14 Apr 2012

Victoria Sponge Cake




assalamualaikum


Hyeee yaalllsss. Bersama wealllsss dalam segmen masak masak memasakan ! Hehehehe. Cukup gedik dah. Okay hari yang sangat mendamaikan untuk mencuba resipi baru yang aku discovered dari you tube. Thanks to AllRecipes UK yang telah memberi aku ilham untuk terus mengasah bakat bakeri aku ini. :)




Bahannya pun mudah dan murah :


1. 150g tepuk naik sendiri (self raising flour)

2. 150g gula halus

3. 150g butter

4. 3 biji telur

5. 1/2 teaspoon esen vanila (aku main agak aje konon dah pro HAHA)

6. Whipped cream

7. Blueberry jam (actually strawberry tapi aku tak suka so tukar sikit)

Make sure timbang betul betul. Siapa yang takde penimbang, pinjam la jiran jiran punya (macam aku =.='). Jangan korang pakai penimbang berat badan sudah. Hikhikhik. 




Cara-cara (actually kalau klik link tadi lagi paham sebab dalam bentuk video) :

1. Ayak dahulu tepung naik sendiri

2. Masukkan SEMUA bahan untuk dikacau. Yes. Semua ye. Tapi satu persatu la jangan gelojoh campak semua. Hehe.

3. Kacau dalam 5-10 minit camtu. Pakai tenaga sendiri lagi senang sebab kalau pakai electric mixer, ada kemungkinan adunan akan overmix or ion ion negatif akan menyebabkan gelembung pada adunan (suka hati aku je nak hentam =.=')

4. Pastu buh la dalam acuan. Menurut video, dia guna dua separate acuan tapi aku buh sekali je pasal aku ada satu je acuan. So ikut kreativiti masing masing ye :)

5. Bake kek pada suhu 170 darjah celcius dalam 30-40 minit (ini bergantung pada saiz oven. kalau oven kecik lagi cepat kek masak sebab ruangan yang lebih kecil. So kena tengok-tengok kek masa tengah masak)

6. Dah masak ! Yeeppii ! Okay sejukkan dulu dalam 5 minit baru keluarkan dari acuan. 

7. Aku kerat kek pada 2 bahagian guna pisau roti tu ye. Jangan guna sebarangan pisau nanti hancur kek. Pada yang guna 2 acuan tu, takyah la na kerat pada dua. 

8. Between each part, spread over blueberry jam dulu pastu atas jam letak whipped cream. (macam buat burger)

9. Letak kek atas kek yang telah disapu blueberry jam dengan whipped cream tadi. 

10. Untuk cantikkan lagi, tabur gula halus atas permukaan kek. Dah boleh makan !




Ohhh ! I lapp you la oven ! Tanpamu siapalah daku. >.<


Thanks a lot of the ring Mira kerana menyumbangkan penimbang anda ! 


2 separated cake untuk spread jam & whipped cream :)


Menyapu nyapu blueberry. Tapi manis gila bak hang ! So letak sikt saje. 




TAAADAAA ! 


Walaupun indah kabar dari rupa (kek aku tak cantik macam gambar atas sekali) yang penting hati dan niat yang ikhlas ketika membuat kek. Eh ? Apakah ? Hahaha. Takde. Yang penting rasanya sodap ! So selamat mencoba ye. Dan sekarang, siapa nak habiskan kek aku ni ?? o.0







p/s : nak masakan anda lebih sedap, jangan lupa Basmalah dan selawat / istighfar sepanjang pembikinan masakan. InsyaAllah lebih sedap ! Jangan lupa pergi sini ye. Nanti kita belanja roti canai. Makceh ^_^