26 Nov 2011

Minggu Pertama

assalammualaikum




Hari pertama : Lapor diri di Bahagian Sumber Manusia, Aras 2, Blok A, Kompleks Perbadanan Putrajaya. Lepas tu aku ditempatkan di Unit Local Agenda 21 (LA21), Bahagian Perancang Bandar, Aras 8, Blok C. Lepas perkenalkan diri sume aku diberi 3 buku Laporan Tahunan LA21 untuk introduce aku apa itu LA21. Aku belum dapat kerja hari ni sebab semua staff busy dengan meeting esok harinya. So aku just amati Laporan tu. Yes. Hari pertama agak bosan.


Hari kedua : Aku ikut sekali Mesyuarat Induk LA 21 yang diadakan 2 kali setahun. Baru hari kedua dah join meeting besar bersama Presiden Putrajaya, Tan Sri Samsudin Osman. Dalam meeting room tu aku just tolong Penyelia aku, Puan Norzita untuk tekan slide powerpoint, greet ahli mesyuarat and ambil attendance diorang. Aku rasa macam Secretary pulak. =.=''  Agak nebes sebab aku taktau nak panggil ahli mesyuarat tu Tan Sri ke, Datuk ke, YB ke, Tuan or Puan. Lastly aku panggil Tuan dengan Puan je semua. Hehehe. Lepas meeting terduduk semeja dengan Tuan Presiden. Mampuihh. Kelu lidah bicara. Hahaha. Pengalaman yang priceless.


Hari ketiga : Aku dah diberi kerja oleh Kak Diana (Kak D). Aku kene buat Laporan Tahunan LA21 tahun 2011 punya. Ketaq jugak la sebab tak pasal pasal buat laporan yang bakal dibaca oleh public. Mujur Kak D bagi rujukan so that aku bole ikut je. Hehhee. Pastu Kak D bagi aku flow unit yang aku kena pergi by date yang dah ditetapkan. 


Hari keempat : Aku teruskan buat laporan semalam and hari ni sunyi sikit unit LA21 sebab ramai pergi seminar pastu ada yang busy dengan presentation and meeting. Tinggal la aku je yang setia dengan cubicle and laptop and laporan. Hehehe. 


Hari kelima : Hari ni pun sunyi jugak sebab yang pergi seminar tu tak balik lagi and Kak D pun dah cuti alang alang Awal Muharram kan. Tapi best sebab hari ni ada bacaan Yassin dan doa selamat. Buat kat Aras 7 and ada staff yang bawak makanan. Kira jamuan kecik kecik. Aku kene introduce diri lagi sekali sebab tak semua kenal lagi. Maklum la budak praktikal. Hehe. Alhamdulillah time ni la aku dapat kenal and beranikan diri untuk bermesra. Yela bila kita dalam kelompok yang umurnya beyond than us, jadi agak janggal. Kalau bukan staff yang tegur kita, kita la yang wajib tegur.  Yang muda hormat yang tua tak gitu ? :)


Overall aku masih rasa so-so lagi kat office maybe sebab tugasan yang diberi tu aku tak berapa nak paham lagi. Nanti aku akan ditukar unit. Ada 5 unit kat sini. Nanti nanti aku cerita lagi. Sepanjang minggu ni aku hanya belanja RM4.50 untuk makan. HAHAHA ! Sebabnya selasa makan free sempena meeting, rabu pulak Puan Nurul belanja nasi hujan panas, khamis Kak D belanja nasi dagang, jumaat makan jamuan bacaan Yassin. Macam mana nak kurus kalau makan sume sedap sedap. ^^