26 Dec 2012

Wordless Wednesday #29 : Du'a







" The best gift you can give to someone is du'a"



Moga kami menjadi good muslimah. InshaAllah :)



And say Alhamdulillah :)


7 Dec 2012

Aku, Dia & Tong Sampah




assalamualaikum



Well, hello there world ! (Anwar Hadi sikit). Alhamdulillah bersua kita sekali lagi di hari yang berbahagia ini walaupun Jumaat dah nak tamat. Heee. Yang penting bersyukur, Alhamdulillah. Okay hari ni entah macam mana aku boleh terfikir nak tengok telefilem Aku, Dia dan Tong Sampah kat youtube. Nasib baik buffer tak loading, lancar dan smooth saje. Alhamdulillah :)
At first, aku tengah google pasal Beto Kusyairy yang aku minat recently ni. Pastu aku baru teringat ramai fans dia sarankan tengok Aku, Dia dan Tong Sampah. So, aku pun search la kat youtube dan Alhamdulillah ada. Dah, banyak bebel pulak kau Hanida -___-


comel betul siti saleha Beto ni !

Sinopsis : Kisah Aku, Dia dan Tong Sampah merupakan sebuah cerita komedi romantik mengenai dua insan iaitu Sharnaz dan Amir yang mengalami keperitan hidup kerana putus cinta dengan pasangan masing-masing. Pertemuan antara kedua insan ini bermula ketika mereka mahu membuang surat cinta bekas kekasih di tempat pembuangan sampah. Sejak pertemuan itu, mereka berjanji mahu bantu antara satu sama lain untuk kembali sisi bekas kekasih mereka. (Wartawan Sinar Harian.Aku, Dia dan Tong Sampah, dari teater ke filem.13 Ogos 2012.http://www.sinarharian.com.my/hiburan/aku-dia-dan-tong-sampah-dari-teater-ke-telefilem-1.75978) <---- kemain ada rujukan -____-





Aku tengok sebab aku minat Beto Kusyairy. Takde sebab lain. Tapi as I watched the entire telefilem, aku dapati (cewah dapati macam capati) yang storyline dia sangat simple yet mendalam and sampai pada aku. Plus, the staff of behind this telefilem ni, aku kenal (tapi mereka tak kenal aku, so sad. tsktsk) melalui youtube, blog malah novel fixi ! And lastly, dalam cerita ni jugak la korang boleh tengok Beto pakai costume Stitch from Lilo & Stitch !




kawaii !



So ini sebab-sebab aku suka cerita ni :



1. Obviously sebab ada Beto Kusyairy ! 


2. Ianya adalah terbitan Playground Production yang diterajui oleh Tuan Faisal dan krew-krewnya termasuk Redza Minhat !! <--- Si Gigi Besi dalam Pisau Cukur tu.


3. Idea asal oleh pelajar semester akhir Universiti Teknologi Mara bagi tugasan akhir mereka. Awesome ! UiTM, Usaha, Taqwa, Mulia ! HAHA.



4. Script diolah semula oleh Nadia Khan, writer best fixi novel, Kelabu.



5. Penampilan khas Liyana Fizi, singer kumpulan Estrella & Co. 



6. Penampilan khas juga Redza Minhat ! Yabedabedu !



7. Almost semua pelakon aku suka dalam telefilem ni sebab lakonan yang bersahaja tapi bermutu ! Syabas syabas !



Aku sangat suka karya-karya terbitan Tuan Faisal dan krew-krewnya antaranya short film di youtube seperti Passport Ekspress dan Lightbulb di mana kalau korang tengok short film ni, korang akan perasan pelakon yang sama berlakon dalam Aku, Dia dan Tong Sampah. Heee. Itu saja la review kali ini. Wassalam :)




2 Dec 2012

Short term wish list





1. Ice skating di e@Curve, Damansara

2. Join aktiviti Weekenders Club

3. Bungee jumping di Sunway Lagoon

4. Hiking Broga Hill sambil tengok sunrise

5. Jalan-jalan di Melaka with BFF :)

6. Jumpa semua teman-teman selagi mahu ! 

7. Mengurangkan berat badan -----> 45kg. Another 5 kilo's to go ! -___-

8. Derma darah bebanyak !

9. Sambung belajar balik di Shah Alam. InshaAllah

10. Convocation maybe ? :)



1 Dec 2012

Tahniah buddy !




mohon curi gambar ye Mira 


Azmiratul Zaharah Fadli
Diploma in Investment Analysis
UiTM Dungun




Nanti iollss bagi uollss flower bouquet with teddy bear on top. Me so proud of you bebeh ! :')

30 Nov 2012

21 Tahun




Terima kasih kepada 8 orang yang telah wish birthday aku.

Happy belated birthday to me. Yeay

Nothing special pun


21 Nov 2012

21 November 2011




assalamualaikum



Ye. Tarikh aku kat atas tu tak silap. 2011. 21 November 2011. Setahun yang lalu ialah hari pertama aku praktikal di Perbadanan Putrajaya. Setahun. Sekejap je. Hari pertama praktikal tipu la kalau tak berdebar. In fact sejak semester sebelumnya lagi aku dah berdebar. Masa buat resume, nak isi bahagian kemahiran software pun tergagap nak isi yang aku terer sikit guna AutoCAD, MapInfo dan Google Sketch Up. HAHA.  Punya nebes iollss tau uollss.


Hari pertama pakai baju kurung la opkos sebab isnin kat mana-mana pun formal day. Siap gendong handbag konon bawak semua borang-borang segala benda alah yang nak diisi untuk bos-bos baru. HAHA. Handbag pulak siap beli yang baru masa sale kat Parkson. HAHA. Nak beli yang before less memang tak la nak beli cecah ratus-ratus. After less dapat la jugak RM50 untuk sebuah handbag Polo. Kemain polo bagai. HAHA.


Hari pertama ayah aku hantar and teman aku sampai kat department HR. Manja kan aku berteman-teman ? Jealous la tuuu. Hehehe. Lepas dah setel protokol-protokol, rules and regulations apa benda semua la maka aku dihantar ke Department Perancang Bandar kat blok D tingkat 8. Tinggi noohhh. Hari pertama ni la semua benda nak jakun. Naik lif kena punch card dulu kat apa benda entah benda tu baru boleh naik lif. Alaa benda yang macam kita masukkan tiket kalau nak naik mana-mana train, ha macam tu la yang staf PPj kena buat tiap kali nak keluar masuk ofis. Memang kene punch card. 


So student practical pun dapat je card siap tulis PRAKTIKAL lagi besar-besar. Kekadang malu je nak pakai tapi pakai jugak la bangga rasa dapat praktikal kat PPj. Muahaha. Sesudah sampai di D8 aku kena tunggu kejap di lounge sementara segala borang morang aku diuruskan oleh staf department perancang bandar. Staf first tegur aku ialah Kak Zu atau Puan Zuriah. Kat ofis semua staf perempuan tak kisah la muda ke or tua sebaya macam mak ke, panggil je akok. Orang kata trick untuk bodek la. HAHA. Kalau staf lelaki, aku tak biasa nak guna abang-abang, maka aku akan panggil En. Skema gilak. -___-


Okay sambung balik. So hari pertama dan 2 minggu seterusnya aku ditempatkan dalam Unit Local Agenda 21. Department aku overall ada 7 unit tapi hanya 5 unit yang dibenarkan untuk student practical. Unit LA 21, Unit One Stop Centre, Unit Rancangan Struktur, Unit Kawalan Pembangunan dan Unit Rancangan Tempatan. Setiap unit ada bos masing-masing dan diketuai big bos department. Bos aku untuk Unit LA 21 Puan Norzita Razak yang secara kebetulannya ialah mak kepada kawan sekolah aku. What a small world kan ? Hue hue hue. 


Maka aku dah ditempatkan di cubicle aku yang sangat selesa dan sejuk gila mencucuk tulang. Rasa senang hati dapat cubicle yang selesa, dapat tengok map-map, dapat kenal dengan semua staf yang rata-rata memang suka menyakat budak praktikal. Selalunya stigma manusia terhadap budak praktikal di gomen, mesti kene buli beli goreng pisang la buat air kopi la. But stigma tu salah sama sekali. Aku berjaya buktikan bahawa aku tak pernah disuruh buat benda remeh-temeh tu malah dilayan bak bidadari. HAHA. Sepanjang aku praktikal, percayalah. Aku susah turunkan berat badan disebabkan staf-staf yang suka membelanja aku makan dan minum petang malah di setiap meeting / fieldwork yang aku join, kompom dapat makan free. Alhamdulillah.


Maka sambung balik cerita hari pertama tu. Lepas aku ditempatkan di cubicle yang selesa, dah kemas-kemas barang yang ada kat cubicle tu maka aku duduk bertapa untuk beberapa minit sambil menunggu tugasan pertama. Aku belek-belek laporan tahunan LA21. Kemudia bos aku tanya. Okay hanida, ada bawak laptop ? Saya nak mintak kamu tolong design untuk next laporan tahunan. Lepastu nak tunjuk dalam meeting seterusnya. Awak kena masuk ye meeting tu. 





Laptop ? 


Laptop ?



Memang tak la. Aku datang bawak handbag Polo after less yang penuh dengan barang mekap kot. 



Maka aku menelepon ayah aku untuk hantar laptop ke ofis during lunch hour dan hari-hari seterusnya aku bawak beg sekolah yang ada laptop di dalamnya. Hampeh. Ingatkan dah keje gomen boleh la mekap-mekap pakai heels hari-hari rupanya tidak. Sama je macam aku pegi studio hari-hari.





No mekap no heels. 






Hampeh -___-

20 Nov 2012

Adulthood




assalamualaikum



20 days ago. I was attending my late cousin funeral back in my kampung. He's only 13 years old. What a young age to died right ? I was shocked at the first place after his name had been said by my mother. I was like, who ? Who ? Who ? Again, repeatedly been asked my mother who's the person. During the funeral, I was shocked again by the numbers of people who came to visit my late cousin. I was surprised yet touched by their commitments and willingness. Alhamdulillah. 


As time goes by, my uncle, whom may known by the villagers as their Ketua Kampung, during his speech, thanked for the commitments shown by the villagers and late's friends on behalf of the family members who are already in their 'moment of silence' mood. Till now, I remembered what my uncle had said that day.


" Kalau ada mana-mana pihak terasa hati or arwah berhutang dengan saudara-saudari sekalian, mohon maafkan dan halalkan lah mana-mana yang terkurang terlebih. Anak-anak orang kita nampak jahatnya, tapi anak kita sendiri kita nampak baiknya sahaja. Mana-mana hutang yang arwah belum langsaikan, seringgit dua dengan kawan-kawan arwah, mari lah jumpa dengan pakcik, biar pakcik bayarkan "



Simple yet meaningful. Most everyone were cried and got manly tears after that speech. I was holding my mom's hand and standing in middle of the crowd while my landing to my mom's shoulder. In that short time, I was thinking what and how am I suppose to do when this kind of situation happen to my family members especially to my lovely parents ? Will I get prepare ? Am I prepared enough ? How am I going to be prepared mentally and how am I going to face it ? Is it soon or many years to come ? Or is it I'm the one who'll be 'going' first ? I'm the eldest. I'm the first child. I'm sister of my lovely pair twins. 


Period. Allahuakbar. I'm almost 21 by next week. Twenty-one yet nothing to be proud of. I need no I must at least know what I must done years before. I must preparing myself with all those kifayah thingy without isolating the fardhu ain. It must keep balance. I am 20 years old 11 months 23 days by now. Yet I'm so depressed of myself. 


Do guide me. 





ps : Do mind my grammatically error. Long time no speak english :)

9 Nov 2012

3 tahun bersama :)




picture taken from here and drawn by aten. Me the cutest rite ? :)


Berempat semasa semester pertama. Mereka yang akan kurindui the most ! Susah senang jatuh bangun kene reject studio buat reports beribu presentation study group untuk exam etc etc (tak bestnya ayat takde koma) Hehe. Alhamdulillah kita semua berjaya tamatkan dan bakal dapat segenggam diploma (je pun) masa konvo nanti. Yet diploma-diploma pun, aku dah boleh kerja gaji riban-riban. Kau hado ? HAHAHA. Maaf gurau kasar. InshaAllah perjalanan kita masih jauh (tak la jauh Shah Alam je pun). Jumpa di UiTM Shah Alam youallsss.







ps : Ucapan yang sangat clicheeeee -______-

7 Nov 2012

Wordless Wednesday #27 : Simsimi








Taktau pulak aku simsimi tahu lagu Najwa Latif -____-








ps : borak dengan robot lagi best sebab robot takde perasaan. HAHAHAHA !

30 Oct 2012

Saat Ini





Saat ini aku keseorangan di rumah


Saat ini hujan sedang mencurahi bumi Seri Iskandar


Saat ini aku sedang kelaparan


Saat ini aku sedang mengadu kelaparan dalam blog


Saat ini aku tak dapat nak masak sebab gas dah habis 


Saat ini aku sedang dengar lagu Teruna dan Dara


Saat ini aku rasa mahu berjoget (dalam mimpi)


Saat ini aku sedang memikirkan keadaan housemates / studio-mates yang masing-masing dah selamat sampai rumah :(


Saat ini aku sedang membisukan diri (sebab takde teman borak)


Saat ini aku tiada kredit mahu menelepon mummy


Saat ini aku sedang melihat baju bertimbunan tak tahu macam maca nak organised elok-elok bagi muat dalam beg (okay ayat panjang sangat)


Saat ini aku kegelisahan


Saat ini aku wondering macam mana nak selamatkan diri dengan pantas kalau ada emergency sebab tiga-tiga pintu dan pagar rumah aku kunci mangga semua (oaky ayat panjang lagi)


Saat ini aku berdoa agar aku selamat at least sampai esok pagi ke ? -___-


Saat ini aku tengah fikir alasan terbaik nak bagitahu landlord yang TV dah rosak 2 bulan lepas tapi sampai sekarang tak bagitahu lagi (mampos kena marah esok. biar mummy handle. HAHA)


Saat ini otak kiri sedang berlawan dengan otak kanan


Saat ini aku rasa kosong apatah lagi excited nak balik


Saat ini aku rasa bahu aku sakit sangat sebab lenguh mungkin ?


Saat ini aku rasa nak tamatkan entry saat ini supaya aku tak payah fikir nak tulis saat ini lagi pasni


Saat ini-ception. TEEHEE.



Keprihatinan seorang kakak. *hugs* Hehe


24 Oct 2012

Alhamdulillah Ya Rabb






















Nuff said. HAHA. Alhamdulillah Ya Rabb. Terima kasih buat ayah dan ibu (yang selalu bebel sebab asyik-asyik makan kfc je keje. HAHA), penyelia (macam la baca blog aku ni), En Aszhar dan Dr. Suharto, buat teman-teman yang gila bersama (nasib baik lulus, kalau tak dah ada satu mayat dah keluar paper esok. HAHA), buat jazuli (budak interior architecture yang paham situasi aku camne -___-), buat kawan-kawan BBM (sebab selalu kena baca status merapu yang aku selalu update), dan awak nun jauh di sana :) . Last but not least, Era FM baca status i okayyy. Thanks Zahid & AdiFashla. :)





Alhamdulillah Ya Rabb


20 Oct 2012

Chow Kit






Aku baru download cerita ni. HAHA. Noob. Baru nak tengok. Aku tengok cerita ni, terasa dekat dengan diri aku sebab aku penah tinggal dalam susasana begitu cuma tolak pelacuran, penagihan dadah, pembunuhan.


Aku tinggal di perumahan setinggan sejak aku bayi sampai umur 6 tahun. Bukan di Chow Kit tapi di Kg. Medan, PJ. Suasana perkarangan setinggan aku tu macam dalam cerita ni sebab kat tengah-tengah bandar tapi aku tak nafikan in fact aku mengaku aku rindukan perumahan setinggan. Aku tinggal di situ bersama 6 adik beradik ibu aku yang lain so overall aku selalu lepak bersama cousins aku dan dari situ sampai sekarang kitorang sangat rapat :')


In fact dalam cerita Chow Kit ni babak yang budak-budak jalanan tu, ha tu la aku dan cousins aku dulu. Tapi bukan la budak jalanan. Parents kitorang good peoples okay. HAHAHA. Kitorang suka main kat lombong, berkeliaran dari pagi sampai petang (sebab parents semua pergi kerja) pastu curi buah, kacau binatang orang, buat bising, bergaduh, main belasah-belasah, mandi kat kolah yang besar punya (tapi kena bayar 50 sen -.-) then main kejar-kejar / nyorok-nyorok berjam-jam tak sudah. HAHA.


Parut-parut takyah cakap la banyak mana. Perempuan ke lelaki ke kalau dah bermain ganas-ganas tak ingat dunia, maka parut tu pun dah jadi lali. Hehe. Kat kawasan setinggan ni, susun atur perumahan dia berselerak dan rapat-rapat. Kalau laki bini gaduh, 2 3 rumah sebelah tumpang dengar jugak. Hehe. Then, terlampau baaaaannnyyaaaaaaakkk short cut ! Ni best kalau main kejar-kejar or nyorok-nyorok sebab short cut banyak. Hehe. Oh ! Dengan lebih tepat lagi macam dalam cerita Slumdog Millionaire.







Yeaahhh. Macam ni la keadaan setinggan aku tu. Tak caya ? Please percaya. Hehe. Kes-kes pergaduhan tak perlu diperkatakan. Especially melibatkan kaum. Hari-hari boleh tengok dan kes paling teruk masa kes Hindraf dulu. Walaupun masa tu aku dah pindah Putrajaya tapi kebetulan kitorang datang Kg. Medan sebab nak jumpa sedara-mara so tersaksi kejadian gaduh tu. Memang macam dalam movie Chow Kit ni la gaduh dia tapi tak main pistol bhai. Parang dengan pedang la. HAHA. Ngeri tahu.


Okayyy. Tak macam menyimpang pulak motif tajuk dengan esei aku ni. Hehe. Apa pun aku salute kat pengarah cerita ni dan keseluruhan team sebab berani mem'movie'kan cerita realiti kehidupan. Sometimes the reality scenarios pretty much cool instead of some fairytales fake and fraud scenes. HAHA. Oh yaa. Lagi satu, aku suka soundtrack movie ni - Mati Hidup Kembali. Thanks la pada sesiapa yang bagi lagu ni kat aku :)






Lama dah tak merapu rasanya :)

17 Oct 2012

Wordless Wednesday #26 : Quote







" Kalau hang tak sayang kat orang tu dah, takkan hang simpan lagi teddy bear tu"

- As, 2012






8 Oct 2012

Rumah






Kalau aku balik rumah, aku tak peduli langsung pasal social network. Aku tak on facebook, aku tak update blog, even laptop pun aku tak bukak. Bahagia rasa. Aku nak berada di rumah selalu. Aku tak nak berada di kampus. Sebab asyik buat aku lalai je. :(





3 hari 2 malam di rumah, sangat bermakna :')





Iris Adni





Iris, tunggu kakak ye. Kakak sedih la Iris nangis time kakak nak balik tadi. Nanti kita gila sama-sama ye. Kakak tension sangat kat sini. Iris doakan kakak okay ? :')

3 Oct 2012

Wordless Wednesday #25 : Final Year Student




Ruang tamu dah jadi tempat beradu aku untuk kebelakangan ni. Sepah tak sepah asal boleh buat thesis =.='


Boboi ! Makceh na teman titew 24 / 7 :)

Before melangkah keluar rumah for 1st paayyypeerr. Serius aku cuak sampai menggeletar baca doa tadi. Huuu.



last but not least, I got wishes from all my FB friends and my bibiem friends. HAHA










Not soooo wordless anymore. HAHA. Okay sekarang gua nak tidur empatpolohlapan jam. HAHAHAHA ! Okay gua tipu. Gua nak sambung thesis. -_________________-

1 Oct 2012

:')





Aku kelihatan macam terlalu desperate


Tak apa la kalau orang tak nampak pengorbanan kamu, asalkan kamu bukan seorang egois 


Lambat laun terbuka pintu hatinya untuk memaafkan dan menerima kamu 


InshaAllah :)



picture by Umar Mita


30 Sept 2012

Nukilan Buat Sahabat - MS



Teman


Tatkala kesuraman menghimpit diri
Hadirnya insan memilik hati nurani 
Memberi ruang mendekati diri


Meski diri penuh kesilapan
Usah tangisi ketentuan Ilahi
Meski diri penuh kealpaan
Usah biarkan dirimu hanyut dalam kegelapan


Bangkitnya sebuah perjuangan
Disusuli iringan doa dan zikir
Yang diredhai dan direstui
Hatta menjadi pemangkin diri





Ukhuwahfillah :)








Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya. 
Surah AlKahfi. Ayat 007



Credit to Umar Mita







Ps : Okayy aku dah lamaaaa sangat tak buat nukilan tahu ? Sila belanja aku Cocopie -____-

29 Sept 2012

Hanya Allah yang tahu :)





Dalam-dalam stress migrain ni, masih ada perkara yang boleh buat aku senyum setiap masa :')





dan 




awak :')





Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan [94:5]

26 Sept 2012

Planning Student Assembly UTM 2013





Cool ain't ? Nak join tapi macam tak dan je. HAHA. Mujur pernah pergi masa kat USM so kali ni bagi can kat jejunior pulak la kan. Akak senior baik katakan :D


14 Sept 2012

FS



Sikit je lagi

Masa hampir suntuk

:'(

13 Sept 2012

Satu Hari Satu Gambar





Sekarang aku rajin buat satu hari satu gambar dengan ain. Memandangkan handphone dia sangat canggih dan kameranya sangat jelas, kami selalu menjadikan handphone ain mangsa keadaan. Heeeee. Thanks a lot ain ! :)










p/s : aku tak tahu mana lagi silap aku sebab takde siapa nak bagitahu kesalahan aku. :(

Gigantic HUGE !






How big is this thingy ? 
















*maap muke itew berminyak -.-

SUPER DUPER HUGE ! Kalau menyorok belakang tu confirm orang tak nampak aku. HAHA.

9 Sept 2012

La Tahzan





"Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak tahu." 

[ Surah. Al Baqarah : 216 ]



InshaAllah semuanya akan okay Hanida. Biarkan diri kau dalam keadaan terpinga-pinga asalkan bukan tercari-cari kedamaian hakiki. InshaAllah kebaikan bersama setiap hamba-Nya. 


8 Sept 2012

LDK



assalammualaikum


Alhamdulillah setel pun modul kendiri semester 5 : modul kenegaraan. Memandangkan masa semester 5 aku praktikal, so kena pergi masa semester 6. Modul ni tak jauh beza macam masa aku kat PLKN dulu. Cuma masa PLKN lagi lama kelas dia, 2 minggu. HAHA !


Alhamdulillah aku perform very well dalam group LDK aku. Alhamdulillah ahli group aku semua sporting. Alhamdulillah :)


Day 1 : Bermaghrib di Pusat Islam

Day 1 : Program Bicara Rakyat TV1 live from our hall :)

Day 2 : Ceramah Kenegaraan @ Pusat Islam

Day 2 : Tengkolok - Simbolik pertahanan negara

There's story and justification kenapa group aku decide untuk pilih tengkolok as simbolik or idea untuk mempertahankan negara instead of senjata. The presenter was me and Alhamdulillah we did it well ! Justifikasi dia, korang boleh pikir sendiri.


Isma Noor Rosli

Roomate terbaik aku ever since. Roomate semester 1. Even though perangai kami sangat kontra, tapi kami sayang menyayangi satu sama lain. Semalam memang tak menjerit pulak bila nampak dia. Terus aku peluk lama-lama pastu cium pipi dia. Hehehe. Dia pun layankan aje perangai aku ni. She's such a good person to me. Syukur Alhamdulillah :)



7 Sept 2012

Pengsan




assalammualaikum




Selagi aku tak pengsan, selagi tu la aku terus continue buat report. Pfffttt -.-'


30 Aug 2012

Wordless Wednesday #24





Lama tak buat wordless wednesday. Sekarang hari-hari jogging kat UTP. Kalau tak pun, bagi ikan makan.


P/S : Aku belum cukup matang and berubah ek ? :'(


14 Aug 2012

Kak Elly & Epit !





Rindu nak naik turun tingkat 7 dan 8 just nak jumpa akak

Rindu nak tengok gambar and dengar cerita baby akak, Syarifah Arissa

Rindu nak pergi breakfast, lunch, tea time and kadang-kadang dinner terus dengan akak

Rindu nak bawak kereta laju-laju pergi Tupperware dengan akak

Rindu nak pergi site cantik-cantik dengan akak

Rindu nak fotogedik dengan akak

Rindu nak gosip-gosip dengan akak and dikyus

Rindu Kak Elly laaaa ! 



13 Aug 2012

Jiminy Cricket



assalammualaikum


It's been a while since I updating my latest activities. I'm quite busy yet enjoying my final year here in Perak. Sounds fascinating much (sentap). Haha. Sincerely I am enjoying myself to the fullest ! Well, there's nothing much happened lately. Assignments, tests, studio's project, presentation, updating reports, presentation, iftar-ing (eh tetibe. heeee) and stay up almost every day. I'm going to appreciate all this moment cause you never walk alone (HAHAHAH ! Lagi tetibe.) Ehem, cause you'll going to miss this moments soon or later :)


1. Presentation Laporan Teknikal Transformasi Sosio-Ekonomi

It's quite tough and exhausted day because the presentation was held from morning till evening NON-STOP !! Crazy much. But Alhamdulillah everything went well :)




and YES i wore this 4 1/2 inch platforms during presentation. HAHA !

2. Iftar @ Manjung

We were searching Ain new shoes. HAHA. Quite far for us to looking for a shoes till Manjung. =.='





3. Iftar with our Pa & Ma :)

Alhamdulillah we had a splendid moment iftar-ing with our beloved studio-master, Dr. Wan Rabiah and his husband En. Suharto. It's kinda sweet having a husband and wife as your lecturer right ? Hehehe. We are so thankful and stomach-full. HAHAHA :)










Mama Dr. Wan Rabiah Wan Omar

Papa En Suharto Teriman. InshaAllah soon Dr to be 

Amad 


this is me now struggling for my final study. kuang kuang kuang =.=''



Am not sorry for the long post ^^