Isn't it adorable ?? Awwwwwwww. Yes it is ! Hehehe. Aku taktau aku angau apa tengah tengah malam ni update pasal kucing =.=' (bunyi cengkerik)
Aku memang sangat sukakan and sayangkan kucing ketat ketat ! Hehehe. Kalau aku nampak kucing kat mana mana, kompom aku nak usap. Tak kisah la kucing tu kucing jalanan ke, kucing jiran ke, kucing kurap, kucing takde bulu or mata kucing pun. Hahha. Yang penting aku nak kacau mana mana kucing yang aku nampak. They are very friendly 'neighborhood' ^^
Malah, kucing juga merupakan binatang peliharaan dan kesayangan Nabi Muhammad SAW. Rasulullah memiliki seekor kucing bernama Mueeza. Pada suatu ketika, Mueeza sedang tidur di atas jubah milik Rasulullah. Tapi disebabkan kasihnya pada Muezza dan tidak mahu mengejutnya, Rasulullah hanya memotong bahagian lengan yang menjadi alas tidur kepada Muezza.
Ketika Rasulullah pulang ke rumah, Muezza terbangun dan menunduk di hadapan Rasullulah. Rasulullah membalas tindakan Muezza dengan membelainya dengan penuh kasih sayang. Selain itu, ketika tetamu bertandang ke rumah Rasulullah, baginda sering mengendong Muezza dan meletakkannya dia atas peha. Sifat Muezza yang disukai Rasulullah ialah ia sering mengiau ketika mendengar azan dan suaranya itu seolah-olah seperti mengikut alunan azan. Subhanallah. Begitu kasih Rasulullah kepada Muezza kan ?
Ada certain orang memang takutkan kucing. Tapi kalau takut sangat pun jangan la sampai sengaja nak sepak sepak, baling objek or pape yang boleh mencederakan. Setakat halau shuhhh shuuhh tu pun dah okay la kot. Mentang-mentang kucing tak pandai melawan, berani la buat macam tu (emosi jap). Kalau tak sengaja tu mungkin ada kelonggarannya tapi aku memang cukup pantang kalau ada orang sengaja cederakan kucing. Tapi aku tak pulak marah, sekadar geram dalam hati. Hehehe.
Cuma, aku terkilan. 2 hari lepas, aku dengan kawan aku Miraa nak pergi rumah Aniss. Pastu nampak ada sekor tiny litle cute kitten dalam longkang besar. About 5' deep and saiz die dalam 3'x3' jugak laa. Aku taktau acurate size for drainage. Pastu in between saliran tu ada air bertakung. Kitten tu ada sekali terjatuh dalam air tu and die manage berenang ke saliran lagi satu. Aku dengan Mira sejam duk kat situ and dah buntu idea nak tolong macam mana. Kitorang dah try masukkan dahan pokok yang agak tebal and sangkut dengan plastik kat hujung dengan niat nak kaut kitten tu tapi kitten tu die masih baby so die macam tak paham mission kitorang. And ada kadang kadang dia paut pada dahan tapi tak panjat. Orang lalu lalang tengok je aksi kitorang tanpa ada niat nak tanya. Kitorang pun takde nak tahan orang sebab malu la kot =.='
Lastly, we just left. Hmmm. Aku dah buat dosa kan ? Aku just selamatkan sekor sibling die and bawa die ke tempat lain. Sibling die ni takde pulak nak masuk dalam longkang tu. Pastu ikutkan hati aku nak bawak die balik umah, bagi makan. Tapi sebab nak pergi umah Anis and umah die jauh dari umah aku so aku lupakan hasrat tu. Sampai sekarang aku still rasa bersalah. Tiap kali aku lalu kat longkang memang aku ingat kitten tu. :(
InsyaAllah in future, aku nak bela banyak kucing ! Oh lupa nak cite. Aku tak bela kucing sekarang sebab my mom are allergic to cat's fur. In fact, I am allergic too. Tapi mengada nak jugak. Mana tak resdung. Hehehe. Hopefully aku dapat la jugak merasa disayangi oleh kucing belaan sendiri :) :)



No comments:
Post a Comment