Showing posts with label Praktikal. Show all posts
Showing posts with label Praktikal. Show all posts

17 May 2012

Peluang !





Tak rasa seronok pulak kan bila bos bagi peluang dan kepercayaan pada aku untuk buat layout perumahan kawasan diplomatik. Dah stop kerja pun masih diperlukan di PPj. Uhuuuuu. ZanR'Tahir tu memang jeles + suka cari pasal dengan budak budak praktikal. Ahahaha ! Abis je kerja kat kedai roti ni, aku nak pergi ofis sebelum balik Perak ! ^^

9 May 2012

Wordless Wednesday #20 : Email




Berbalas email dengan abang rafizan & kaktun. Hehehe. Main pakwe pakwe pulak kaktun ni. Ohhh rindu office !

25 Apr 2012

Le Kurus Me ?



assalamualaikum


Hari ini aku pergi office lagi. Haish tak jemu jemu pergi office ye. Tapi kali ni ramai cakap aku kurus. Huehuehue. "Amboi. Jaga budak macam ni punya kurus ye ida ?" Hehehhe. Aku pun Alhamdulillah syukur senyum sipu gelak gelak kecil la gitu. Aku jarang exercise pun boleh kurus. Belum exercise teruk teruk lagi. >.<




17 Apr 2012

Rindu Office




assalamualaikum


Hadoi. Rindu office gila-gila. Tadi singgah office kejap nak jumpa Dikyus sebab mauk bagi gambar and segala softcopy dokumen kat dia. Alang-alang colleagues pun dah nampak aku, diorang ajak makan sekali. Dah la datang menyebok pastu dijemput makan pulak. Dasar tak tahu malu aku ni. =.=' 


Aku rindu kesepahan office aku. Huhu. Office planning kalau bersih & kemas bukan planning la namanya :)

Lepas makan makan, tak pasal pasal kena buat kerja, tolong consultant yang datang pastu tolong kemas office sikt sebab harini kebetulan Spring Clean pastu kacau orang. Hehehe. Best betul bila dengar ayat camni kat office tadi :

" Eh ida ! Laa. Ada lagi. Meh makan kat pantri meh bihun tu banyak lagi "

" Hai ida ! Lama tak jumpa. Sihat ? Pergi la makan kat pantri tu "


" Ida ida. Meh makan nasi goreng dengan ayam kat bilik meeting depan. Makanan tak habis tadi tu. Jom jom "

" Ida ! Tolong tunjuk kat consultant tu kejap amendment dalam AutoCAD ni. Saya ada meeting pulak "

" Ida ! Dah dapat kerja dah ? Kerja sini balik la. Belajar banyak banyak lagi kat office ni sebelum masuk U "

" Ida tolong kejap buka PC En. Akmal pastu cek softcopy pindaan SA Presint 7. Tu untuk consultant ANZ Planners tu "


" Ida nanti dah habis belajar, kerja kat sini tau. Nanti saya tolong rekemenkan. Lepas habis Diploma nanti ke, kerja je kat sini. Tak payah cari tempat lain "

Ha kau. Tak ke kau rasa gembira lagi terharu bila orang layan kau macam ni ? Kau ingat senang nak dapat kepercayaan orang yang sudah bekerja ? Susah tahu. Nak nak kerja tu memerlukan kemahiran dan pemikiran yang tangkas lagi bernas. Hui semangat. Tapi aku takde la sampai tahap pemikiran tangkas tu. Kena asah lagi InsyaAllah. Tang kemahiran tu, Alhamdulillah sudah ada. :)


mereka suka menyakat aku tapi aku suka. HEHEHE. :)


Awesome office is awesome !
  










p/s : Rata rata semua yang tegur aku buat nada terkejut dan excited. " Eh ! Idaaa ! " Ahh aku akan ingat dan rindu intonasi itu :)

10 Apr 2012

Kesian Dikyus :(




assalamualaikum


Budak yang sedang praktikal sekali dengan aku kena ragut petang tadi. Kesian dia. Betul-betul musibah yang tak dijangkakan. Antara barang yang hilang :


Dompet (I/C, lesen semua la)
Laptop
Broadband
Mobile Phone
Kamera


dan yang paling penting . . .









BUKU LOG PRAKTIKAL !!!!












Tolong la peragut. Kalau aku di tempat Dikyus, aku sanggup kehilangan barang-barang tu tapi jangan la buku log. Markah untuk satu sem wooooi. Hadui. Kesian la kat dikyus. Benda ni pun boleh je jadi kat aku sebab aku pun selalu sangat drive sorang sorang. Gulp !


Be strong ye DIkyus ! 



3 Apr 2012

Tak Sangka










Bukan lah aku nak riak, cuma aku cukup tersentuh dan tak sangka begini expectations mereka kepada aku. Serius aku tak sangka dan sampai bila-bila pun aku rasa terharu. :') Yang tukang comment ni semua muda mudi lagi. Hehehe.


Kak Amy, very very busy planner tapi sangat tak lokek ilmu and rajin cerita pasal anak buahnya, Imran ! Hehehe. Imran memang comel. Thanks kak amy bawak jalan², belanja mee rebus and a gift dari Surabaya tu. Hehehe.


Kak Maira Qistina (actually Kak Mira. Maira Qistina nama anaknya) sangat pandai buat laksa ! Sanggup buat laksa sempena farewell dikda. Kak Mira panggil aku dikda. Comel kan ? Membe studio aku panggil aku Dikda jugak. What a coincidence !


Kak Fara, tauke kek berjaya di usia muda ! Haaa. Kak Fara rajin bawak kek datang office kalau ada birthday dan setiap minggu wajib ada tempahan ! Red Velvet kak fara memang superb ! InsyaAllah ada duit lebih nak order kat kak fara la. Hehehe. Ohh ini laman sesawangnya


ZanR'Tahir, suka sangat sakat aku. Panggil aku Ieda Moin (yang artis tu) pulak tu. Tapi dia jugak la yang banyak tolong aku untuk lebih paham tugas sebagai perancang ni. Huehuaheuah. Dan seorang yang sangat kreatif especially bab² designing. Dan banyak jugak yang aku belajar pasal design daripada dia.


Last but not the least, Kak Elly & Epit ! Hehehe. Kak elly jangan marah ye. Senyum sikit. Haa kan cantik ! Hehehe. Kak Elly la banyak sangat tolong aku trough out menjalani praktikal kat PPj. Dia la yang buat aku rasa tak kekok kat sini dan rajin melayan golongan budak-budak praktikal. Kak elly rajin berbual, rajin kongsi pengalaman masa belajar, pasal anak dia Arissa, pasal kes-kes tertentu dan rajin belanja makan. Huhuuu. Dan kak elly nak tahu ? Kak elly punya tawa dan suara sama macam kawan ida. Hehe :)






29 Mar 2012

Gembira Bersama :)





Hari ini lawatan tapak sekitar Promenade untuk city trail Putrajaya. Balik dari site naik kereta with En Nazri, Kak Amy, Kak Elly & Dikyus. Semuanya masih muda mudi. Gembira dapat bergurau senda perkara yang remeh temeh + loya buruk sesama kami dan ketawa tak ingat dunia. Haiii. Kenangan manis latihan industri :')




28 Mar 2012

Wordless Wednesday #15 : Farewell





Terharu. Uhuuuu :')


24 Mar 2012

Forum Perdana & Makan Malam LA 21



assalamualaikum


Semalam (23032012) satu hari suntuk busy. Actually dari hari Rabu lagi memang dah busy. Busy dengan program Local Agenda 21. Local Agenda tu apa ? Kenapa 21 ? Haa. Nanti la saya explain iyee :) So just enjoy the photos.


the day before








Kak Elle, Kak Fara & Wonderful Lady from Yogyakarta


Bapak Iswanto, KSU KWPKB, Presiden PPj, KP Jab. Perancang Bandar






Recycle bagpack made from rubbish ! But it's RM60. Huuuu. 


Trust me it was made from rubbish and came all the way from Yogyakarta. Kak Amy gave it ! 








View from Pullman :)


Mentang² tema casual, maka casual lah dik yus ni. ^.^


Selamat datang ke rumah saya yee. HAHA :)


nak deco macam ni la dalam rumah nanti. hehehe.


Feeling feeling obersea kejap. Eheeee ^.^




With Kak Fara ^.^



With En Din, Bapak Iswanto & his wife ^.^


Kak Di, Kak Amy, Kak Siti, Tn Hj Omairi, Pn Shel, Dikyus, Pn Zita







Last but not least























Such a great moment for both of us ! Sekian :)


21 Mar 2012

Lepas Beban



assalammualaikum


Semalam dah submit report latihan industri kat kampus. Wehooooo yabedabedooo weeeheee ! Hehehe. Alhamdulillah lepas segala tekanan dan beban yang dipikul sejak dua menjak ni. Aku sangat puas hati dengan report yang aku buat and ada dapat bantuan daripada super senior a.k.a. staf kat PPj sekarang, Kak Elly & Epit ! Hehe. Kak elly aje panggilnya. Aku yang selalu panggil kak elly & epit. Hehehe.


kak elly sangat mulus kulitnyaaa :)


Well, macam-macam yang terjadi semalam. Takde la terjadi pun, I mean suasana la kot. Aku buat dalam bentuk numbering la. Senang nak baca. Heee :)


1. Kiosk kat kampus dah bertukar wajah, dah jadi bilik lecturer. (me dislike this)

2. Bagi lecturer and junior rainbow cake. Alhamdulillah mereka suka ! (me very like this)

3. Kakten & Jali melayan kerenah aku yang kebudak-budakan kat Tesco. Hehe. (me superbly like this)

4. Sambil tunggu bas, main-main dengan mummy cat. (me really like this)

5. Naik bas double decker Plusliner pastu duduk atas, depan sekali ! (me very very very very like this)


Act, dah 3 kali naik. Budak UiTM & UTP rajin balik tiap minggu tu yang Plusliner bagi bas besaaar punya !


6. Duduk pulak sebelah mat saleh / pak arab / mat rusia (sebab tak familiar bahasa diorang, so hentam je) 

7. Driver pasang cerita Ong Bak (me dislike this =.=)

8. Naik ERL ke Putrajaya pukul 10 malam (me kinda like this)

9. Ada little boy playing around dalam ERL (me superbly like this)

10. Ada blind man naik ERL and turun kat Putrajaya and sedaya upaya tak mengharap bantuan sesiapa (me superbly amazingly LIKE this)


Haaa itu aje la peristiwa berlaku sehari suntuk semalam. Hehehe. 



8 Mar 2012

Menuntut Ilmu



assalamualaikum


Kalau ikutkan, 9 Mac 2012 tarikh dan hari terakhir buat batch aku untuk menamatkan sesi latihan praktikal. Kalau kat Kelantan, Terengganu & Kedah dah habis dah hari ni. Tahniah ye kawan-kawan ! :)


Tapi.. Untuk kes aku, aku nak sambung. InsyaAllah sampai hujung bulan Mac memandangkan banyak lagi yang aku belum pelajari dan tempoh cuti semester yang lama (2 bulan lebih) dan staf tak nak lepaskan aku. HEHEHEHE ! Angkat bakul sendiri. Aku rasa untuk yang praktikal kat government, aku jela kot the only one yang sukarela nak sambung. Even yang kat private pun tak sambung, aku over confident. Hehehe. Aku sayang PPj sangat. :)


I'm gonna miss this messy cubicle 


Well, for the time being I need to complete my report for this upcoming submission. Hal rumah sewa lagi. Haiihh haiihh. Jenuh tahu nak cari rumah sewa by your own. =.='


5 Mar 2012

Sekejap




assalamualaikum


Minggu ni minggu terakhir aku di PPj. Ahhh kejap sangat masa berlalu. Dap dup dup dap tong tang ting tung dah 4 bulan kat sini. Rasa macam baru semalam aku lapor diri kat sini (ayat common dah takde idea nak ubah ayat ni)


Dan ye, aku tak penah pulak cerita kat korang kan kerja apa yang aku buat kat sini. Orang selalu assume kalau kerja government je mesti kena beli goreng pisang, buat air beli tu beli ni potostet itu ini. Daaa. Tu zaman pak kaduk. Hahaha. Seriously aku tak penah pun kena buat macam yang aku cakap tadi tapi potostet sikit sikit tu ada la. Benda standard mana mana office kau akan buat. Meh la story sikit pasal kerja aku.




Ni jadual rotation. Kat Jab. Perancang Bandar PPj ada overall 7 unit tapi untuk student praktikal, 5 unit je terlibat. Setiap unit tugasan dia lain lain tapi still ada kesinambungan antara satu sama lain. Ayat matang tak ? Hahah.


Nak cerita pasal tugasan aku, korang gerenti tak paham punya. Overall apa yang aku boleh simpulkan, kerja kat government ni totally lain tugasannya tak macam masa kita belajar. Tapi still ada kesinambungannya (aku suka guna ayat ni sekarang).




Dan presentation juga sudah sebati dalam diri kitorang as student planning sebab boleh kata setiap hari ada presentation. Dah lali dah. Hahaha. Masa ni aku kena present and sesi tutorial sikit la macam mana penggunaan perisian MapInfo. Tak tahu ? Sila google. TQVM.




Time ni pulak Delegasi Baghdad datang and bos aku kene introduce kat diorang background Putrajaya untuk tarik minat diorang beli lot kedutaan kat Presint 15. Kelam kabut bos aku nak berbahasa Arab. Mujur diorang ada translator dah siap siap. Heee.




Waktu pegi site ni paling tak tahan. Bukan sebab panas tapi pegi pakai baju kurung kot. Memang sudden punya site. Ayu gile kan pegi site tempat tempat gini pakai baju kurung. Aku sorang je penah buat kot. Haha.




Ni pulak site kat Presint 11. Ni untuk consideration nak buat laluan pejalan kaki tapi ada halangan which is ia akan merintangi rezab gas. Actually ni request dari penduduk. Aku tukang dengar aje :)


Haaaaiiiihhh. Ngantok. Lain kali saya buat episod 2 pulak ye. Hehehe. Aku memang camni, update entry tak penah nak sungguh sungguh. Adios !


1 Mar 2012

Me LOVE them !







Taman Wetland Putrajaya 01032012 with Kak Elly, Yusra and Kak Mira :)





27 Feb 2012

TEEHEE !






This is what happened due to the extreme weather at PPj. HAHAHAH ! Extreme weather mate ? ^^


25 Feb 2012

Bicara Ilmu, Local Agenda 21




assalammualaikum


24 Februari 2012 di PPj. Aku bantu dan join program LA 21 untuk menjaga pameran sempena program Bicara Ilmu : Penghasilan Kraftangan dari Bahan Kitar Semula. Alhamdulillah sambutan dari adik-adik sekolah, NGO's, wakil penduduk dan others sangat memberangsangkan. Tengok gambar je la eh. Malas nak cerita panjang. :)


yang pengawas tu adik azmiratul zaharah ye. hik hik :)


LA 21 punya pameran








rajin betul dia ni. meh sape nak buat menantu. ngeh ngeh. 








Yusra. Budak praktikal jugak dari POLIMAS


Me with boss, Puan Zita & En Din :)

Bungkus nasi lebih :P




last but not least. . .



































penat briefing kat orang sampai tidur pun senyum sipu ^^



SORRY FOR THE LONG POST. TEEHEEE !