7 Dec 2012

Aku, Dia & Tong Sampah




assalamualaikum



Well, hello there world ! (Anwar Hadi sikit). Alhamdulillah bersua kita sekali lagi di hari yang berbahagia ini walaupun Jumaat dah nak tamat. Heee. Yang penting bersyukur, Alhamdulillah. Okay hari ni entah macam mana aku boleh terfikir nak tengok telefilem Aku, Dia dan Tong Sampah kat youtube. Nasib baik buffer tak loading, lancar dan smooth saje. Alhamdulillah :)
At first, aku tengah google pasal Beto Kusyairy yang aku minat recently ni. Pastu aku baru teringat ramai fans dia sarankan tengok Aku, Dia dan Tong Sampah. So, aku pun search la kat youtube dan Alhamdulillah ada. Dah, banyak bebel pulak kau Hanida -___-


comel betul siti saleha Beto ni !

Sinopsis : Kisah Aku, Dia dan Tong Sampah merupakan sebuah cerita komedi romantik mengenai dua insan iaitu Sharnaz dan Amir yang mengalami keperitan hidup kerana putus cinta dengan pasangan masing-masing. Pertemuan antara kedua insan ini bermula ketika mereka mahu membuang surat cinta bekas kekasih di tempat pembuangan sampah. Sejak pertemuan itu, mereka berjanji mahu bantu antara satu sama lain untuk kembali sisi bekas kekasih mereka. (Wartawan Sinar Harian.Aku, Dia dan Tong Sampah, dari teater ke filem.13 Ogos 2012.http://www.sinarharian.com.my/hiburan/aku-dia-dan-tong-sampah-dari-teater-ke-telefilem-1.75978) <---- kemain ada rujukan -____-





Aku tengok sebab aku minat Beto Kusyairy. Takde sebab lain. Tapi as I watched the entire telefilem, aku dapati (cewah dapati macam capati) yang storyline dia sangat simple yet mendalam and sampai pada aku. Plus, the staff of behind this telefilem ni, aku kenal (tapi mereka tak kenal aku, so sad. tsktsk) melalui youtube, blog malah novel fixi ! And lastly, dalam cerita ni jugak la korang boleh tengok Beto pakai costume Stitch from Lilo & Stitch !




kawaii !



So ini sebab-sebab aku suka cerita ni :



1. Obviously sebab ada Beto Kusyairy ! 


2. Ianya adalah terbitan Playground Production yang diterajui oleh Tuan Faisal dan krew-krewnya termasuk Redza Minhat !! <--- Si Gigi Besi dalam Pisau Cukur tu.


3. Idea asal oleh pelajar semester akhir Universiti Teknologi Mara bagi tugasan akhir mereka. Awesome ! UiTM, Usaha, Taqwa, Mulia ! HAHA.



4. Script diolah semula oleh Nadia Khan, writer best fixi novel, Kelabu.



5. Penampilan khas Liyana Fizi, singer kumpulan Estrella & Co. 



6. Penampilan khas juga Redza Minhat ! Yabedabedu !



7. Almost semua pelakon aku suka dalam telefilem ni sebab lakonan yang bersahaja tapi bermutu ! Syabas syabas !



Aku sangat suka karya-karya terbitan Tuan Faisal dan krew-krewnya antaranya short film di youtube seperti Passport Ekspress dan Lightbulb di mana kalau korang tengok short film ni, korang akan perasan pelakon yang sama berlakon dalam Aku, Dia dan Tong Sampah. Heee. Itu saja la review kali ini. Wassalam :)




No comments: