Showing posts with label Fakta. Show all posts
Showing posts with label Fakta. Show all posts

7 Feb 2012

Sebab kenapa aku tak suka makan ikan =.='



assalammualaikum


Family and kawan-kawan rapat aku tau dah yang aku tak suka makan ikan. Dalam setahun aku boleh kira berapa kali aku makan ikan. So, aku bagitau je la kenapa aku tak suka makan ikan.


1. Ikan ada banyak jenis. Jenuh nak hapal satu satu. Kalau orang tanya aku, aku akan cakap IKAN je. Hehe. 


Haa ikan ni aku tahu. Haaii nemooo ! Kih kih :)


2. Aku tak reti nak asingkan tulang bila makan ikan goreng ke ikan masak 3 rasa ke, ikan bakar, ikan steamboat ke haa memang aku tak reti nak buang tulang dari isi. Selalunya ada orang yang akan tolong bagi aku isi ikan je bila aku makan. Prihati betul orang orang tu. Hehe. Kalau aku termakan tulang dengan isi sekali, amik masa jugak la nak keluarkan tulang. =.='


Cermatnya orang ni makan =.='


3. Disebabkan reason no. 2, lalu aku pun pernah la tercekik tulang ikan. Masa kecik kecik dulu. Sampai berhari hari la kot. Pastu makan nasi kepal kan kononnya boleh turunkan tulang yang tercekik tu.


4. Aku fobia bila baca artikel orang yang suka makan ikan mentah (sushi) ada chances untuk parasite hidup dalam badan pemakan. Rata rata semua tahu kot dari FB cite pasal japanese man makan sushi je seumur hidup dia then kat otak dia ada infection cacing apa entah. Haa parasite la tu. Pastu semalam aku tengok rancangan Monster Inside Me la kot kat Animal Planet. Sorang lady ni dijangkiti parasite dalam badan dia hampir 3 tahun sampai naik rashes disebabkan makan ikan mentah masa travelling di Africa. Lagi aku fobia pobia. Huhu.


5. Memang aku tak minat la kot makan ikan ni. Macam selera orang lain. Ada suka makan ni, tak suka makan tu. Haa macam tu la jugak aku. Hehehe.


Cukup la kot bagi 5 sebab. TAPI, aku takde la menolak kalau orang ajak makan ikan tambah tambah orang belanja. Hehehe. Sebab bila orang belanja ni rasa dia fuuuhh sedap lain macam je ^^ In fact, dulu aku penah bela ikan laga tapi dah mati sebab aku tak pandai jaga. Huuuu :'(


Dan, berdasarkan ceramah yang aku pernah join, ikan yang tidak digalakkan makan, erti kata lain makhruh ialah ikan yang tidak bersisik (ikan keli, ikan patin, etc) sebab kandungan mercury yang tinggi. Begitu juga dengan seafood lain macam sotong, ketam, kerang dan siput. Bukan tak boleh langsung tapi kurangkan. Maybe ada sebab kenapa aku alergi pada seafood. :)


Raarrrrr ! Hahhaa. Ikan jaws bunyi raawwrrr tawww ^^
  


6 Jan 2012

SK Assunta 1



assalammualaikum




Ad Veritatem Per Caritatem ialah bahasa Latin bermaksud To Through To Charity. Ini la sekolah pertama aku lepas tadika and sebelum pindah Putrajaya. 


Walaupun sempat bersekolah sampai darjah 3, perasaan sayang and sense of belonging tu kuat dalam diri aku. Dan dan tau sense of belonging. Keluar term planning terus. Hahhaa. Roughly sekolah ni wujud tahun 1956 so no wonder la konsep sekolah ni more alike to sekolah-sekolah lama yang ditubuh British. Sebab pengasas sekolah ni dulu pun Mother Columcille and sekarang diambil alih oleh orang Melayu sebagai Guru Besar, Pn. Naimah Mohd Nasir. 


  

Sekolah ni kecik je walaupun lokasinya di Petaling Jaya. Oh ye sekolah ni untuk pemudi sahaja. Pemuda hanyalah guru dan kerani sahaja. No boys ! Sebab tu tak reti bercinta masa kecik-kecik. HAHA ! 




Padang pun comel je sebab pelajar sume comel-comel. Hahha ! Ingat lagi masa PJ letak pundi kacang atas kepala sambil lari from starting to end point. Pastu main gelek-gelek dengan gegelung tu. Hahaha. Macam-macam hal. :D




Time aku dulu takde benda hijau-hijau tu. Wood chocolate floor. Kat dewan ni la aku penah menari lagu Jong-Jong Inai and sampai sekarang aku ingat woo. Pastu penah pitam jugak sebab assembly lama sangat pastu dapat makan bihun sup free ! Sampai aku rasa macam nak pitam hari-hari. Hehehe. Pastu nyanyi lagu sekolah bahasa omputih tak hafal lirik curi-curi bukak buku undang-undang sekolah sebab dalam tu ada lirik dia. Hahaha. Pastu kat hall ni jugak la aku dapat usha cikgu lelaki dari jauh. :D




Pusat Sumber pun dah renovate. Dulu kalau nak jimat duit (sebab selalu bawak bekal) aku suka lepak library. Dan dan tau nak jadi librarian. Aku pun baca la buku kisah dongeng Sang Kancil, Si Tanggang, Snow White and apa entah lagi. Yang bestnya buku boleh bawak keluar sampai kat tangga library. Tangga tu menghadap padang sekolah jiran yang ada pelajar lelaki. Sambil cuci mata orang kata :)




Pintu sekolah pun dah tambah-tambah sikit. Ada bangunan baru jugak. Sampai sekarang aku still musykil sekolah ni SK Assunta 1 or 2 sebab sekolah menengah SMK Assunta 2. Haaa. Tengok lencana, SK Assunta 1. Entoh ler.


Gambar kantin takde la pulak. Kantin la port paling best sekali ! Dulu-dulu belanja sekolah paling mahal 80 sen. Orang tak mampu. Tapi ibu aku rajin buat bekal and bekal favourite aku roti letak planta dengan gula. Huuu. Dua keping pun dah kenyang. Pastu duit belanja tu aku beli rumpai laut 30 sen satu. Nak taste mahal sikit aku beli nasi lemak or air gas kat vending machine tapi pakai cawan kertas. 1 cawan 70 sen kau. Lepas la jugak minum air Coke dengan Sprite. Heehhe. 




Pastu pakai pinafore. Caya la, dulu aku lebih suka pakai pinafore rather than baju kurung. Please percaya. Terpengaruh dengan kawan baik aku and she's chinese. Sorry. Aku tak ingat nama dia. Pastu pinafore aku ada belt tapi takla macam belt lelaki. Belt kain je and boleh buat corak bunga mawar tau ! Tak caya, korang try la tapi jangan tanya aku sebab aku tak ingat dah. =.='


Lepas habis sekolah je, aku duduk depan umah seorang chinese ni sambil tunggu ayah aku amik. Kebetulan dia bela 2 ekor anjing. Pastu aku pun usap-usap la anjing tu sebab bulu dia lebat and comel macam teddy bear. Pastu balik umah aku cite kat ibu aku, terus kena samak balik. Hehehe. Sejak tu dah tak pegang dah anjing. 


Panjang betul. Dah abes dah cerita ni. Sekian =.='



14 Nov 2011

Hujan salji di negara orang, hujan batu di negeri sendiri



assalammualaikum


Siang tadi masa dalam perjalanan balik dari Klang, hujan lebat sangat petir berdentum dentum. Masa kat Subang Jaya, masa lalu flyover memang LANGSUNG tak nampak jalan depan. LANGSUNG !! Ayah aku pun bawak slow and other drivers too. Kitorang cuma nampak emergency signal kereta depan je. Jalan langsung tak nampak. Tu memang pengalaman menggerunkan. 


Elok je kat Puchong, aku perasan macam ada objek keras hentam cermin kereta. Aku buat dunno jela. Sekali tengok kat jalan, fuhhh hujan batu. Okay, aku memang jakun sebab 1st time beb ! Korang ada ? Hehehe. 


sumber google

Hujan batu merupakan sejenis  ketulan atau bola air batu dengan purata diameter 5 mm–50 mm. Hujan ini cuma boleh terjadi dari awan kumolonimbus (awan petir). Salah satu proses pembentukannya adalah melalui kondensasi wap air lewat dingin di atmosfera pada lapisan di atas freezing level. Air batu yang terjadi dengan proses ini biasanya berukuran besar. Kerana ukurannya, walaupun telah turun ke aras yang lebih rendah dengan suhu yang lebih hangat tidak semuanya mencair. Hujan air batu tidak hanya terjadi di negara sub-tropika, tapi boleh juga terjadi di kawasan khatulistiwa. (ayat wikipedia, paham paham je la)




Alhamdulillah tadi takde apa yang teruk. Cuma banyak pokok tumbang. Ayah aku cakap hujan batu tu boleh kutip makan tapi kene selawat dulu. Aku bukan setakat tak dapat makan, nak keluar dari kereta untuk kutip pun tak dan pasal hujan lebat dengan kilat lagi. Memang cari pasal la kalau aku keluar kereta. Hikhik ^^


Allah itu Maha Esa. Allahuakbar.

16 Dec 2010

Top 10 Jambatan Terpanjang di Dunia


assalammualaikum

Haa. Kali ni cik ida nak kongsi ilmu. Asyik post entry gedik² je. Meh tukar channel sikit. 
Korang tau dak nama² jambatan terpanjang di dunia ? Takpe². Cik ida pun tak tau jugak. Ngeeee ^_^

Kita mulakan upside down. Dari no 10 okay ?

10. Chesapeake Bay Bridge, Maryland, USA


Merentasi Chesapeake Bay, jambatan ini menghubungkan Western Shore dan Eastern Shore of Maryland.
Panjang : 4.9 miles / 6.9 km
9. Seven Mile Bridge, Florida, USA


Jambatan yang menghubungkan Teluk Mexico dan Terusan Florida.
Panjang : 6.79 batu /10.9 km
8. San-Mateo-Hayward Bridge, California, USA


Jambatan yang menghubungkan San Francisco dengan East Bay.
Panjang : 7.0 miles / 11.3 km

7. Confederation Bridge, Canada


Jambatan yang merentas Northumberland Strait yang menghubungkan Prince Edward Island dan NEW BRUNSWICK, Canada. ^_^
Panjang : 8 miles / 12.9 km

6. Rio-Neteroi Bridge, Brazil


Jambatan ini menghubungkan Rio De Janeiro dan Niteroi dan merentas Guanabara Bay.
Panjang : 8.25 miles / 13.29 km

5. Penang Bridge, Pulau Pinang, Malaysia 


Weehooo ! Saya bangga menjadi anak Malaysia ^_^
Okay. Jambatan Penang ni pada yang tak tau mai ceq habaq kat hampa naa. Tu diaa. Truih slang Penang. Anak mami i habaq youuu. HAHA.
Jambatan ni hubungkan Gelugoq kat pulau dengan Seberang Perai. 
Panjang : 8.4 miles / 13.5 km

4. Vasco da Gama Bridge, Lisbon, Portugal

Jambatan yang merentasi Sungai Tagrus ni adalah bertujuan untuk mengurangkan kepadatan penduduk di Lisbon yakni dengan menggalakkan penduduk di situ berhijrah ke tanah seberang (agaknya la)
Panjang : 10.7 miles / 17.2 km

3.King Fahd Causeway, Saudi Arabia


Jambatan yang menghubungkan Bahrain dan Saudi Arabia.
Panjang : 16 miles / 25 km

2.Donghai Bridge, China


Jambatan ini menghubungkan Shanghai dan Yangshan port.
Panjang : 20.2 miles / 32.5 km

Dan, saat yang dinantikan. Jambatan yang terpanjang pernah direkodkan bagi tahun 2010 ialah.....

1. Lake Pontchartrain Causeway, Louisiana, USA


Jambatan ini merentasi Tasik Pontchartrain di selatan California. Ia menghubungkan pinggir bandar New Orleans dan Mandeville, Louisiana.
Panjang : 23.87 miles / 38.42 km

*bapak la bosan drive along the way sebab jalannya straight je

Ini antara jambatan yang terpanjang dibina di serata dunia. Nak isytihar paling panjang pun tak boleh sebab pembinaan jambatan semakin rakus dibina bagi memudahkan penduduk dunia.

Btw, kita kena la berterima kasih pada engineers sebab invented benda² macam gini.

Mechanical Engineers ?
Civil Engineers ?
Electrical Engineers ?

or

Chemical Engineers ?


sekian =.='



24 Nov 2010

It's Ganglion Cyst !




First of all, i had noticed that many non Malaysians viewer were read this entry of mine. Well, sorry folks, this entry is in Malay. So if you really want to know about this, maybe you should ask your Malaysians buddy or just search another web in Google. Enjoy :)



assalammualaikum



Haa ni la fenomena ganglion. Ohh lupa. Korang dalam segmen medik² bersama doktor tanpa pengiktirafan PhD, ehem, Dr Hanida. HAHAHA ! Dan ye, amaran kerajaan. Kepada sesiapa yang mempunyai masalah sendi² tulang, loya buruk, serta sawan di malam hari, anda dilarang untuk membaca artikel ini. YES. Aku serius. Nampak muka serius =,=' Haaaa. :) Kidding je la babe. Nak teruskan pembacaan teruskan. Tapi kalau muntah, demam 3 bulan non stop, jangan salahkan aku yee. Aku cuma nak berkongsi ilmu.


GANGLION.


Yes. I am facing this phenomenon right now. Well, according to Dr. Lini, a person that i had met before, she told me that mine is minor compared to others. But still, you need to do an operation if yours are getting bigger and if it is disturbing you onwards.


Dr. wannabe cakap omputeh bai. Hahaha. Bangga tak ? Ganglion ni so far takde la menganggu saya malah menjadi bahan tarikan budak² kat rumah ni. Hahaha. Tapi kadang² time tido tu ada la jugak tergeliat sikit sebab tido gaya kuak lentang mana la tak kan ? :)


Ganglion ni merupakan gejala di mana ada bengkak yang dihasilkan oleh tisu dalam mana² anggota badan terutama pergelangan tangan dan kaki. Tisu yang diberi nama synovium berfungsi sebagai lubricating fluid untuk wrist dengan ankle. Rujuk medicine net untuk pengetahuan am dengan lebih lanjut :) So far aku punya macam ni




Nak kena bengkok tangan baru nampak. Time bengkok tangan tu rasa ngilu la jugak. Ada lagi yang teruk dari saya. Meh tengok meh. Untuk mehgormati para blogger sekalian, saya telah memediumkan gambar :)


yang ni tak bengkok tangan pun dah nampak

errrr =.= takmau jadi cam gini 



Kawan PLKN aku, Umi Naimah pun menghadapi ganglion. Tapi die punya macam situasi di atas. So masa PLKN tu die dikuarantikan dari menjalani aktiviti lasak. kesian :) Nak gambar lagi ? nah :)


kat finger

ni kat ankle. warna kuku pulak die =.=


ni la tissue tu



kene operate. kesian =.='

Okay. Aaya tak nak dera korang semua. Cukup la itu je gambarnya ye. Ibu saya cakap kalau tak elok jugak ketuk je dengan hammer. Adik saya cakap, penyakit apa kau dapat ni kak ? Macam². Aku pulak meneruskan blogging macam biasa sambil tengok Toy Story 2. HAHAH !


sekian :)



13 Nov 2010

apa itu brain tumor ?



assalammualaikum

okay. tajuk entry yang agak super tough. kenapa ? saje nak sharing knowledge. pada yang tau sila diam :)


what is brain tumor ?


Brain tumor ialah satu keadaan di mana keabnormalan tisu di dalam sel otak yang berkembang secara tidak seimbang dan tidak boleh dikawal. Tumbesaran tumor boleh membesar sehingga ke tengkorak dan menganggu kitaran aktiviti seharian manusia. Ini kerana pergerakan manusia dikawal oleh otak secara total. So, tumor ni sedikit sebanyak menganggu kitaran tersebut. Lokasi tumor di dalam otak turut mempengaruhi symptom² yang dihadapi oleh pesakit.

Symptoms of brain tumor :

1. headaches 
2. mual² dan muntah. biasanya di waktu pagi
3. kejang
4. difficulty in speaking, thinking and finding words
5. perubahan personaliti
6. loss of balance
7. confusion and disorientation
8. memory loss
9. double vision
10. hearing losses


menurut apa yang aku pelajari melalui buku² dan pemahaman dari Dr. Rohani, brain tumor diklasifikasikan kepada dua iaitu benign dan malignant. Benign brain tumors diklasifikasikan sebagai "ringan" or "jinak". Benign brain tumors merebak secara perlahan dan boleh dihapuskan atau dibuang. Benign tumors ni kalau tak dirawat dari awal akan bertukar kepada malignant tumors. Okay, malignant tumors (cancerous) pulak merebak dengan pantas dan boleh menghapuskan tisu² otak. Kira tahap kritikal la.


how is brain tumor diagnosed ? 


Diagnosis brain tumor melibatkan neurologist examination, brain scans dan analisis terhadap brain tissues. Para doktor akan menggunakan kaedah di atas untuk mengenal pasti tahap agresih tumor sama ada benign or malignant. Selain itu, melalui diagnosis doktor boleh mengenal pasti lokasi tumor di dalam otak. Neurological examination dilakukan bagi menguji ketepatan fungsi anggota badan pesakit. Korang pernah tengok cite 1 Litre of Tears tak ? Cite Jepun. Kalau pernah tengok ada banyak babak yang dia kena buat terapi. Contohnya, kelancaran dan kepetahan percakapan, koordinasi antara mata dan jari dan orientasi pergerakan badan. Kalau korang tengok cite tu lagi senang korang dapat bayangkan. Okay kita beralih kepada brain scan. Ada 3 jenis scanner (buat masa ni) yang boleh diagnose brain tumor.


1. MRI scan. (Magnetic Resonance Imaging)


peernah tengok mesin besar yang scan satu badan tu ? haaa. mesti penah kan ? okay scanner ni menggunakan magnetic felds dan computer untuk scan image otak dan dipindahkan dalam bentuk film. Ianya tidak menggunakan x-ray. MRI scan mempermudahkan para doktor untuk membentuk imej otak yang jelas dalam bentuk 3 dimensi. MRI scan juga boleh detect signals emitted dari normal tisu kepada tisu yang tidak normal.



MRI scanner

film hasil dari MRI scan


2. CAT scan (Computed Tomography)


kombinasi terhadap komputer teknologi dan x-ray yang sophisticated. CAT scan boleh memberi maklumat mengenai jenis tumor, dan detect swelling dan bleeding. 


CAT scanner


3. PET scan. (Positron Emission Tomography)

PET scan boleh provides picture of brain activity. okay. nak jelas pun tak paham sebab tak pernah tau alat ni wujud. hehehe. Tapi berdasarkan pembacaan, patient kena inject dengan deoxyglucose terlebih dahulu sebab PET scan ni boleh detect glucose (sugar) level dalam otak. Wow. haha. Biasanya doktor² guna PET scan untuk tengok perbezaan antara scar tissue, recurring tumor cells dan necrosis (sel² yang telah mati disebabkan radiation)

PET scanner
perbezaan antara MRI scan & PET scan


 how to treat brain tumor ?


of course la melalui pembedahan. after pembedahan kena buat terapi dan antaranya chemotherapy. Chemotherapy ni terapi untuk membunuh cell dengan cara paling pantas sekali. tapi banyak side effect. depends pada orang. some case patient boleh jadi kurus rapidly or kulit menggelupas. all in all, its on a person antibody actually. apa lagi nak cite ye pasal brain tumor ni. aaaa. kalau ada pape nak tanya, sila tanya ye.
itu je la kot nak share.


sekian :)