27 Feb 2012

TEEHEE !






This is what happened due to the extreme weather at PPj. HAHAHAH ! Extreme weather mate ? ^^


25 Feb 2012

Addict




assalammualaikum


Sekarang ada ketagihan baru. Patchwork / handmade sling bag. ARGGGHHHH ! Rasa nak beli semua ! 


boho style






paisley 


patchwork


Hadoiii. Takat ni nak cari dulu beg camni, dah jumpa BELI terus ! Hehehe. Nanti ada rezeki beli mesin jahit, belajar buat sendiri. Pastu niaga. :)




Ni pun mau kat RM2500 jugak la. Urgggh. Di mana ada kemahuan, di situ ada highway ! 


Bicara Ilmu, Local Agenda 21




assalammualaikum


24 Februari 2012 di PPj. Aku bantu dan join program LA 21 untuk menjaga pameran sempena program Bicara Ilmu : Penghasilan Kraftangan dari Bahan Kitar Semula. Alhamdulillah sambutan dari adik-adik sekolah, NGO's, wakil penduduk dan others sangat memberangsangkan. Tengok gambar je la eh. Malas nak cerita panjang. :)


yang pengawas tu adik azmiratul zaharah ye. hik hik :)


LA 21 punya pameran








rajin betul dia ni. meh sape nak buat menantu. ngeh ngeh. 








Yusra. Budak praktikal jugak dari POLIMAS


Me with boss, Puan Zita & En Din :)

Bungkus nasi lebih :P




last but not least. . .



































penat briefing kat orang sampai tidur pun senyum sipu ^^



SORRY FOR THE LONG POST. TEEHEEE ! 




24 Feb 2012

Me Very Happy Here !




assalammualaikum


Tinggal 2 minggu je lagi sebelum tamat praktikal aku di PPj (tak tunggang langgang pulak ayat kann). Ohh well. Rata-rata ramai budak batch aku dah sayang cinta dan taknak tinggalkan tempat praktikal masing-masing termasuk aku. Sampai dapat offer terus part time lepas 9 Mac sampai la aku nak masuk sem 6 28 Mei nanti. 


Apa pun, study masih jadi priority aku. At least mesti ada degree. Ramai staf cakap macam tu. Aku pun setuju dan InsyaAllah ada peluang, aku nak sampai tahap tertinggi lebih dari degree. Dapat gaji banyak sikit. Hahaha. Well hanida, please appreciate this 2 weeks left. PPj always welcoming me :)






aku memang suka buat kerja kat tempat² sempit :)


Sekian :)


21 Feb 2012

Hukum Mengunjungi Tempat Rekreasi Hiburan





Soalan :

Saya inginkan kepastian berkenaan hukum mengunjungi tempat hiburan dan taman tema seperti Sunway Lagoon bagi bermain-main. Adakah tempat sebegini haram dikunjungi kerana kebanyakan pengunjung di sana tidak menutup aurat ?


Jawapan :

Sekiranya tempat itu dibina bagi tujuan melakukan dosa seperti disko dan kelab malam, maka haram mengunjunginya.


Tujuan tempat hiburan dibina bukan sebagai tempat melakukan dosa sebaliknya orang yang datang ke situ melakukan dosa. Sekiranya pergi ke tempat itu dengan syarat mengelakkan diri daripada mendekati tempat orang melakukan dosa itu, hukumnya harus.


Di Sunway Lagoon contohnya, kita perlu menjauhi kawasan orang membuka aurat. Tetapi, sekiranya pergi juga ke tempat orang membuka aurat, maka hukumnya adalah haram sekalipun tidak berniat melihat aurat mereka.







12 Feb 2012

Kalau dah kembar




assalamualaikum


Hari tu adik lelaki aku demam denggi. Sekarang adik perempuan aku pulak. Kembar. Nak tak nak akan demam jugak dua duanya walaupun bukan serentak. Sampai bagitahu staf klinik yang diorang ni kembar pastu staf boleh cakap 'ohhh kembar'. 


Tapi adik perempuan aku ni teruk sikit keadaan dia. Platelet dia terlampau rendah sampai doktor cakap jangan bagi dia tidur sorang takut jantung dia berhenti. GILA. Ibu aku takut bila dengar pastu bila cerita kat aku, aku pun terkedu je la. Tapi InsyaAllah takde pape kot sebab kitorang paksa dia minum jus minum air mineral minum minum minum dan minum. 


Yela denggi takde ubat. Air je ubatnya. Lagipun badan dia ringan sangat tu yang lambat sembuh. Kalau aku yang demam takpe jugak sebab aku gemuk boleh la jugak kurus sikit kan. Hehehe. Nauzubillah. Mintak mintak tak jadi dah pasni. 






9 Feb 2012

Lawatan Tapak Projek NKEA




assalamualaikum


Alhamdulillah. Aku bersyukur sangat sangat hari ni. Aku bersyukur sebab dapat peluang yang bukan calang calang orang boleh dapat. Hehe. Terima kasih bos bos and staf staf Jabatan Perancangan Bandar PPj sebab bagi aku peluang join lawatan tapak sekitar Putrajaya bagi projek NKEA. 




Lawatan tapak di tunnel laluan monorel yang belum beroperasi kemudian menaiki Cruise Tasik mengelilingi Promenade Putrajaya untuk projek yang lain. Aku taknak dedahkan projek apa. It's a secret. Shhhhh !






Dalam cruise je aku makan 5 biji kuih seri muka & 2 biji karipap. Lepas turun dari Cruise makan lagi kat Pusat Maritim. Makan makan makan je la kerja kau nida kat PPj tu. :)




Excited naik cruise tu sampai ke malam pun excited lagi. Hehehe. Aku rasa bersyukur belajar bidang ni sebab dapat terlibat di sebalik tabir sesuatu pembangunan. Bersyukur sangat. Ni la hikmahnya kenapa aku ditempatkan dalam bidang ni. :)



8 Feb 2012

Wordless Wednesday #11 : Harry Potter






I can imagine Hermione's voice :)

7 Feb 2012

Sebab kenapa aku tak suka makan ikan =.='



assalammualaikum


Family and kawan-kawan rapat aku tau dah yang aku tak suka makan ikan. Dalam setahun aku boleh kira berapa kali aku makan ikan. So, aku bagitau je la kenapa aku tak suka makan ikan.


1. Ikan ada banyak jenis. Jenuh nak hapal satu satu. Kalau orang tanya aku, aku akan cakap IKAN je. Hehe. 


Haa ikan ni aku tahu. Haaii nemooo ! Kih kih :)


2. Aku tak reti nak asingkan tulang bila makan ikan goreng ke ikan masak 3 rasa ke, ikan bakar, ikan steamboat ke haa memang aku tak reti nak buang tulang dari isi. Selalunya ada orang yang akan tolong bagi aku isi ikan je bila aku makan. Prihati betul orang orang tu. Hehe. Kalau aku termakan tulang dengan isi sekali, amik masa jugak la nak keluarkan tulang. =.='


Cermatnya orang ni makan =.='


3. Disebabkan reason no. 2, lalu aku pun pernah la tercekik tulang ikan. Masa kecik kecik dulu. Sampai berhari hari la kot. Pastu makan nasi kepal kan kononnya boleh turunkan tulang yang tercekik tu.


4. Aku fobia bila baca artikel orang yang suka makan ikan mentah (sushi) ada chances untuk parasite hidup dalam badan pemakan. Rata rata semua tahu kot dari FB cite pasal japanese man makan sushi je seumur hidup dia then kat otak dia ada infection cacing apa entah. Haa parasite la tu. Pastu semalam aku tengok rancangan Monster Inside Me la kot kat Animal Planet. Sorang lady ni dijangkiti parasite dalam badan dia hampir 3 tahun sampai naik rashes disebabkan makan ikan mentah masa travelling di Africa. Lagi aku fobia pobia. Huhu.


5. Memang aku tak minat la kot makan ikan ni. Macam selera orang lain. Ada suka makan ni, tak suka makan tu. Haa macam tu la jugak aku. Hehehe.


Cukup la kot bagi 5 sebab. TAPI, aku takde la menolak kalau orang ajak makan ikan tambah tambah orang belanja. Hehehe. Sebab bila orang belanja ni rasa dia fuuuhh sedap lain macam je ^^ In fact, dulu aku penah bela ikan laga tapi dah mati sebab aku tak pandai jaga. Huuuu :'(


Dan, berdasarkan ceramah yang aku pernah join, ikan yang tidak digalakkan makan, erti kata lain makhruh ialah ikan yang tidak bersisik (ikan keli, ikan patin, etc) sebab kandungan mercury yang tinggi. Begitu juga dengan seafood lain macam sotong, ketam, kerang dan siput. Bukan tak boleh langsung tapi kurangkan. Maybe ada sebab kenapa aku alergi pada seafood. :)


Raarrrrr ! Hahhaa. Ikan jaws bunyi raawwrrr tawww ^^
  


Blogger Prihatin !



assalamualaikum


Haa. Kali ni aku nak share kat korang especially yang baru dalam dunia blogging ni. Banyak benda yang korang boleh buat untuk menarikkan, menyedapkan serta menyelerakan blog korang dengan macam macam widgets dan link link menarik. So aku bagi korang link blogger yang sangat prihatin dan baik sebab menyediakan tutorial yang bom bom kebabom ! Hehehe.


1. Lyssa Faizureen (aku rasa blogger ni boleh menang blogger paling banyak buat tutorial. really helpful sis !)

2.  Wan Hazel (yang ni tutorial photography pun ada. memang superb !)


Aku bagi dua blogger ni pun dah cukup sebab apa yang korang nak, insyaAllah diorang dah and akan sediakan. Kalau tak paham secara teori, korang boleh je tengok tutorial you tube pulak ye. Hehhe. Jangan lupa follow diorang and kalau ada guna tutorial diorang, jangan lupa promote ! Sekian :)




Teka Teki #2








6 Feb 2012

Makna Jihad





Soalan :

Apakah maksud jihad? Apa pula maksud dan konsep jihad fi sabilillah (berjuang pada jalan Allah)?


Jawapan :

Jihad daripada perkataan Arab bermaksud bersungguh-sungguh iaitu bersungguh menegakkan agama sama ada dengan berperang membela agama ataupun dengan berdakwah menyampaikan agama dan seumpamanya.

Jihad fi sabilillah  bermaksud berjuang bersungguh-sungguh pada jalan Allah. Perjuangan yang berteraskan Islam dan bertujuan meninggikan agama ataupun mempertahankan agama sama ada dengan senjata, harta, ataupun nyawa.



Lee Min Ho :)



assalamualaikum brothers and sisters ! 


Hehehe. hari tu dah cerita pasal Kyu Hyun. Sekarang pasal Lee Min Ho pulak ye. Alaaa yang berlakon Boys Ober Flower tu. Alaa alaaa yang berlakon cite Perfect Match tu. Alaaaa alaaaa...


alamak. semua hansem la pulak. =.='

Perfect Match


Aku mula mula minat tengok drama Korea, K-pop pop pop ni sebab Boys Ober Flower la. Pengaruh kawan kampus punya pasai. Haihh. Tarikan Boys Ober Flower ialah Lee Min Ho or watak dia dalam cite tu Gu Jun Pyo. Aku panggil Jun Poyo. Hahaha, Aku suka cara heroin dalam cite ni jerit Gu Jun Pyo kuat kuat !
Dengar macam Gu Ju Po. Kah kah.






Hansem ohsem betul la dia ni. Aku sangat suka lelaki yang pakai hoodie. Nampak cool macho gila. Kih kih kih. Disebabkan nak update entri ni punya pasal, 2 jam tertangguh sebab aku tengok balik cita Boys Ober Flower. Ha kau. Lee Min Ho punya penangan. Hehehe.





5 Feb 2012

Yuna - Terukir Di Bintang



assalammualaikum


Lepas perarakan Maulidur Rasul tadi entah kenapa nak feeling feeling sedih emosional jap. Hehehe. Kepada yang nak emosional jugak, sila dengar lagu Yuna Terukir Di Bintang. Video clip dia bersama Qi ketika bercuti di Itali. Sweeto ! Actually lirik dia bukan lirik sedih tapi entah aku rasa melodi dia agak menusuk kalbu sikit. Aku suka cara Yuna and Qi rakam video laaa. Adore gila !


Lagu dia ada pengaruh muzik Perancis dengan Sepanyol sikit. Aku rasa laa. Hahaha. Pastu dengar lagu ni aku teringat cerita kartun Anastasia. Kenapa entah ? =.='




Oh sejak umur 6 tahun sampai sekarang aku tak pernah bosan tengok cerita ni. Heheh. Ok tata !


4 Feb 2012

Maulidur Rasul






Salam Maulidur Rasul buat semua umat Nabi Muhammad s.a.w. 







Meluruskan Rambut (Rebonding)






Soalan :

Saya ingin bertanya mengenai rebonding rambut. Boleh ataupun tidak membuat rebonding untuk tatapan suami sahaja kerana setahu saya, mengubah ciptaan Allah tanpa sebab yang munasabah adalah berdosa. Bolehkah ustaz jelaskan ?

Jawapan :

Ada sarjana Islam mengharuskan teknik rebonding ini dengan syarat hanya apabila suami yang menyuruh dan wajib ditutup rambutnya apabila berhadapan dengan lelaki bukan mahram. Keharusan ini adalah kerana pengubahan yang tidak bersifat kekal kerana rambut akan kembali menjadi kerinting selepas beberapa lama. 


Pengubahan yang bersifat kekal tanpa uzur syarie (uzur yang dibenarkan oleh syarak) seperti pembedahan plastik menambah kecantikan adalah haram sama sekali.






3 Feb 2012

Penat tapi Seronok



assalammualaikum


Tajuk entry tak vogue langsung. Hahaha. Biaq pi la. Hari ni hari yang agak meletihkan tapi taktau kenapa aku rasa seronok ! Hehe. Hari ni aku tak duduk cubicle sendiri. Duduk buat kerja pun dalam sejam je tu pun masa nak balik rumah. Sebabnya hari ni banyak meeting and discussion ! 


Fiuhh.. Tapi Alhamdulillah syukur sangat sangat dengan apa yang aku pelajari hari ni. Terlampau banyak ilmu yang aku perolehi dan mudah mudahan dapat aku guna in future. InsyaAllah InsyaAllah InsyaAllah. 


How do you like my new cubicle yo ? Hehehe.



1 Feb 2012

Menjawab Salam SMS






Soalan :

Waktu ini ramai orang yang menghantar mesej dan memberi salam dengan ejaan seperti "A'kum", "Askum", "Aslmlkm", dan "Asamakum". Wajibkah saya menjawab kerana mungkin ia sudah mengubah maksud sebenar perkatann (salam) itu ?

Jawapan :

Tidak wajib menjawabnya melainkan ditulis dengan sempurna "Assalamualaikum".







Wordless Wednesday #10 : MapInfo









Kene present depan bos and staf lain Jumaat ni pasal data kemudahan awam menggunankan software MapInfo. Doakan aku. Gugup jugak rasa. Huu.



Iris Adni



asslammualaikum


Semenjak praktikal and duduk rumah ni, aku sangat suka dan tak sabar nak balik rumah lepas office hour sebab nak jumpa budak kecik sorang ni. Iris Adni. Nama dah unik dan perangai dia pun 'unik'. Hehehe.


Masa masih bayi. Hehehe.

Dia ni comel tapi kuat mengamuk, mengada sampai rasa nak peluk cubit pipi kuat kuat taknak lepas. Baru setahun tapi dah pandai sebut kakak, mak, satu, dua pastu suka menyanyi bahasa bayi. Hehehe. Pastu suka main nyorok-nyorok pastu buat dia terkejut. Ada budak ni rasa macam ada adik baru pulak. Weehehehehe ^^





Ciri-Ciri Orang Fasik






Soalan :

Bolehkah ustaz perjelaskan ciri-ciri orang fasik ?

Jawapan :

Orang fasik ialah mereka yang berbuat dosa-dosa besar seperti tidak solat, minum arak atau berjudi walau pun sekali. Orang gasik kekal melakukan dosa-dosa kecil seperti memakai emas bagi lelaki.




p/s : kepada mereka yang blur dengan entry ini, sila rujuk labels UAI untuk maklumat lebih lanjut :)