21 Apr 2013

Mommy to be !!



assalammualaikum !


Finally, gua tengah mid sem break sekarang. Tengah or dah mid sem ek ? Ahh peduli kosa kata. Gua nak bagitahu yang gua memang seghonok today ! Gua lepak dengan classmates sekolah gua. Selalunya gua memang orang paling excited bab² lepak dengan membe sekolah tapi kali ni extra super duper special excited pasal gua lepak dengan 2 orang membe yang dah kahwin and one of them sedang pregnant ! Like, OMG ! Hehehe.


that guy at the corner is Yayan's hubby :)

Photobombing by Yayan. HAHA ! Ni sumpah lawak :p






Aku rasa korang boleh teka siapa preggy women :)


Si tudung oren, Fazlyana. Memang excited terlebih budak ni :p


So korang dah tahu la sape je yang single. Aku dan fazlyana. HAHAH ! Who won't get excited when your classmates already married and pregnant yet you're not rite ? Huhuhu. Memang rezeki kau Tia. Congratulations to you and Yayan juga and can't wait to welcoming your baby ! We're guessing a baby girl ! Hehe. :)


Yayan's and Qi's baby : Memey Suhaiza HAHA :p




18 Apr 2013

Al-Fatihah buat Syukri bin Hatim




assalammualaikum


Jam 12.50 am. Baru sampai kolej dari Kg. Gajah, Perak. Arwah selamat dikebumikan di Kg. Gajah selepas solat Asar. Aku terharu sangat ramai rakan seperjuangan arwah menziarahi arwah buat kali terakhir. Ukhwah yang terjalin dalam kalangan budak-budak UiTM Seri Iskandar tetap utuh malah makin kukuh walaupun masing-masing berlainan batch dan membawa haluan masing-masing selepas diploma. Aku baru mengenali arwah 2 bulan tapi percayalah, impak perkenalan yang singkat ini sangat terkesan dalam hati. Sebak. Sayu. Teresak.


Jam 9 pagi waktu dalam kelas modelling sectoral, kawan kami, Ejat beritahu berita mengejutkan dalam keadaan terkejut. 



"Korang, syuk dah takde"



Ringkas, namun pedih untuk ditelan. Semua rakan-rakan ex-diploma dari Perak terus kaget and menangis termasuk aku yang baru kenal 2 bulan sahaja. Innalillah. Inilah pertama kali rakan yang rapat pergi terlebih dahulu menghadap Ilahi. Al-Fatihah.


5 April 2013, melawat arwah di PPUM. Seronok tengok arwah masa ni :')