4 Feb 2012
Meluruskan Rambut (Rebonding)
Soalan :
Saya ingin bertanya mengenai rebonding rambut. Boleh ataupun tidak membuat rebonding untuk tatapan suami sahaja kerana setahu saya, mengubah ciptaan Allah tanpa sebab yang munasabah adalah berdosa. Bolehkah ustaz jelaskan ?
Jawapan :
Ada sarjana Islam mengharuskan teknik rebonding ini dengan syarat hanya apabila suami yang menyuruh dan wajib ditutup rambutnya apabila berhadapan dengan lelaki bukan mahram. Keharusan ini adalah kerana pengubahan yang tidak bersifat kekal kerana rambut akan kembali menjadi kerinting selepas beberapa lama.
Pengubahan yang bersifat kekal tanpa uzur syarie (uzur yang dibenarkan oleh syarak) seperti pembedahan plastik menambah kecantikan adalah haram sama sekali.
