, En Yunus, seorang yang single, kacak lagi bergaya. Hahaha ! Bukan tu aku nak cerita. Dia memang sempoi and aku rasa dia seorang arkitek sebab die selalu bercerita perihal² arkitek.


Dipendekkan cerita kitorang belajar yang basic je pasal 2011 punya application. Fungsi and cara guna sama je macam 2007 cuma yang 2011 lebih advance, mudah and tak complicated. Mula² guna je rasa terumbang ambing sikit. Kitorang belajar cara buat 3D, rendering, motion and kitorang ada assignment. Group aku buat kitchen. So malas nak cerita banyak (padahal memang dah banyak dah pun), korang tengok gambar merapu je la ye.


aku tengah render kitchen kitorang







Sekian :)


24 Oct 2011

Tips : Melupakan Seseorang



assalammualaikum


Hari ni aku bagi korang semua tips percuma. Hehehe. Kalau yang dah baca kat status Facebook aku mesti dah tau. Tapi orang ingat aku gaduh dengan Incik. Haish. Bukan bukan. Aku update status tu secara random je and aku tak tau la kalau² ada orang terasa kan. Mintak maap naa.


So caranya ialah dengan membuat diri korang sibuk. Tak kisah la sibuk dengan menelaah, tugasan, mengemas or menukang pun. Janji sibuk. Aku dah buat banyak kali and memang mujarab macam losyen mustajab. =.='


Lately ni aku menyibukkan diri aku dengan membuat model bangunan, buat kerja AutoCAD and berfoya-foya dengan rakan-rakan studio. Alhamdulillah aku boleh melupakan bukan setakat manusia, malah masalah juga. So jadi la macam aku yang happy di luar tapi di dalam hanya kita-kita yang tahu. :)



15 Oct 2011

Best la mamat ni :)



 assalammualaikum dan salam sejahtera


Berita jam 9.
Tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuut. (macam dalam radio stesen RTM)


Oke aku gurau je. Aku nak share blog mamat ni yang aku rasa dia ni cool. Heidi Shafiq. Dia punya entry lebih kurang macam Zack Zuhairi punya la. Tapi disebabkan ZZ dah lama beruban² tak update blog, aku blog walking macam² jenis blog. Takde yang semenarik Zack tapi finally jumpa blog HS. Sebabnya macam ZZ, HS ni pun menggunakan drawing sebagai attraction entry² dia. Yang bezanya, ZZ guna photoshop, HS guna paint. :)


Secara ringkasnya aku boleh cakap HS ni memang romantik. Hahahha ! Aku tak tipu. Aku suka lelaki romantik. Tapi romantik dia bukan romantik tulus. Romantik berkias la sikit. Pastu dia ni sangat menjadi diri dia sendiri dan menghargai orang yang dia sayang. Aku suka. Dan entry yang paling aku rasa jiwang yang ni All For Her. Aku tak tau la article tu dia curi memane or dia reka sendiri. Tapi aku berani bet tak ramai lelaki yang sanggup post entry tu. CONFRIM ! (memang aku sengaja eja salah)


Itu sahaja. Sekian :)


26 Sept 2011

Important Date




21 September 2011 - ETR 300 (Fundamental of Entrepreneurship)
25 September 2011 - DTP 253 (Infrastructure Planning)
28 September 2011 - DTP 251 (Housing Studies)
1 October 2011 - DTP 254 (Recreation & Tourism Planning)
9 October 2011 - DTP 252 (Social Studies)

14-26 October 2011 - AutoCAD 2011 programme @ UiTM
27-30 October 2011 - Planning Student Assembly (PSA) @ USM
31 October-20 November 2011 - Semester break
21 November-April 2012 - Industrial Training @ Perbadanan Putrajaya




ohh yeah. not to mention
28 November 2011 - 20th birthday of mine :) :) :)



23 Sept 2011

Peristiwa

Dewan Seri Iskandar
2.15 pm - 5.15 pm
ETR 300 (Entrepreneurship)
Meja 42


Minit pertama.
Waktu tu invigilator suruh cek halaman muka surat, berapa soalan, bla bla bla and so on. Aku ikut perintah. Aku cek tanpa sebarang pertelingkahan dan tidak memberanikan diri untuk baca soalan. Waktu tu aku gelisah.


2.15 pm.
Aku beranikan diri untuk baca soalan. Aku terus langkau ke bahagian short and long essay. Aku telan air liur yang berkapasiti 0.2 ml. Aku terkedu dan tersedu. Ye. Takkan tak paham lagi ? Maknanya soalan dia susah laa ! Duhh.


3.10 pm
Dengan hati yang gundah gelana, aku meneruskan penulisan serta menjawab bahagian true/false dan objectives. Aku tak tipu. Soalan memang susah tahap dewa. Memang susah susah memang. Aku tengok sekeliling aku. Tekun dan patuh terhadap peperiksaan. Aku kagum.


3.15 pm
Budak EM sebelah aku, bangkit dari medan petempuran. Aku kagum tigapoloh saat dengan budak tu. Bukan pergi tandas, Tapi selesai menjawab. Aku rasa nak bangun, beri tepukan paling gemuruh buat beliau. Ye. Die layak diberi penghormatan kerana menurut hemat aku, die orang pertama yang keluar dewan. Tahniah tahniah. (makan dalam)

4.15 pm
Aku selesai menjawab kesemua soalan. Dalam susasana petir berdentum-dentum, aku memberanikan diri. Aku serahkan jawapan aku kepada invigilator. Aku berundur diri kerana aku khuatir akan menukar² jawapan kerana ye soalan memang susah. Lagi satu, aku kalah kepada keangkuhan dan ketakburan aircond dewan tu. Sejuk gila aku habaq kat hang. Aku ni dah la berdarah panas. Tak sesuai dengan iklim sejuk.


Sekian, terima kasih.

20 Sept 2011

Hokus Pokus !

Jap jap. Aku tengah exam. Bagi aku pokus jap eaa. 




Dan subjek Entrepreneurship la yang 'paling' aku sanjung. Huuuu.




Good luck everyone @.@