4 Apr 2012

Hukum Memakai Celak





Soalan :

Apa hukum pemakaian celak bagi perempuan yang berniat ingin mengusir syaitan ? Adakah perbuatan ini boleh menimbulkan fitnah apabila bertemu dengan lelaki ?




Jawapan : 

Hukum memakai celak mata adalah harus sama ada bagi lelaki atau perempuan. Celak adalah perhiasan yang pernah dipakai Nabi Muhammad sebagaimana yang direkodkan dalam hadis Tirmizi dan Ibn Majah daripada Ibn Abbas yang bermaksud

" Pada diri nabi, ada tiga celak yang digunakan oleh beliau sebanyak tiga waktu."

Dalam hadis yang lain pula nabi berkata yang bermaksud, 

"Sesiapa yang memakai celak maka hendaklah dipakainya sebanyak tiga kali."

Sarjana Islam mentafsirkan 'sesiapa' dalam hadis itu termaksud juga kaum wanita. Sarjana Islam menetapkan harus memakai celak bagi lelaki ataupun perempuan dan tiada larangan memakainya melainkan pada ketika mengerjakan haji iaitu makhruh hukumnya. 

Perlu diingatkan perhiasan yang dilarang ke atas kaum wanita itu bukannya celak, tetapi alat-alat solek seperti gincu, pemerah pipi, dan seumpamanya yang banyak terdapat pada hari ini. Alat-alat solek ini adalah perhiasan yang banyak menimbulkan fitnah kepada kaum lelaki.


(Rujukan Kitab al-Mufassol Dr. Abdul Karim Zaidan juzuk 3 muka surat 354)