29 Mar 2012

Apa itu Town Planning ?



assalammualaikum


Memandangkan esok hari terakhir aku di PPj, aku bercadang nak share sikit la basic dan pengenalan mengenai kos aku ni sebab course ni tak famous macam Arkitek, Doktor, Jurutera dan sebagainya. Okay yoouuaalllss ? ^^


Bismillahirrahmanirrahim. Harap-harap info yang aku share ni betul dan berguna la ye. Ehee. Okay Town Planning / Perancangan Bandar dan Wilayah secara kasarnya of course la merancang bandar. Masa mula-mula nak apply course ni macam terpikir jugak : design bandar macam main game Sim City / Sim Theme Park / Sim Hospital ke kan. Maksudnya, memerlukan daya imaginasi dan kreaitivit yang tinggi + keberkesanan imaginasi kita itu sekiranya direalisasikan.


layout plan sumber dari Mr. G

okay yang ini kitorang panggil layout plan atau pelan susunatur. Haa ini la tugasan utama kitorang as student. Ini tak cukup complicated lagi ni. Kira ni peringkat semester 1 dah kena mahir. So base on layout plan ni, kitorang kena pikir macam mana nak ilhamkan connection or kesinambungan antara satu elemen dengan elemen yang lain. Contohnya amphitheater tu apa elemen yang nak kena ada sekelilingnya and praktikal kah lokasinya di situ. Cek oi, ingat senang nak design ? Tak boleh woo suka hati kita nak letak tandas kat mana, ruang bersantai kat mana dan lain-lain la !


So, itu secara kasar mengenai pembelajaran dalam course ini. Nak join course ni kena kuasai perkara ni :

1. MESTI minat ! Kalau tak minat, lingkup. Berapa orang dah batch aku lingkup sebab tension dengan tugasan mencabar.

2. Mempunyai imaginasi dan kreativiti mengolah idea yang tinggi

3. Kemahiran melukis (tapi aku pun bukan la pandai melukis sangat)

4. Minat kira-kira (matematik) tapi kira-kiranya tak seteruk add math. Aku boleh jamin :)

5. Seorang yang sihat fizikal sebab melibatkan banyak lawatan tapak dan site nya tidak boleh diduga

6. Bukan seorang putera / puteri lilin kalau pergi site sebab jangan harap nak pergi site bawak payung. Menyusahkan keadaan =.='

7. Sanggup tak balik / balik lewat dari office / studio (which is kelas, kitorang panggil studio)


Haaa itu antara kriteria yang diperlukan kalau betul-betul serius nak ceburi bidang ini. Dan Alhamdulillah aku sendiri amat bersyukur berada di laluan yang betul sebab aku minat kerja yang melibatkan lawatan tapak. Aku tak suka kerja kat office 24 jam depan komputer je. Kih Kih Kih. Demand itu harus :)


Okay ini sahaja untuk hari ini sebab kalau taip panjang-panjang, orang mudah bosan. Aicehh gaya macam ramai pembaca je kat belog ni. Ahahahhaha ! Sekian :)