5 Mar 2012

Sekejap




assalamualaikum


Minggu ni minggu terakhir aku di PPj. Ahhh kejap sangat masa berlalu. Dap dup dup dap tong tang ting tung dah 4 bulan kat sini. Rasa macam baru semalam aku lapor diri kat sini (ayat common dah takde idea nak ubah ayat ni)


Dan ye, aku tak penah pulak cerita kat korang kan kerja apa yang aku buat kat sini. Orang selalu assume kalau kerja government je mesti kena beli goreng pisang, buat air beli tu beli ni potostet itu ini. Daaa. Tu zaman pak kaduk. Hahaha. Seriously aku tak penah pun kena buat macam yang aku cakap tadi tapi potostet sikit sikit tu ada la. Benda standard mana mana office kau akan buat. Meh la story sikit pasal kerja aku.




Ni jadual rotation. Kat Jab. Perancang Bandar PPj ada overall 7 unit tapi untuk student praktikal, 5 unit je terlibat. Setiap unit tugasan dia lain lain tapi still ada kesinambungan antara satu sama lain. Ayat matang tak ? Hahah.


Nak cerita pasal tugasan aku, korang gerenti tak paham punya. Overall apa yang aku boleh simpulkan, kerja kat government ni totally lain tugasannya tak macam masa kita belajar. Tapi still ada kesinambungannya (aku suka guna ayat ni sekarang).




Dan presentation juga sudah sebati dalam diri kitorang as student planning sebab boleh kata setiap hari ada presentation. Dah lali dah. Hahaha. Masa ni aku kena present and sesi tutorial sikit la macam mana penggunaan perisian MapInfo. Tak tahu ? Sila google. TQVM.




Time ni pulak Delegasi Baghdad datang and bos aku kene introduce kat diorang background Putrajaya untuk tarik minat diorang beli lot kedutaan kat Presint 15. Kelam kabut bos aku nak berbahasa Arab. Mujur diorang ada translator dah siap siap. Heee.




Waktu pegi site ni paling tak tahan. Bukan sebab panas tapi pegi pakai baju kurung kot. Memang sudden punya site. Ayu gile kan pegi site tempat tempat gini pakai baju kurung. Aku sorang je penah buat kot. Haha.




Ni pulak site kat Presint 11. Ni untuk consideration nak buat laluan pejalan kaki tapi ada halangan which is ia akan merintangi rezab gas. Actually ni request dari penduduk. Aku tukang dengar aje :)


Haaaaiiiihhh. Ngantok. Lain kali saya buat episod 2 pulak ye. Hehehe. Aku memang camni, update entry tak penah nak sungguh sungguh. Adios !