assalammualaikum
Jam 12.50 am. Baru sampai kolej dari Kg. Gajah, Perak. Arwah selamat dikebumikan di Kg. Gajah selepas solat Asar. Aku terharu sangat ramai rakan seperjuangan arwah menziarahi arwah buat kali terakhir. Ukhwah yang terjalin dalam kalangan budak-budak UiTM Seri Iskandar tetap utuh malah makin kukuh walaupun masing-masing berlainan batch dan membawa haluan masing-masing selepas diploma. Aku baru mengenali arwah 2 bulan tapi percayalah, impak perkenalan yang singkat ini sangat terkesan dalam hati. Sebak. Sayu. Teresak.
Jam 9 pagi waktu dalam kelas modelling sectoral, kawan kami, Ejat beritahu berita mengejutkan dalam keadaan terkejut.
"Korang, syuk dah takde"
Ringkas, namun pedih untuk ditelan. Semua rakan-rakan ex-diploma dari Perak terus kaget and menangis termasuk aku yang baru kenal 2 bulan sahaja. Innalillah. Inilah pertama kali rakan yang rapat pergi terlebih dahulu menghadap Ilahi. Al-Fatihah.
![]() |
| 5 April 2013, melawat arwah di PPUM. Seronok tengok arwah masa ni :') |

No comments:
Post a Comment