6 Feb 2012

Makna Jihad





Soalan :

Apakah maksud jihad? Apa pula maksud dan konsep jihad fi sabilillah (berjuang pada jalan Allah)?


Jawapan :

Jihad daripada perkataan Arab bermaksud bersungguh-sungguh iaitu bersungguh menegakkan agama sama ada dengan berperang membela agama ataupun dengan berdakwah menyampaikan agama dan seumpamanya.

Jihad fi sabilillah  bermaksud berjuang bersungguh-sungguh pada jalan Allah. Perjuangan yang berteraskan Islam dan bertujuan meninggikan agama ataupun mempertahankan agama sama ada dengan senjata, harta, ataupun nyawa.