21 Nov 2012

21 November 2011




assalamualaikum



Ye. Tarikh aku kat atas tu tak silap. 2011. 21 November 2011. Setahun yang lalu ialah hari pertama aku praktikal di Perbadanan Putrajaya. Setahun. Sekejap je. Hari pertama praktikal tipu la kalau tak berdebar. In fact sejak semester sebelumnya lagi aku dah berdebar. Masa buat resume, nak isi bahagian kemahiran software pun tergagap nak isi yang aku terer sikit guna AutoCAD, MapInfo dan Google Sketch Up. HAHA.  Punya nebes iollss tau uollss.


Hari pertama pakai baju kurung la opkos sebab isnin kat mana-mana pun formal day. Siap gendong handbag konon bawak semua borang-borang segala benda alah yang nak diisi untuk bos-bos baru. HAHA. Handbag pulak siap beli yang baru masa sale kat Parkson. HAHA. Nak beli yang before less memang tak la nak beli cecah ratus-ratus. After less dapat la jugak RM50 untuk sebuah handbag Polo. Kemain polo bagai. HAHA.


Hari pertama ayah aku hantar and teman aku sampai kat department HR. Manja kan aku berteman-teman ? Jealous la tuuu. Hehehe. Lepas dah setel protokol-protokol, rules and regulations apa benda semua la maka aku dihantar ke Department Perancang Bandar kat blok D tingkat 8. Tinggi noohhh. Hari pertama ni la semua benda nak jakun. Naik lif kena punch card dulu kat apa benda entah benda tu baru boleh naik lif. Alaa benda yang macam kita masukkan tiket kalau nak naik mana-mana train, ha macam tu la yang staf PPj kena buat tiap kali nak keluar masuk ofis. Memang kene punch card. 


So student practical pun dapat je card siap tulis PRAKTIKAL lagi besar-besar. Kekadang malu je nak pakai tapi pakai jugak la bangga rasa dapat praktikal kat PPj. Muahaha. Sesudah sampai di D8 aku kena tunggu kejap di lounge sementara segala borang morang aku diuruskan oleh staf department perancang bandar. Staf first tegur aku ialah Kak Zu atau Puan Zuriah. Kat ofis semua staf perempuan tak kisah la muda ke or tua sebaya macam mak ke, panggil je akok. Orang kata trick untuk bodek la. HAHA. Kalau staf lelaki, aku tak biasa nak guna abang-abang, maka aku akan panggil En. Skema gilak. -___-


Okay sambung balik. So hari pertama dan 2 minggu seterusnya aku ditempatkan dalam Unit Local Agenda 21. Department aku overall ada 7 unit tapi hanya 5 unit yang dibenarkan untuk student practical. Unit LA 21, Unit One Stop Centre, Unit Rancangan Struktur, Unit Kawalan Pembangunan dan Unit Rancangan Tempatan. Setiap unit ada bos masing-masing dan diketuai big bos department. Bos aku untuk Unit LA 21 Puan Norzita Razak yang secara kebetulannya ialah mak kepada kawan sekolah aku. What a small world kan ? Hue hue hue. 


Maka aku dah ditempatkan di cubicle aku yang sangat selesa dan sejuk gila mencucuk tulang. Rasa senang hati dapat cubicle yang selesa, dapat tengok map-map, dapat kenal dengan semua staf yang rata-rata memang suka menyakat budak praktikal. Selalunya stigma manusia terhadap budak praktikal di gomen, mesti kene buli beli goreng pisang la buat air kopi la. But stigma tu salah sama sekali. Aku berjaya buktikan bahawa aku tak pernah disuruh buat benda remeh-temeh tu malah dilayan bak bidadari. HAHA. Sepanjang aku praktikal, percayalah. Aku susah turunkan berat badan disebabkan staf-staf yang suka membelanja aku makan dan minum petang malah di setiap meeting / fieldwork yang aku join, kompom dapat makan free. Alhamdulillah.


Maka sambung balik cerita hari pertama tu. Lepas aku ditempatkan di cubicle yang selesa, dah kemas-kemas barang yang ada kat cubicle tu maka aku duduk bertapa untuk beberapa minit sambil menunggu tugasan pertama. Aku belek-belek laporan tahunan LA21. Kemudia bos aku tanya. Okay hanida, ada bawak laptop ? Saya nak mintak kamu tolong design untuk next laporan tahunan. Lepastu nak tunjuk dalam meeting seterusnya. Awak kena masuk ye meeting tu. 





Laptop ? 


Laptop ?



Memang tak la. Aku datang bawak handbag Polo after less yang penuh dengan barang mekap kot. 



Maka aku menelepon ayah aku untuk hantar laptop ke ofis during lunch hour dan hari-hari seterusnya aku bawak beg sekolah yang ada laptop di dalamnya. Hampeh. Ingatkan dah keje gomen boleh la mekap-mekap pakai heels hari-hari rupanya tidak. Sama je macam aku pegi studio hari-hari.





No mekap no heels. 






Hampeh -___-