Dewan Seri Iskandar
2.15 pm - 5.15 pm
ETR 300 (Entrepreneurship)
Meja 42
Minit pertama.
Waktu tu invigilator suruh cek halaman muka surat, berapa soalan, bla bla bla and so on. Aku ikut perintah. Aku cek tanpa sebarang pertelingkahan dan tidak memberanikan diri untuk baca soalan. Waktu tu aku gelisah.
2.15 pm.
Aku beranikan diri untuk baca soalan. Aku terus langkau ke bahagian short and long essay. Aku telan air liur yang berkapasiti 0.2 ml. Aku terkedu dan tersedu. Ye. Takkan tak paham lagi ? Maknanya soalan dia susah laa ! Duhh.
3.10 pm
Dengan hati yang gundah gelana, aku meneruskan penulisan serta menjawab bahagian true/false dan objectives. Aku tak tipu. Soalan memang susah tahap dewa. Memang susah susah memang. Aku tengok sekeliling aku. Tekun dan patuh terhadap peperiksaan. Aku kagum.
3.15 pm
Budak EM sebelah aku, bangkit dari medan petempuran. Aku kagum tigapoloh saat dengan budak tu. Bukan pergi tandas, Tapi selesai menjawab. Aku rasa nak bangun, beri tepukan paling gemuruh buat beliau. Ye. Die layak diberi penghormatan kerana menurut hemat aku, die orang pertama yang keluar dewan. Tahniah tahniah. (makan dalam)
4.15 pm
Aku selesai menjawab kesemua soalan. Dalam susasana petir berdentum-dentum, aku memberanikan diri. Aku serahkan jawapan aku kepada invigilator. Aku berundur diri kerana aku khuatir akan menukar² jawapan kerana ye soalan memang susah. Lagi satu, aku kalah kepada keangkuhan dan ketakburan aircond dewan tu. Sejuk gila aku habaq kat hang. Aku ni dah la berdarah panas. Tak sesuai dengan iklim sejuk.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment