assalammualaikum
Siang tadi masa dalam perjalanan balik dari Klang, hujan lebat sangat petir berdentum dentum. Masa kat Subang Jaya, masa lalu flyover memang LANGSUNG tak nampak jalan depan. LANGSUNG !! Ayah aku pun bawak slow and other drivers too. Kitorang cuma nampak emergency signal kereta depan je. Jalan langsung tak nampak. Tu memang pengalaman menggerunkan.
Elok je kat Puchong, aku perasan macam ada objek keras hentam cermin kereta. Aku buat dunno jela. Sekali tengok kat jalan, fuhhh hujan batu. Okay, aku memang jakun sebab 1st time beb ! Korang ada ? Hehehe.
![]() |
| sumber google |
Hujan batu merupakan sejenis ketulan atau bola air batu dengan purata diameter 5 mm–50 mm. Hujan ini cuma boleh terjadi dari awan kumolonimbus (awan petir). Salah satu proses pembentukannya adalah melalui kondensasi wap air lewat dingin di atmosfera pada lapisan di atas freezing level. Air batu yang terjadi dengan proses ini biasanya berukuran besar. Kerana ukurannya, walaupun telah turun ke aras yang lebih rendah dengan suhu yang lebih hangat tidak semuanya mencair. Hujan air batu tidak hanya terjadi di negara sub-tropika, tapi boleh juga terjadi di kawasan khatulistiwa. (ayat wikipedia, paham paham je la)
Alhamdulillah tadi takde apa yang teruk. Cuma banyak pokok tumbang. Ayah aku cakap hujan batu tu boleh kutip makan tapi kene selawat dulu. Aku bukan setakat tak dapat makan, nak keluar dari kereta untuk kutip pun tak dan pasal hujan lebat dengan kilat lagi. Memang cari pasal la kalau aku keluar kereta. Hikhik ^^
Allah itu Maha Esa. Allahuakbar.


No comments:
Post a Comment