21 Feb 2012

Hukum Mengunjungi Tempat Rekreasi Hiburan





Soalan :

Saya inginkan kepastian berkenaan hukum mengunjungi tempat hiburan dan taman tema seperti Sunway Lagoon bagi bermain-main. Adakah tempat sebegini haram dikunjungi kerana kebanyakan pengunjung di sana tidak menutup aurat ?


Jawapan :

Sekiranya tempat itu dibina bagi tujuan melakukan dosa seperti disko dan kelab malam, maka haram mengunjunginya.


Tujuan tempat hiburan dibina bukan sebagai tempat melakukan dosa sebaliknya orang yang datang ke situ melakukan dosa. Sekiranya pergi ke tempat itu dengan syarat mengelakkan diri daripada mendekati tempat orang melakukan dosa itu, hukumnya harus.


Di Sunway Lagoon contohnya, kita perlu menjauhi kawasan orang membuka aurat. Tetapi, sekiranya pergi juga ke tempat orang membuka aurat, maka hukumnya adalah haram sekalipun tidak berniat melihat aurat mereka.