18 Apr 2012

Day 3 : 10 Things I Hate



sangat old school menggunakan Powerpoint =.='

1. Tauhu : Hurrm. Sorry aku tak suka rasanya yang agak raw dan macam takde rasa sangat. Kalau ada dalam mee rebus, mee jawa atau segala mee, aku tolak tepi la tauhu ni. Kalau tergigit, aku sanggup ludah balik. Euwww tak boleh la =.='


2. Nyanyuk : Aku ada penyakit nyanyuk yang agak kritikal tapi tak serius. HAHA ! Omputeh kata amnesia. Amnesia bagai. Aku benci betul kalau aku tak ingat aku letak mana barang barang yang nak dicari padahal depan mata je, boleh tak nampak lagi. =.=''


3. Bersepah : Standard la orang perempuan kan ? Aku punya level of tak suka bersepah sepah agak outstanding jugak. Walaupun aku budak studio-base yang hidup dalam kesepahan barang drawing, tapi aku tak suka dong !! Dulu kat sekolah aku la ratu sapu sampah. Walapun ada jadual bertugas tapi tiap pagi aku automatik nak menyapu. Alaa jadual bertugas tu pun buat cukup syarat je. Phew =.=


4. Pinjam barang : Ni pun agak biasa terjadi pada sekalian manusia. Peminjam barang yang dah pinjam barang pastu tak reti nak pulangkan barang yang dipinjam. Nak nak kalau pinjam alat drawing macam kurecolor, t-square, set square or mechanical pen. Hurm. Benda tu beratus ratus totalnya. Bayangkan la setiap sem aku tanggung kerugian beratus hilang barang drawing. Sedih pedih ! Tak nak bagi pinjam. buat muka sedih, aku pulak kesian tengok =.='


5. Mix & Match : Haih. Aku benci betul kalau nak keluar pastu nak mix & match baju ni dengan tudung warna apa, seluar macam mana pastu kasut nak warna apa. Kasut flat ke kasut tinggi ke. Ahh susah jadi perempuan tahu ? =.=''


6. Takde duit : Ni malas nak bebel panjang. Semua benda tak jalan kalau takde duit. =.='


7. Cerita seram : Uuuuuuuu. Aku penakut gila baq hang ! Tapi, lately ni aku macam okay je nak tengok wayang / cerita seram cuma jangan terkejut la kalau sepanjang masa aku tutup mata dengan handbag aku. Wahaha. yang bencinya bila malam malam nak tidur ha mula la teringat balik keseraman cerita seram tu. =.='


8. Marah : Hm. Jangan la buat aku marah. Aku pun benci tengok diri aku sendiri marah orang. Teruk. Aku lebih sanggup marah bergaduh bertumbuk daripada marah bertekak mulut. Sebab gaduh bertumbuk ni puas hati setel time tu jugak, gaduh mulut ha bertahun tak setel. Tapi aku perempuan so tak penah la lagi nak bertumbuk. Setakat hempas hempas barang tu, ha wajib buat. Pastu mula la rasa menyesal and fikir bodohnya tindakan aku tadi. Sampai kan pernah orang cakap aku garang. Sekarang ni kalau aku rasa nak marah cepat cepat amik wudhuk / kalau tandas jauh sangat aku minum air kosong saje. =.='


9. Lipas : BIG EUUUUWWWWWW ! Ya Allah tolong la. Kalau nak cabar aku tolong la cabar aku baring dalam bekas yang penuh dengan ular ke sotong ke daripada LIPAS ! Aku benci ! Kaki dia dah la melekat kuat pastu yang jenis terbang lagi aku benci. Pernah jadi kes lipas masuk dalam baju masa tidur masa kecik kecik so dari saat tu aku benci lipas ! Gelimat gelimat !! =.=''


10. AKU BENCI ENTRI 10 THINGS I HATE NI : sebab amik masa yang lama aku nak pikir dan sebenarnya tak banyak benda yang aku benci pun. Alhamdulillah habis pun segmen day three ni ! Phewww ~









p/s : Susunan tu mengikut ranking ye. Bukan main suka-suka je taruk :D

No comments: