Assalammualaykum
Allahhumma solli 'ala sayidina Muhammad, Wa a'la alihi sayidina Muhammad
Hari Ahad 16 Mac 2014 bersamaan 15 Jamadil Awwal 1435H, aku dikejutkan dengan panggilan telefon oleh sahabat, Aishah memaklumkan mengenai keadaan sahabat karib kami, Nur Hidayah binti Abu Marshah yang terlantar di hospital akibat pendarahan beku di otak.
Kaget. Sungguh aku kaget. Air mata usah dikira, memang lantas mengalir. Aku terus hubungi adik Hidayah memandangkan masih belum dapat berita sahih dari keluarga Hidayah. Kemudian, adik Hidayah beritahu memang Hidayah yang dimaklumkan oleh Aishah, adalah benar. Kaget buat kali kedua.
Keesokannya, Isnin 17 Mac 2014 bersamaan 16 Jamadil Awwal 1435H, aku cuma dapatkan perkembangan terkini mengenai Hidayah melalui adiknya dan rakan matrikulasinya yang sudah melawat Hidayah. Aku tidak berkesempatan untuk melawat Hidayah namun aku berhasil dapatkan informasi penting dari keluarga Hidayah dan kemudian aku sampaikan pada rakan-rakan lain melalui Facebook. Sungguh, rakan-rakan juga kaget seperti aku.
Selasa, 18 Mac 2014 bersamaan 17 Jamadil Awwal 1435H, aku berniat untuk melawat Hidayah. At first, aku tak rasa kelam kabut nak pergi ke HKL seorang diri tapi bila aku dapat mesej dari adik Hidayah mengatakan keadaan beliau kritikal dan peluang beliau sangat tipis, aku segerakan perjalanan menggunakan public transport. Dengan berbekalkan selawat dan doa, aku memohon semoga Allah permudahkan perjalanan aku ke HKL.
Dan benar, sepanjang perjalanan ke HKL, perjalanan aku dipermudahkan. Aku kerap ke sana ke sini seorang diri tapi jarang ada pengalaman di mana bila aku berseorangan, ramai orang akan menegur aku. Masa dalam perjalanan ke Stesen Monorail, ada seorang lelaki menegur aku untuk bertanyakan bagaimana nak ke stesen monorail. Kebetulan aku pun mahu ke sana, aku mengajak dia berjalan bersama ku. Ditanyakan ku kemana hala tuju dan nawaitu ku, sungguh dia prihatin. Dan keprihatinannya juga membuat aku menanyakan perkara yang sama sehingga tiba di stesen dan kami membawa haluan masing-masing. Terima kasih saudara yang bekerja di Pavilion :)
Setibanya di stesen Chowkit, aku menanyakan orang ramai arah ke HKL memandangkan aku sangat tidak mahir selok-belok Kuala Lumpur. Alhamdulillah, there's still nice people in KL :) Lepas 5 minit berjalan kaki, aku agak lost untuk cari main gate HKL lalu aku nekad untuk naik teksi memandangkan aku tidak ingat di mana Unit Sakit Saraf (Neurologi) walaupun aku pernah dapatkan rawatan di unit ni 6 tahun lalu.
Aku menahan sebuah teksi di mana pemandunya lelaki India berumur 70 tahun. Aku panggil dia uncle. Naik teksi, dia bercerita mengenai MH370 secara detail walaupun pada ketika itu aku dalam keadaan resah memikirkan Hidayah. Melihat kesungguhan uncle bercerita, aku sahut perbualannya dan yes, don't underestimate anyone because who knows, the taxi driver have better knowledge than you do. Ralik berborak, uncle tanya tujuan aku ke HKL. Aku beritahu aku ingin melawat kawan dan keadaan Hidayah yang kritikal saat itu. Uncle turut mengeluh dan bertanyakan umur kami berapa. "23 tahun uncle, sebaya" kataku. Uncle kata masih muda tapi kalau dah takdir, apa kita boleh buat. Uncle juga menanyakan sama ada aku masih belajar dan uncle tekankan betapa pentingnya ada degree saat ini. Noted that uncle. Sesudah sampai di Unit Sakit Saraf, aku hulurkan RM4 dan uncle ucapkan rasa sedih pada Hidayah and ucapan take care buat aku. Sungguh, tak pernah aku jumpa taxi driver yang begitu prihatin pada customer dia dan amazingly, he's not Malay. Terima kasih uncle :)
Hujan membasahi bumi tatkala aku baru jejakkan kaki ke Unit Sakit Saraf dan aku segera menghubungi rakan matrikulasi Hidayah, Aqwa yang sudah 2 hari melawatnya. Aqwa, you are such a nice guy because you threat me very well. Kalau takde Aqwa, aku takkan tahu Hidayah dimasukkan ke wad mana. Aku tiba ngam-ngam waktu melawat, 12.30 pm something dan aku terus naik tingkat 1 Unit Rawatan Rapi. Aku lihat begitu ramai orang di Unit Rawatan Rapi dan kemudian aku nampak ahli keluarga Hidayah dan Aqwa. Aku mengira kesemua ahli keluarga Hidayah. Ayah, mak, adik beradik semua ada. Lengkap.
Kemudian datang sahabat lama, Shabirah yang kebetulan membaca status aku di Facebook dan datang ke HKL bersendirian. Sungguh aku kagum dengan kesungguhan Shabirah menziarahi rakan sekolahnya walaupun tidak mengenali Hidayah dengan rapat. Kami masuk ke wad no 4 berdua di mana hanya 2 pelawat yang dibenarkan masuk untuk satu-satu masa. Sungguh kami sayu melihat keadaan Hidayah. Badannya kelihatan bengkak, matanya yang tidak terkatup rapat dan melihat begitu banyak wayar melingkari badannya, Allah.
Shabirah, selaku lulusan Fisioterapi lebih faham akan medical terms, machine and tools yang ada sekeliling Hidayah. Selesai membaca doa dan berselawat, aku perasan Shabirah mencubit-cubit pergelangan tangan Hidayah. Aku hanya melihat sahaja tingkah laku Shabirah memandangkan dia lebih arif dalam bidang perubatan berbanding aku yang terpinga-pinga melihat paparan skrin monitor ventilator machine. Shabirah bagitahu salah satu cara untuk tahu pesakit memberi respon adalah melalui cubitan di mana-mana bahagian badan, Jika terasa sakit, pesakit akan respon. Tapi Hidayah, tiada respon. Shabirah terbaca dalam buku doktor, 'Death on List' (DIL) which means, no hope.
Aku dan Shabirah menanyakan situasi sebenar yang terjadi mengenai Hidayah pada kakak iparnya which is senior sekolah kami. Kak Nisa. Hidayah was completely fine and mereka sedang menonton TV bertiga bersama adiknya, Fatin. Hidayah ketika tu sedang bermain phone (mesti Note 3 kan dayah?) and tiba-tiba Hidayah menjerit kesakitan kat kepala. Kak Nisa cerita yang Hidayah menjerit sakit teramat sangat dan suaranya berubah. Dikata Hidayah mahu muntah, tapi bila ke bilik air, tiada muntah yang keluar tapi kepalanya semakin sakit. Disuruhnya membaca apa-apa doa dan surah yang patut, tapi Hidayah makin lemah. Lalu keluarganya menelefon ambulans dan perlahan-lahan Hidayah semakin tidak sedarkan diri dengan matanya hampir tertutup.
Kak Nisa cerita, sakit Hidayah ni adalah sakit yang tiada simptom atau petanda menujukkan dia sakit. Even orang yang ada penyakit macam ni sedari kecil pun, takkan pernah tahu until the day has come, pembuluh darah tu akan pecah. Memang betul. Hidayah tak pernah ponteng sekolah sepanjang 5 tahun persekolahan. Hidayah dapat award rekod kedatangan penuh and I was proud of her back then. In fact, kalau keluar lepak-lepak pun, takde sesaat pun aku nampak Hidayah dalam keadaan tidak sihat. She's completely in a good health. Tapi, Allah itu Maha Mengetahui kan?
Waktu diagnosed, doktor kata keadaan Hidayah memang dah tahap kritikal and there is no chances for her to live. In fact, the chances is 4% only. Tapi disebabkan umur dia masih muda, doktor masih beri peluang pada Hidayah with the aid of the machine. Wallahi, aku tak tahu nak buat apa bila masuk tengok Hidayah seolah-olah macam terpukau tengok banyak sangat machine and wayar-wayar sekeliling dia. Hidayah nampak pucat and mukanya kelihatan sembab. Aku rasa nak peluk dia sangat-sangat and cium dia puas-puas but aku masih waras and tahu adab-adab menziarahi pesakit.
Usai melawat, aku dan Shabirah decide untuk minta izin pulang memandangkan waktu lawatan dah tamat dan aku pun kena pulang awal ke rumah untuk tidak merisaukan kedua ibu bapaku. Sepanjang perjalanan pulang, it was raining Alhamdulillah. Aku dan Shabirah decide untuk solat sebentar memandangkan hujan sedikit lebat untuk kami redah ke stesen Titiwangsa. Usai solat, macam-macam aku dah Shabirah borakkan memandangkan 6 tahun tidak berjumpa dan kami berasa hiba dengan keadaan Hidayah sekarang.
Dalam perjalanan pulang menggunakan LRT Star, aku termenung memikirkan betapa sakitnya saat yang dihadapi Hidayah dan bagaimana dia mengharunginya. Allahu, sungguh aku tidak dapat bayangkan. Walaupun Hidayah dalam keadaan koma, aku masih positif untuk berbisik ke telinganya mengatakan kata-kata semangat buat dirinya. Dayah dengar kan? :')
Aku dan Shabirah tidak berborak banyak dalam LRT Star memandangkan kedua kami keletihan dan suasana dalam gerabak yang completely quiet. Aku merenung luar tingkap, lihat bangunan pencakar langit, hiruk pikuk kota. LRT Star lalu di hadapan Kenanga Wholesale Centre (KWC), Allah, aku teringat Hidayah pernah bercerita yang dia cari baju raya sekeluarga di KWC. Sungguh, rindu pada Hidayah. Sayu.
Tiba di stesen Bandar Tasik Selatan, aku dan Shabirah berpisah. Untuk pertama kali hati ini rasa tidak mahu berpisah dengan Shabirah walaupun kami tidak pernah rapat berkawan tapi dirasakan amat sayu sekali nak berpisah. Salam, kucupan dan kata-kata semangat menyudahi pertemuan kami. Shabirah, insyaAllah panjang umur, kita berjumpa lagi dengan takdir Allah. Terima kasih Shabirah :)
Aku selamat sampai di rumah ngam-ngam waktu Asar dan aku bercerita situasi sebenar kepada ibu aku. Ibu aku menyatakan rasa simpati dan kasihan kepada Hidayah yang padanya masih muda untuk mengharungi semua kesakitan itu. Aku tiada upaya untuk bersuara dan cuma mengangguk dalam keadaan termenung. Untuk masa sekarang, aku sangat perlu alert dengan setiap panggilan telefon, mesej, serta media sosial bagi sebarang berita mengenai Hidayah.
![]() |
| Wallahi, i miss you girlprenn :') |
Syafakillah syifaan ajilan, syifaan la yughadiru ba'dahu saqaman
"Semoga Allah menyembuhkan secepatnya, dengan kesembuhan yang tiada sakit selepasnya"

