assalammualaikum
Ad Veritatem Per Caritatem ialah bahasa Latin bermaksud To Through To Charity. Ini la sekolah pertama aku lepas tadika and sebelum pindah Putrajaya.
Walaupun sempat bersekolah sampai darjah 3, perasaan sayang and sense of belonging tu kuat dalam diri aku. Dan dan tau sense of belonging. Keluar term planning terus. Hahhaa. Roughly sekolah ni wujud tahun 1956 so no wonder la konsep sekolah ni more alike to sekolah-sekolah lama yang ditubuh British. Sebab pengasas sekolah ni dulu pun Mother Columcille and sekarang diambil alih oleh orang Melayu sebagai Guru Besar, Pn. Naimah Mohd Nasir.
Sekolah ni kecik je walaupun lokasinya di Petaling Jaya. Oh ye sekolah ni untuk pemudi sahaja. Pemuda hanyalah guru dan kerani sahaja. No boys ! Sebab tu tak reti bercinta masa kecik-kecik. HAHA !
Padang pun comel je sebab pelajar sume comel-comel. Hahha ! Ingat lagi masa PJ letak pundi kacang atas kepala sambil lari from starting to end point. Pastu main gelek-gelek dengan gegelung tu. Hahaha. Macam-macam hal. :D
Time aku dulu takde benda hijau-hijau tu. Wood chocolate floor. Kat dewan ni la aku penah menari lagu Jong-Jong Inai and sampai sekarang aku ingat woo. Pastu penah pitam jugak sebab assembly lama sangat pastu dapat makan bihun sup free ! Sampai aku rasa macam nak pitam hari-hari. Hehehe. Pastu nyanyi lagu sekolah bahasa omputih tak hafal lirik curi-curi bukak buku undang-undang sekolah sebab dalam tu ada lirik dia. Hahaha. Pastu kat hall ni jugak la aku dapat usha cikgu lelaki dari jauh. :D
Pusat Sumber pun dah renovate. Dulu kalau nak jimat duit (sebab selalu bawak bekal) aku suka lepak library. Dan dan tau nak jadi librarian. Aku pun baca la buku kisah dongeng Sang Kancil, Si Tanggang, Snow White and apa entah lagi. Yang bestnya buku boleh bawak keluar sampai kat tangga library. Tangga tu menghadap padang sekolah jiran yang ada pelajar lelaki. Sambil cuci mata orang kata :)
Pintu sekolah pun dah tambah-tambah sikit. Ada bangunan baru jugak. Sampai sekarang aku still musykil sekolah ni SK Assunta 1 or 2 sebab sekolah menengah SMK Assunta 2. Haaa. Tengok lencana, SK Assunta 1. Entoh ler.
Gambar kantin takde la pulak. Kantin la port paling best sekali ! Dulu-dulu belanja sekolah paling mahal 80 sen. Orang tak mampu. Tapi ibu aku rajin buat bekal and bekal favourite aku roti letak planta dengan gula. Huuu. Dua keping pun dah kenyang. Pastu duit belanja tu aku beli rumpai laut 30 sen satu. Nak taste mahal sikit aku beli nasi lemak or air gas kat vending machine tapi pakai cawan kertas. 1 cawan 70 sen kau. Lepas la jugak minum air Coke dengan Sprite. Heehhe.
Pastu pakai pinafore. Caya la, dulu aku lebih suka pakai pinafore rather than baju kurung. Please percaya. Terpengaruh dengan kawan baik aku and she's chinese. Sorry. Aku tak ingat nama dia. Pastu pinafore aku ada belt tapi takla macam belt lelaki. Belt kain je and boleh buat corak bunga mawar tau ! Tak caya, korang try la tapi jangan tanya aku sebab aku tak ingat dah. =.='
Lepas habis sekolah je, aku duduk depan umah seorang chinese ni sambil tunggu ayah aku amik. Kebetulan dia bela 2 ekor anjing. Pastu aku pun usap-usap la anjing tu sebab bulu dia lebat and comel macam teddy bear. Pastu balik umah aku cite kat ibu aku, terus kena samak balik. Hehehe. Sejak tu dah tak pegang dah anjing.
Panjang betul. Dah abes dah cerita ni. Sekian =.='





