31 Jan 2012

Hari Wilayah & Birthday Ibu !



assalamualaikum


Harmoni.. 
Wilayah pertiwi..
Semoga sentiasa diberkati..
Wawasan hala pembangunan..
Sebagai semangat per..pa..du..an.......
Wilayah persekutuan..
Maju dan sejahtera..
Maju dan sejahtera.........


Hehehe. Anthem paling simple yet paling best pernah aku nyanyi ! Tapi sekarang dah ada versi baru which is sangat tak sedap didengar apatah lagi dinyanyi. Paling best part per..pa..du..an.. tu. Kalau suara tak tinggi macam penyanyi opera, takyah nyanyi. Miming je. Hahahhaa. Rindu rindu.


By the way, esok birthday ibu aku ! Asal birthday ibu je, cuti sebab hari wilayah. Hehhe. Tapi tak prepare pape pun untuk ibu. Just luangkan masa mother-daughter with her tomorrow all day long :)






30 Jan 2012

Bertanya Khabar dan Waalaikummussalam





InsyaAllah kali ni aku akan kongsikan soalan-soalan yang diajukan kepada Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang telah diterbitkan menjadi sebuah buku panduan. InsyaAllah mana yang baik kita ambil, yang buruk kita tinggalkan. InsyaAllah segala yang aku sampaikan dalam labels UAI ini adalah asli dari terbitan sebenar tanpa sebarang pindaan. Dan ye yang baik itu datang dari Allah, dan yang buruk datang dari diri saya sendiri :)


Soalan :

Bagaimana jika ada seorang bertanyakan khabar saya dengan berkata, "Apa khabar?" tetapi saya jawab, "Waalaikumussalam.:

Jawapan :

Menjawab khabar dengan lafaz "waalaikumussalam" tidak haram selagi yang bertanya khabar itu bukan daripada orang bukan Islam. Namun ia adalah bidaah keranan bersalahan dengan amalan Nabi Muhammad dan para salafussoleh.











29 Jan 2012

Kyu Hyun




assalammualaikum


Weehoo ! Sila ucap tahniah pada aku sebab aku minat K-Pop aiskrim pop pop. Hahhaa. Setelah sekian lama orang cuba mempengaruhi aku, akhirnya aku terpengaruh dengan sendirinya. Tepuk tepuk tangan ! 


TAPI ! Aku minat Super Junior je la dan minat lagu-lagu je takde la taksub sampai nak pergi Korea jumpa SuJu depan depan kan. Tapi kalau ada peluang, hikhik apa salahnya. Tapi (lagi) aku suuuukkaaaaaa sangat tengok sorang ni. Kyu Hun. Especially dalam video clip Mr. Simple. Ohhh kenapa hansem ohsem sangat ? Haha.








Rambut macam JB la pulak. Suara Kyu Hyun nyanyi Mr. Simple memang macho gile and mimik muka dia pun macho. Semua macho except for that kinda skirt pants that he wore. Duhhhh. Tu je yang buat dia nampak macam aww sikit. Hahaha. 




Haaa senyum senyum selalu cam gini kan comel. Dan dia ialah ahli yang paling muda dalam SuJu. No wonder la aku terpikat sebab aku pun muda lagi. HAHAHAHA ! Nanti nak update lagi la pasal K-pop pop meletop ni. Sekian :)




28 Jan 2012

Misi Mencari Rumah Sewa




assalammualaikum


Tak jawab dosa, kalau jawab Alhamdulillah. Hehehe. Tak bole nak sayang semua orang. Aaaa. Ye. Misi terbaru sedang mencari rumah sewa untuk final sem final year final study final exam dan segala final. HAHAHA ! 28 Mei dah start sem baru tapi rumah tak cari lagi. Betapa last minute punya perangai =.='


Apa pun ada la 2 3 rumah yang berkemungkinan takde orang book lagi so InsyaAllah bole kami merempatkan diri. Hehehe. Oh ye perkenalkan bakal housemate :)



Kak Zuzu, Mia meoww, Kakten !


Ni semua pangkat kakak-kakak pasai aku paling muda padahal beza bulan je. Tapi tetap paling muda la. Hehehe. Doakan kami memperoleh sebuah rumah yang bagus :)





Advance Worldess Wednesday #9 : Care










Malu

Satu-satunya perkara yang aku tahu kurang menarik pasal diri aku ialah gigi. Ye aku tahu gigi aku tak cantik dan sebab tu tajuk entry ni MALU. Aku malu la kawan-kawan tanya pasal gigi aku. Walaupun tak semua tapi aku tahu mesti at least dalam hati mesti diorang akan geli tengok susunan gigi aku. Sebab tu aku malas nak senyum nampak gigi.


Dan yang paling memalukan, bila dah start praktikal ni, sampai staf pun tanya pasal gigi aku. Aku malu. Orang assume aku tak pandai jaga gigi. Maybe yes sebab masa kecik-kecik aku mana ingat aku jaga gigi aku macam mana.


Nak buat braces kat klinik kerajaan ? Lupakan. Untuk 18 tahun ke bawah je. Masa selalu buat rawatan gigi mana ada nurse bagitau pasal rawatan tu. Dah besar gedabaq baru aku tahu pasal rawatan braces kat klinik gov. Swasta ? Memang tak la. :(


Tapi, takpe la. Peduli la apa orang nak cakap. Yang penting perasaan malu tu aku sorang je yang tanggung. Setel.

24 Jan 2012

Malacca



assalammualaikum


Dan dan tau nak spell english. Malacca. Hehehe. Alhamdulillah. Umur dah 20 tahun 2 bulan, baru la dapat jejak kaki, tangan, peluh ke Melaka. Alhamdulillah juga sebab cuaca begitu cerah dan beri peluang kepada kami untuk enjoy walaupun hanya sehari di Melaka. 




Sempat melawat Muzium Samudera, Muzium Maritim, Muzium TUDM, the femous A'Famosa pastu jalan-jalan sekitar Dataran Pahlawan. Nak naik Taming Sari tapi rasa macam tak berbaloi je sebab nak tunggu turn lagi. Heehehe. InsyaAllah ada rezeki lagi, pergi Zoo Melaka pulak ke kan. By the way sempat jugak la feeling feeling jadi model photoshoot kat A'Famosa tu. Heheheeh. 








Amacam ? Anda berminat ? Sila hubungi talian 1300-13-1300 pastu order McChicken set large deliver ke rumah aku yee. Hehehe. 





22 Jan 2012

Lalang





assalammualaikum



Kepada mereka yang belum tengok vlog terbaru Matluthfi, nah Lalang. Sempoi gila bak kat hang. Siap ada Matluthfi menari K-Pop lagi. Hehehehe.





"Hoi. Macam Lee Min Ho ak?"


"Hey, I'm Mr Simple"


shuffle skit broo



Hehe. Apa pun vlog ni banyak tersirat. Aku sampai kene baca comment kat You Tube and tengok banyak kali baru paham. It's up to you now. Aku suka ulang tang dia menari tu je. Hahahha. :)











p/s : awat hang hensem sangat Matluthfi oi. Cayak hang tau dak ? Hahaha. Nauzubillah.

18 Jan 2012

Wordless Wednesday #7 : Gato








my desktop background and screen saver :)




16 Jan 2012

What If?





Kalaulah aku seekor burung, akanku terbang tinggi setingginya.

Kalaulah aku seekor ikan, akanku berenang sejauh jauhnya.

Kalaulah aku sebuah roket, akanku berlepas ke angkasa selama-lamanya.



Kalaulah aku seorang puitis, akanku karang ayat ayat indah untuk memerangkap halwa telingamu.

Kalaulah aku seorang penyair, akanku dendangkan syair untuk mencairkan kekebalan imanmu.

Kalaulah aku seorang pelakon, akanku berlakon meyanyangimu untuk menyakitimu.



Kalaulah aku kaya, akanku beli kawan-kawan dengan duitku.

Kalaulah aku cantik, akanku beli teman lelaki dengan kecantikanku.

Kalaulah aku pandai, akanku beli duniawi dengan kebijaksanaanku.



Kalaulah



Kalaulah.



Kalau.

14 Jan 2012

Rainbow Cake, Finally !

assalammualaikum


Alhamdulillah. Hari ni sempat juga buat rainbow cake, second attempt ! First attemp tak berapa nak menjadi tapi rasanya dah sedap. Cuma dari segi hiasan tak berapa nak menjadi dan akhirnya aku cuba lagi tadi. Hehe.






Selalu orang buat acuan bulat tapi aku buat acuan empat segi. Sebabnya takde acuan bulat yang berdiameter kecik. Semua besar-besar. Acuan empat segi ni je la yang paling kecik aku jumpa kat dapur. 


Baking makes me feel calm and enjoyable. Walaupun 3 jam menghadap buat kek ni, aku rasa enjoy sambil dibantu oleh ibu and angah. InsyaAllah coming soon nak cuba red velvet pulak. Mana tahu ada rezeki lebih boleh meniaga jual kek or desserts ke kan ? :)



12 Jan 2012

Teringat

Hari ni bukan wordless wednesday tapi nak post gambar and wordless jugak. Hahahhaa. Me with junior from UiTM and UIA at USM : Planning Student Assembly 2011.


11 Jan 2012

Sama & Iras

Susahnya bila kita sepejabat dengan orang yang ada iras-iras kawan yang bencikan kita. But in fact, kita sayang orang yang benci kita tu dan rasa macam nak peluk colleague yang seiras kawan kita tu. Rupanya, suaranya, tingkah lakunya, tawanya, cara jalannya, SEMUA SAMA !


Ya Allah, lembutkanlah hati kawan aku tu. Aku sayang sangat kat dia. To Kak Elly, thanks sebab at least buat saya rasa much better. :)

Wordless Wednesday #6 : Sepatu


Bought these yesterday for my own satisfaction. Both for RM 70++. Hari ni aku tamak letak 2 post wordless wednesday.


Wordless Wednesday #5 : UAI





Beli ni masa baru balik dari Perak di MPH Book Fair di KL Sentral 8 Januari 2012 dengan harga RM13.50

10 Jan 2012

Satu-satunya adik lelaki



assalammualaikum


Petang semalam pergi melawat satu-satunya adik lelaki aku kat Hospital Putrajaya sebab demam denggi. First time adik aku masuk hospital and nampak sangat dia penakut. Hahaha. Jahat gile kakak dia. Sampai je kat wad 4A, ada sorang lagi pesakit, Chinese. Uncle tu dah tua and banyak meragam sikit tapi rasa kesian sebab takde relatives dia datang melawat and sepatutnya dia dah keluar tapi takde sape datang amik. In fact, dia dah kemas barang dia dah pun. Pity him :(


So far, sorang datang melawat which is ibu kepada budak yang ibu aku jaga. All in all, ibu aku la orang yang paling risau. Siang tak boleh melawat sebab kene baby sitting. Dapat melawat pun pukul 6-8 pm je. Aku pun melawat time tu jugak. Kesian ibu. Time aku 'sakit' dulu pun, memang ibu tak pandai sorok kerisauan dia. Hati seorang ibu, Allah saje yang tahu. :)


Korang yang baca ni, doakan satu-satunya adik lelaki aku tu cepat sembuh ye. Kesian dia sorang-sorang dalam wad tu sebab uncle chinese tu pun nak keluar wad dah. Terima kasih banyak-banyak sebab mendoakan yang terbaik untuk satu-satunya adik lelaki aku :)



6 Jan 2012

SK Assunta 1



assalammualaikum




Ad Veritatem Per Caritatem ialah bahasa Latin bermaksud To Through To Charity. Ini la sekolah pertama aku lepas tadika and sebelum pindah Putrajaya. 


Walaupun sempat bersekolah sampai darjah 3, perasaan sayang and sense of belonging tu kuat dalam diri aku. Dan dan tau sense of belonging. Keluar term planning terus. Hahhaa. Roughly sekolah ni wujud tahun 1956 so no wonder la konsep sekolah ni more alike to sekolah-sekolah lama yang ditubuh British. Sebab pengasas sekolah ni dulu pun Mother Columcille and sekarang diambil alih oleh orang Melayu sebagai Guru Besar, Pn. Naimah Mohd Nasir. 


  

Sekolah ni kecik je walaupun lokasinya di Petaling Jaya. Oh ye sekolah ni untuk pemudi sahaja. Pemuda hanyalah guru dan kerani sahaja. No boys ! Sebab tu tak reti bercinta masa kecik-kecik. HAHA ! 




Padang pun comel je sebab pelajar sume comel-comel. Hahha ! Ingat lagi masa PJ letak pundi kacang atas kepala sambil lari from starting to end point. Pastu main gelek-gelek dengan gegelung tu. Hahaha. Macam-macam hal. :D




Time aku dulu takde benda hijau-hijau tu. Wood chocolate floor. Kat dewan ni la aku penah menari lagu Jong-Jong Inai and sampai sekarang aku ingat woo. Pastu penah pitam jugak sebab assembly lama sangat pastu dapat makan bihun sup free ! Sampai aku rasa macam nak pitam hari-hari. Hehehe. Pastu nyanyi lagu sekolah bahasa omputih tak hafal lirik curi-curi bukak buku undang-undang sekolah sebab dalam tu ada lirik dia. Hahaha. Pastu kat hall ni jugak la aku dapat usha cikgu lelaki dari jauh. :D




Pusat Sumber pun dah renovate. Dulu kalau nak jimat duit (sebab selalu bawak bekal) aku suka lepak library. Dan dan tau nak jadi librarian. Aku pun baca la buku kisah dongeng Sang Kancil, Si Tanggang, Snow White and apa entah lagi. Yang bestnya buku boleh bawak keluar sampai kat tangga library. Tangga tu menghadap padang sekolah jiran yang ada pelajar lelaki. Sambil cuci mata orang kata :)




Pintu sekolah pun dah tambah-tambah sikit. Ada bangunan baru jugak. Sampai sekarang aku still musykil sekolah ni SK Assunta 1 or 2 sebab sekolah menengah SMK Assunta 2. Haaa. Tengok lencana, SK Assunta 1. Entoh ler.


Gambar kantin takde la pulak. Kantin la port paling best sekali ! Dulu-dulu belanja sekolah paling mahal 80 sen. Orang tak mampu. Tapi ibu aku rajin buat bekal and bekal favourite aku roti letak planta dengan gula. Huuu. Dua keping pun dah kenyang. Pastu duit belanja tu aku beli rumpai laut 30 sen satu. Nak taste mahal sikit aku beli nasi lemak or air gas kat vending machine tapi pakai cawan kertas. 1 cawan 70 sen kau. Lepas la jugak minum air Coke dengan Sprite. Heehhe. 




Pastu pakai pinafore. Caya la, dulu aku lebih suka pakai pinafore rather than baju kurung. Please percaya. Terpengaruh dengan kawan baik aku and she's chinese. Sorry. Aku tak ingat nama dia. Pastu pinafore aku ada belt tapi takla macam belt lelaki. Belt kain je and boleh buat corak bunga mawar tau ! Tak caya, korang try la tapi jangan tanya aku sebab aku tak ingat dah. =.='


Lepas habis sekolah je, aku duduk depan umah seorang chinese ni sambil tunggu ayah aku amik. Kebetulan dia bela 2 ekor anjing. Pastu aku pun usap-usap la anjing tu sebab bulu dia lebat and comel macam teddy bear. Pastu balik umah aku cite kat ibu aku, terus kena samak balik. Hehehe. Sejak tu dah tak pegang dah anjing. 


Panjang betul. Dah abes dah cerita ni. Sekian =.='



4 Jan 2012

Wordless Wednesday #4 : YouTube





Baru aku tau sambil youtube tengah buffer, boleh main game ular macam dalam phone. Teeheee !

2 Jan 2012

Some Zorro Moment



moon so bright, night so fine
keep your heart here with mine
life's a dream we are dreaming



race the moon, catch the wind
ride the night to the end
seize the day, stand up for the light



 I want to spend my lifetime loving you
if that is all in life I ever do



Heroes rise, heroes fall
rise again, win it all
in your heart, can't you feel the glory



through our joy, through our pain,
we can move worlds again
take my hand, dance with me



# I want to spend my lifetime loving you
if that is all in life I ever do
I will want nothing else to see me through
If I can spend my lifetime loving you



though we know, we will never come again
where there is love, life begins
over and over again



save the night, save the day
save the love, come what may
love is worth everything we pay



I want to spend my lifetime loving you,
if that is all in life I ever do

I want to spend my lifetime loving you,

if that is all in life I ever do
I will want nothing else to see me through
If I could spend my lifetime loving you . . 
                                            




ps : first time aku dengar lagu ni kat radio and taktau pun OST Zorro and tiap kali aku dengar mesti nangis. nape ek ? =.='