Showing posts with label PLKN. Show all posts
Showing posts with label PLKN. Show all posts

6 May 2012

Reunion PLKN ke-2




assalamualaikum


Alhamdulillah hari ini bertempat di Mid Valley aku dapat join reunion PLKN kem aku. Masa first reunion tak dapat join sebab kat kampus lagi. Hehe. Kali ni tak ramai macam yang first tapi kitorang still enjoy walaupun yang datang 8 orang je. 7 bunga sorang kumbang. HAHAHA ! 


Ecah, aku, leya, su teng, know (sebutan nor), ekin & jaz


Untuk makluman Jaz tu sekampus dengan aku course je lain. Masa kem haram tak pernah tegur pun tiba tiba jumpa kat kampus macam jumpa sahabat yang 10 tahun terpisah. =.=' HAHAHA ! Tadi aku tunggu ketibaan Datuk Jaz tu sangat lama ye kat KTM Mid Valley. Ada la dalam 2 jam setengah kan. Punya pemalu sampai nak pergi reunion ni pun, nak aku pergi jugak. Haha. Yelatu pemalu. 


So tadi kitorang just makan, main boling, jalan jalan sikit pastu lepak borak borak ungkit kenangan masa PLKN. Kelakar gilak ! Ohh I miss PLKN. Kalau ada peluang aku nak join balik PLKN tapi nak dengan budak kem yang sama. Hehehe. 


tak pernah pernah aku makan heavy meal dengan cendol. kepala otak tak betul sangat dah ni =.=


kesian diorang tunggu aku dengan jaz lama gilak. tapi jaz yang lambat. HAHAHA 


hasil editing su teng :)


BOWLING ! tolong la percaya aku tak sangka dapat markah camtu setelah hampir setahun tak main boling >.<


Loges. Katil kami sebelah sebelah so sebelum tidur borak bukan bukan. Hehe

Su Teng ! Ni boyfriend aku kat kem sebab rambut dia dari dulu sampai sekarang pendek ! 


Leya. Alhamdulillah sorang lagi sahabat aku slowly berhijab. Keep it up ya ! :)


Event manager, ekin. Siap bawak sugar glider dia lagi. Comel tapi ketiduran =.='













p/s : Rindu pulak nak jadi balik ketua kompeni & jerit seluruh dorm setiap 5 pagi kejut budak bangun :)

29 Apr 2012

Senam Seni Malaysia



assalamualaikum




Alhamdulillah. Lepas hampir 3 tahun aku tak buat Senam Seni, pagi tadi dapat jugak peluang join program ni. Kat padang awam Presint 9 (tempat aku selalu aerobik tiap pagi sabtu & ahad). Senam seni ni satu rutin tarian atau senamrobik yang menggabungkan hampir semua tarian tradisional setiap kaum / etnik di Malaysia such as Zapin, Cindai, Gerak Silat, Sewang, India, Tai Chi, Sumazau, Asli.


Aku mula tahu Senam Seni sejak join PLKN 2009. Syiokkk bah ! Bila aku dah master Senam Seni tu, aku selalu kena naik atas stage jadi sukarelawan instructor dengan Cikgu Azhar. Boleh kata setiap pagi masa Physical Training (PT), muka aku je la kat atas tu. Ohhh I really miss PLKN !




 kitorang main jungle trekking guna kompas & bearing sampai satu hari suntuk wooo !























p/s : Okay gambar takde kene mengena langsung. HAHA ! Aku paling suka part Sewang yang kecut kecut perut tu. Seriously perut aku slim sebab kecut perut ni tau !

9 Sept 2011

PLKN Part 1



assalammualaikum dan salam satu malaysia :)


Aku online facebook macam biasa. Scroll punya scroll aku bukak membe PLKN aku punya FB, Marissa. Aku tengok balik album 'national service'. Walaupun takde gambar aku, tapi bila aku tengok gambar² dalam album tu, suddenly how am miss that camp so much :(


Kem PLKN Sinaran Suria, Sungkai


Masa first aku dapat surat tawaran (cehh tawaran la sangat) PLKN ni, first impression aku ialah kenapa la aku dapat kat Perak ?? Aku nak Sabah ke, Sarawak ke. Tapi takpe la. Perak pun Perak la lagipun aku memang tak sabar nak pegi PLKN. YE. Korang tak salah baca. Aku memang tak sabar pegi PLKN. Padahal orang lain sanggup buat apa saja untuk tidak daftarkan diri sebagai pelatih. Haaa aku ni lain sikit. Aku rasa ada darah patriotik dan nasionalisma mengalir dalam darah jenis AB aku ni. Hahaha ! 




Jun 2009. Aku tak berapa ingat berapa hari bulan aku daftarkan diri. Aku naek bas dari Park n Ride Putrajaya. Yang paling best sekali family aku follow bas aku naek dari belakang. Haa sweet kan ? Heheh. Sampai² kem aku dapat dorm BP1 and automatik jadi member kompeni Alpha. Masuk dorm, orang first sekali aku kenal Linda, orang asli dari Pahang. Sangat peramah dan kadang² pendiam. Pastu aku kenal Umie, budak pok pek pok pek sekali kat dorm and perangai budak² dia memang takde sape boleh lawan. Hehe.


Selang seminggu pastu aku dipilih jadi Ketua Kompeni Alpha bagi wirawati (pelatih perempuan). Syukur. Aicehh. Dapat la pegang title dua balak. Pembantu aku Yugi. Pastu ada tugasan untuk setiap kompeni iaitu Alpha, Bravo, Charlie, Delta. Kena buat pembentangan kompeni masing². Perkenalkan nama baru kompeni, tepuk² kompeni, and apa lagi entah aku tak ingat. Kesimpulannya kompeni Alpha menang ! Woohooo ! Korang mesti tak caya kan aku ajar budak² laen hakka. Hahaha. Pastu aku la tukang presenter. Paling aku suka bendera kitorang cantik ! Aku puas hati. Mekasih ustaz sebab jadi pelukis bendera. Mana la kamu sekarang ek ? ^^




Alpha


Bravo


Charlie


Delta


Yup. Pusaka Merah. Kitorang ada lagu Pusaka Merah. Hafal lagi sampai sekarang. Fuuuhh. 


Pusaka merah...
Harapan menyala...


Oke aku tipu. Aku tak hafal. Teruk kan aku ni ? Sape pencipta lirik pun aku tak ingat tapi mekasih kat korang lagu kita memang best ! Penolong pengarah suka pembentangan kitorang and siap jumpa aku face to face lepas present. Huwaa tak terkezut pulak aku. Pastu amik gambar aku dengan Ckin zoom dekat² kat muka. Malas aku nak letak gambar tu dalam entry ni. Gedabak sangat muka aku. Heeee.




Setakat ni itu je aku nak cerita dulu. Nanti aku buat sambungan part 2,3,4,5 and so on. Banyak sangat benda nak cerita and banyak sangat gambar nak taruk. Hehhee. Maap ye kalau entri ni banyak memihak kepada Alpha sahaja. Rindu korang sangat². :)




sumber gambar dari Lolipop dengan Cikgu Liana 

19 Dec 2010

Reunion PLKN



assalammualaikum


Huwaaaa ! Semalam reunion PLKN kumpulan 3 siri 6 kat Mid Valley dan saya TAK DAPAT join koottttttt. Ni yang rasa macam %*&^@#$ sikit. Hahahahah ! OPS ! Hanida, sila gunakan perbendaharaan kata yang sopan. Okaaaaaaaayyyy =.='




Haaa. Walaupun tak ramai yang datang, tapi BEST koooootttt !!! :(( Dari kiri ialah si tough guy Naim yang pernah jadi penghulu kem, diikuti my cute twin Umi Naimah, penghuluwati yang tegas Know yang kadang² suka luahkan perasaan pada saya (hahahha) then kite ada Eha yang sanggup datang jaaaaauuuuuuh dari Manjung, Leyah yang pekat likat dengan slang sabah bah nya tu, Kakak kiroro yang mengendalikan reunion ini, cikgu Liana yang super duper sporting && our little kiut miss Akma


Yang saya tahu lagi yang join ialah Marissa with her dear Marvin, Topet, our ustaz Aky dan Loges bersama mummynya. Sweet kan ?


Haaa. See. Marvin berbaju putih, Topet di sebelah kanan and lovely Marissa belakang Marvin tuu. Diorang makan² kat McD then main boling pulaaaaakkkk ! Haish kerugian kali kedua. Naim, kalau kau baca ni, aku nak lawan dengan kau lagi ! Tak puas hati. Hari tu kita lawan kat alam, aku saje bagi can kat kau. Hahahaha ! Gelak kejam.



Haaa. Berbaju merah itu Loges. Teman sekatil masa PLKN dulu. Rinduuuu :(



Ohh dear twin, kamuu sangat comell ! (umi, kanan sekali) Bila nak datang Putrajaya lagi. Huuuu :(




Ni final score diorang agaknya. Eleh Naim, kalau aku ada memang dah lingkup dah kau. Hahahhaa ! Last but not least . . 





Oi oi. Korang ada pape ke ? Hurmmmm =.=' Hehehe. Best giler la korang kan dapat jumpa. Maap ampun sangat² sebab tak dapat join sebab saya agak *cough cough* sikit :(


Kalau korang baca ni, sorry ye kalau ada tersalah bahasa. Rindu korang sangat² ! Akma, sorry sebab cilok gambar ^_^ Selalu tengok korang pakai baju celoreng, t-shirt kebiru²-an. Tapi ni tengok korang dressing lawa² rasa janggal pulak. Hehehe. Semua cantik² and kacak² la kot. Nanti nak buat entry banyak² pasal PLKN laa. Rinduuuu sesangat.

Sekian :)


psssst : Naim, tolong lah shave misai kau. Geli aku tengok. HAHA ^_^