assalammualaikum dan salam satu malaysia :)
Aku online facebook macam biasa. Scroll punya scroll aku bukak membe PLKN aku punya FB, Marissa. Aku tengok balik album 'national service'. Walaupun takde gambar aku, tapi bila aku tengok gambar² dalam album tu, suddenly how am miss that camp so much :(
Kem PLKN Sinaran Suria, Sungkai
Masa first aku dapat surat tawaran (cehh tawaran la sangat) PLKN ni, first impression aku ialah kenapa la aku dapat kat Perak ?? Aku nak Sabah ke, Sarawak ke. Tapi takpe la. Perak pun Perak la lagipun aku memang tak sabar nak pegi PLKN. YE. Korang tak salah baca. Aku memang tak sabar pegi PLKN. Padahal orang lain sanggup buat apa saja untuk tidak daftarkan diri sebagai pelatih. Haaa aku ni lain sikit. Aku rasa ada darah patriotik dan nasionalisma mengalir dalam darah jenis AB aku ni. Hahaha !
Jun 2009. Aku tak berapa ingat berapa hari bulan aku daftarkan diri. Aku naek bas dari Park n Ride Putrajaya. Yang paling best sekali family aku follow bas aku naek dari belakang. Haa sweet kan ? Heheh. Sampai² kem aku dapat dorm BP1 and automatik jadi member kompeni Alpha. Masuk dorm, orang first sekali aku kenal Linda, orang asli dari Pahang. Sangat peramah dan kadang² pendiam. Pastu aku kenal Umie, budak pok pek pok pek sekali kat dorm and perangai budak² dia memang takde sape boleh lawan. Hehe.
Selang seminggu pastu aku dipilih jadi Ketua Kompeni Alpha bagi wirawati (pelatih perempuan). Syukur. Aicehh. Dapat la pegang title dua balak. Pembantu aku Yugi. Pastu ada tugasan untuk setiap kompeni iaitu Alpha, Bravo, Charlie, Delta. Kena buat pembentangan kompeni masing². Perkenalkan nama baru kompeni, tepuk² kompeni, and apa lagi entah aku tak ingat. Kesimpulannya kompeni Alpha menang ! Woohooo ! Korang mesti tak caya kan aku ajar budak² laen hakka. Hahaha. Pastu aku la tukang presenter. Paling aku suka bendera kitorang cantik ! Aku puas hati. Mekasih ustaz sebab jadi pelukis bendera. Mana la kamu sekarang ek ? ^^
![]() |
| Alpha |
![]() |
| Bravo |
![]() |
| Charlie |
![]() |
| Delta |
Yup. Pusaka Merah. Kitorang ada lagu Pusaka Merah. Hafal lagi sampai sekarang. Fuuuhh.
Pusaka merah...
Harapan menyala...
Oke aku tipu. Aku tak hafal. Teruk kan aku ni ? Sape pencipta lirik pun aku tak ingat tapi mekasih kat korang lagu kita memang best ! Penolong pengarah suka pembentangan kitorang and siap jumpa aku face to face lepas present. Huwaa tak terkezut pulak aku. Pastu amik gambar aku dengan Ckin zoom dekat² kat muka. Malas aku nak letak gambar tu dalam entry ni. Gedabak sangat muka aku. Heeee.
Setakat ni itu je aku nak cerita dulu. Nanti aku buat sambungan part 2,3,4,5 and so on. Banyak sangat benda nak cerita and banyak sangat gambar nak taruk. Hehhee. Maap ye kalau entri ni banyak memihak kepada Alpha sahaja. Rindu korang sangat². :)
sumber gambar dari Lolipop dengan Cikgu Liana
sumber gambar dari Lolipop dengan Cikgu Liana






