23 Nov 2010

Hajat



assalammualaikum


beberapa hari lagi menanti detik 19 tahun. HAHA ! orang lain semua dah 19, aku baru nak menjengah 19 dah hujung² tahun ni.




semua orang ada hajat or wish list masa birthday nanti kan ? tapi apa yang aku nak kongsi kali ni ialah hajat yang aku nak kecapi sebelum aku ...... =.=


1. Bungee Jumping



yes ! tak caya ? benda ni kalau dapat buat, perggggghhh, memang kacak la kan ! nak² pulak bungee jumping tu kat luar negara and korang tau tak ada 5 perfect places untuk bungee jumping.  meh aku share sikit.

a. Bloukrans River Bridge, South Africa



hambik kau. tak ke tinggi tu ? HAHA ! Bloukrans River Bridge ni merupakan lokasi bungee jumping ter-famous di dunia dengan ketinggian 216 meter. Manakala lompatan pula sepanjang 160 meter. Maybe panorama dan sungai yang cantik membuatkannya famous di kalangan jumpers :)


Bloukrans River Bridge deck

b. Verzasca Dam, Ticino, Switzerland



Lokasi bungee jumping tertinggi dan terpelik (bagi aku) di dunia. Yela sebab buat kat empangan. Cuba bayangkan tengah lompat pastu kepala korang terhantuk kaw² kat tembok tu. Pastu tembok tu retak lalu mengalirlah air yang diempang tu dengan derasnya dan menghanyutkan korang semua. *imaginasi melampaui batasan*

Dengan ketinggian 220 meter, dan kalau korang nak tau lokasi ni menjadi set pengambaran James Bond 007 tau. Dan pelancong menamakannya sebagai "007 Golden Eye". Tiba² lagu James Bond berlegar di otak =.=


mommy ! i don't want to die ! noooooo !

c. Victoria Falls Bridge, Zimbabwe



subhanallah. cantik kan ? aku paling suka ini ! sebab panorama yang sangat cantik :) tempat ni tak perlu diperkenalkan lagi sebab ianya berdekatan dengan kawasan air terjun terbesar di dunia. berketinggian 111 meter dari paras sungai Zambazi, jumpers melabelkannya sebagai lokasi ter-best untuk jumping ! wohoooo. best². nak kumpul duit 20 sen sehari mulai sekarang. dah cukup beribu² baru pergi. HAHA !




d. Bhote Kosi Bungee, Kathmandu, Nepal




selain terkenal dengan aktiviti kayak dan water crafting, kawasan ni famous dengan bungee jumping.




wooo. so syok ! :)


e. Great Canadian Bungee, Canada



okay lokasi ni cuma 20 minit je dari Ottawa (lagak macam tinggal kat ottawa je). Great Canadian Bungee merupakan yang tertinggi di Canada dan famous sebab ianya dekat dengan cliff. 



*********************

hajat seterusnya

2. Skydiving



hahaha. lagi sewel. tapi serious best weh. nak² masa honey moon nanti request nak pegi skydiving. mau botak kepala husband time tu sebab nak tanggung kos. HAHAH ! padan muka die. ^^ well, kat malaysia ada jugak indoor skydiving yang menggunakan hemat wind tunnel. tapi tak best la sebab terperap dalam tu je kan =,=




3. Naik Roller Coaster


yes ! aku tak pernah naik roller coaster sebab tinggi tak cukup. HAHAHA ! aku jujur okay. dulu pergi Cosmos World kat Time Square masa darjah 6 tapi dilarang masuk sebab ketika itu tinggi aku memang macam zirafah =.=




haaa yang ni la kat TS tu. tapi sekarang tinggi dah memadai cuma takde masa je nak pergi dan tiket masuk sudah mahal. sedangkan dalam tu bukannya banyak sangat games. sebab indoor theme park so terhad sikit. baik pergi Genting je kan ? naik roller coaster yang meniarap tu.




hehehe. teringat pulak game roller coaster tycoon yang tak abes main lagi sebab macam malas je. tengok la kalau ada usaha saya sambung main =.=


4. Daki Gunung Everest



subhanallah. ni kalau dapat buat memang, Ya Allah. besar nikmatnya. tapi memang memerlukan daya usaha yang jitu la kan ? training yang kuat, naik turun tangga berjuta kali, fitness test lagi. hesshh. tapi impian bukan angan² kan ? mudahan tercapai. Insya Allah :)


5. setelkan rubic


haiyooo. Aku reti buat 3 warna je la. dari dulu sampai sekarang tak setel lagi main benda alah ni. adik lelaki aku sangat takbur sebab boleh siapkan dalam masa seminit tanpa tengok dan aku rasa nak bagi penampar pakej sekali dengan penyepak kat die. (tanda protes) =,= Dah belajar dengan die tapi masih lagi fail. maybe aku takde bakat dalam rubik² ni tapi caiyok ida ! Aku nak cuba jugak !



kan senang macam ni. hehehhe :)


6. dapat Nobel Prize

apahal gelak ? mana la tau dapat Nobel Prize tentang environment awareness ke ? hhaaaa. so please stop gelak sekarang kalau tak nak kena cop mohor kat dahi masing² =.=


7. Naik kapal selam



va va vooom ! gempak babe ! glup.glup. hahaha. tapi aku risau tibe² kena serang dengan ikan jerung or dilanggar dek ikan paus gergasi tu. nanti jadi macam cerita Poisedon. semua mati kelemasan. hahaha.


8. Haji :)


ini sudah pasti setiap umat Islam wajib menunaikan jika berkemampuan. Insya Allah satu hari nanti :)




sorry ye. takde punchline menarik untuk entry kali ni =.= sekian :)





No comments: