Showing posts with label 10 days challenge. Show all posts
Showing posts with label 10 days challenge. Show all posts

28 Apr 2012

Day Ten : 10 Final Words



assalamualaikum




1. Aku dapat jugak update entri melalui segmen 10 hari ni sebab kadang kadang takde idea langsung nak menaip apa dalam sehari.

2. Dapat share serba serbi pasal diri aku.

3. Kesian korang kena baca panjang panjang apa yang aku taip.

4. Hari yang paling susah ialah Day 3 : 10 Things I Hate sebab aku sendiri tak tahu benda / perkara apa yang aku benci.

5. Aku selalu update segmen 10 hari ni tengah tengah malam.

6. Dan kadang kadang terskip sehari sebab lupa / malas nak update.

7. Korang nak buat jugak segmen macam ni buat la okay ? Tapi kena ada kesungguhan. Cewahhh.

8. Oh segala maklumat pasal aku tak semestinya 100% sahih ye sebab kadang kadang main hentam kromo je sebab nak cepat siap.

9. Yeayyy dah nak habis !

10. Aku suka purple lebih sikit dari pink. Sekian :)

26 Apr 2012

Day 9 : 10 Ways To Win My Heart



assalamualaikum


Actually aku tak tahu 10 ways to win my heart ni perlu ditujukan pada siapa. Bila kita baca macam tuju pada guys kan ? Tapi nayyyy aku nak tuju pada umum la. Huehuehue :)




1. TEGAS : Tegas bukan bermakna garang. Aku kagum dengan orang yang tegas pendirian dan setiap keputusan yang dia nak decide. Yang aku ni pulak bukan tegas tapi garang especially bila stress. Maap ye kawan kawan yang pernah kena aumm dengan aku =.='


2. SOPAN SANTUN : Disebabkan aku ni tak cukup sopan santun, maka aku suka someone yang penuh kesopanan dan kesusilaan :)


3. PERAMAH : Aku ni pun peramah jugak cuma ramah aku ada limit. Aku suka berkawan dengan orang yang peramah sebabnya aku ada kawan berceloteh. Hehehe.


4. BIJAK : Bijak pandai cerdik sama je la. Bijak ni pun perlu juga walaupun someone tu tak sebijak Dr. Sheik Muszaphar. Asalkan bijak mengatur kehidupan sendiri dan buat aku kagum dengan kebijaksanaan korang, cukup la. Boleh aku cedok ilmu yang dikongsi. Ewahhh ~


5. TINGGI : Aku suka berkawan dengan orang yang tinggi tinggi sebab nanti aku boleh feeling aku paling cute sekali sebab aku tak tinggi. HAHAHA ! Kalau tak caya korang boleh rujuk entry ni pasal ke'tinggi'an aku :)


6. SUKA BERJALAN : Aku ni kaki berjalan sebab ada tahi lalat kat kaki tu yang buat aku kuat berjalan. Hehe. Aku akan berasa sangat selesa dan senang hati bila dapat berkawan dengan orang yang tak kisah untuk berjalan jauh dan tak kisah dengan cuaca panas terik :)


7. MINAT KARTUN : Aku suka kartun. Kecuali anime yang agak double meaning or susah nak paham. Kesimpulannya aku suka kartun Disney especialy Disney Princesses sebab aku dibesarkan dengan cerita cerita tu. HEHEHE !


8. TAHAN CELOTEH : Aku punya merapu takyah kira sampai tahap mana. Teruk. Kadang kadang benda dah lapuk berzaman aku story balik, benda orang tak minat nak dengar aku story jugak. Aku tengah usaha untuk talk less & think more sekarang. Chaiyoookk !


okay no 9 & 10 ni aku fokuskan lebih untuk Mr Right (la kan) aku. InsyaAllah :)


9. KONTRA : Aku takde la choosy sangat tapi aku suka someone yang perangai dan minatnya agak kontra dari aku. Taknak la totally 100% kontra kan nanti asyik gaduh cakar cakar tarik rambut pulak bila nikah nanti. TEEHEEE ! 


10. IMAM : Menjadi impian setiap wanita untuk bersuamikan seseorang yang boleh jadi imam pada diri dia sendiri, isterinya, seisi keluarganya dan yang paling penting, future children. Bila perkataan 'imam' muncul, bagi aku ianya bermaksud seorang yang cukup agamanya untuk at least pimpin isteri dan anak anak ke arah kebaikan. Umur dah 21 so kena fikir masa depan dah sekarang :)









p/s : Heyyy, aku boleh berkawan dengan semua la. Cuma dengan lelaki banyak batasnya ye :)

25 Apr 2012

Day Eight : 10 Of My Favourite Song



assalamualaikum


Kejap je segmen 10 ni nak habis. (padahal aku selalu lupa nak post dalam satu dua hari lepas kalau tak dah setel dah segmen ni) Anyway, hari ni pasal lagu. Jenuh jugak aku nak pilih fav songs aku =.='


1. TEMAN SEJATI : Jangan tanya kenapa sebab bagi aku lagu ni cukup sentimental value dan menyentuh rohani. Setiap kali pengalaman aku pergi camping / kolokium / perhimpunan mesti ada lagu ni and aku jadi cukup emosi sampai boleh menangis sob sob sob >.<

2. 1 MALAYSIA (versi LimKokWing) : Patriotik kan aku ? Aku memang seorang patriotik kalau korang nak tahu la. Dan aku mula jatuh hati pada lagu ni masa pergi PLKN. Aku pergi PLKN. Youuuuallllssss ada ? Hehehe. Kitorang dulu nyanyi lagu ni semngat gila siap boleh menangis tahu ? (Apsal lagu aku semua nak emosional saje)

3. GRENADE : kalau kat studio, aku pasang headphone pastu volume paling kuat pastu nyanyi teriak teriak lagu ni (ni masa zaman jahiliah) tapi sekarang aku nyanyi dalam hati saje. =.='

4. ROLLING IN THE DEEP (versi Maddi Jane) : Baru je lately ni aku minat. Tapi tak reti nak nyanyi high pitch macam dia so macam biasa la nyanyi dalam hati =.='

5. ANOTHER ONE BITE OF THE DUST : Lagu Queen cek oii. Hehehe. Tak tau kenapa & macam mana boleh terminat. Maybe sebab lirik dia yang simple and light rock. Haha. Rock pun ada yang ringan eh >.<

6. I'LL BE WAITING FOR YOU (boys over flower) : Okay pengaruh korea & kawan. Hehehe. Lagu ni sedih tapi takde la sampai boleh menangis. Masih boleh bertolak ansur la nak nangis or tak. Haha.

7. KONAYUKI (one litre of tears) : Sedih. Cerita ni sedih dan lagu ni pun sedih. First time aku tengok cerita ni satu kotak tisu habis. Serius aku tak tipu ! Dah la time tu tengok sorang-sorang kat hostel tak tidur satu malam sebab takut sangat nak tidur, so layan cerita ni. Uhuuuu sedih !

8. MENANTI CINTA (ketika cinta bertasbih) : Sedap je dengar lagu ni bila tengok cerita Ketika Cinta Bertasbih pastu melayang berangan macam kita la heroin dalam cerita tu. Adoi nida =.='

9. ISTIKHARAH CINTA : Lirik dia yang cukup mendalam betu betul menyentuh perasaan aku. Dengar lagu lagu damai camni boleh buat aku berfikir & muhasabah diri :)

10. MARI BERSOLAT : Lagu Raihan ! Siapa tak pernah tak suka lagu kumpulan Raihan kan ? Dari kecik sampai sekarang aku setia dengar semua lagu Raihan tapi ni yang antara yang aku suka sebab liriknya bersahaja tetapi mudah difahami dan menggalakkan budak budak kecik untuk bersolat :)

Banyak je sebenarnya lagu yang best. Tak boleh nak pilih pun. Sebab lagu fav akan sentiasa berubah jugak ikut musim & mood. TEHEE !

24 Apr 2012

Day 7 : 10 Important People



1. Ayah

2. Ibu

3. Angah

4. Anip

5. Mira 

6. Fiza

7. Anis

8. BF masa sekolah

9. My studio-mates

10. Mr. You Know Who










p/s : Hari ni aku sakit teruk. Tidur memanjang seharian dah boleh memecahkan rekod tidur seekor beruang koala di Aussie. :'(

23 Apr 2012

Day 6 : 10 Items I Can't Live Without






1. OXYGEN : Takyah explain. Semua dah tahu fungsi elemen ini. :)


2. WALLET : Haha. Aku guna wallet bukan purse ye. Aku tak reti nak guna purse yang panjang panjang tu sebab nanti resit yang banyak daripada duit. =.=' So dalam wallet lengkap la semua kelengkapan IC, lesen, kad bank dan ofkos duit.


3.  LIP ICE : I'm not trying to be so girly here. Tapi bibir aku memang cepat kering dan kena la guna lip ice selalu kan. Sob sob sob.


4. JAM TANGAN : Ini kalau takde lintang pukang hidup seharian. Rasa tangan ni ringan & macam tak pakai baju kalau aku terlupa pakai jam. Kalau aku dah keluar rumah, sanggup patah balik amik jam (kalau tak jauh daru rumah) ^_^


5. MAKANAN : Ini ialah jawapan standard bagi manusia normal macam aku (highlight lebih pada kepci sebab aku suka makan kepci) ^_^


6. DUIT : Takde duit macam mana nak beli benda benda lain. Okay ? NEXT !


7. KAMERA : Benda selalu ada dalam handbag. Actually takde la compulsary sangat cuma rasa macam memang needed la benda ni. Sebab bagi aku setiap masa aku nak capture moment tu dan abadikan sepanjang hayat dalam external aku. Hehe. Tak semua gambar meroyan nak upload dalam FB okay =.='


8. LAPTOP : Okay. Masa sekarang benda alah ini sudah menjadi alat wajib bagi setiap isi rumah. Perrghh. Isi rumah bagai. Especially student la. Setiap sorang ada paling kurang netbook. Then senang nak pesbuk pesbuk dengan orang. Seriously aku jarang dah guna handphone sejak ada pesbuk.


9. BROADBAND : Terima kasih ayah sebab bagi akak broadband ni. Tinggal kat perak jangan harap nak dapat line internet yang cemerlang. Terima kasih kepada celcom kerana memberi peluang keemasan ini kepada saya (macam iklan kan ?) Kesimpulannya tanpa broadband siapalah laptop :p


10. AL-QURAN : My perfect diary & reference :)

21 Apr 2012

Day 5 : 10 Wishes



assalamualaikum


OKAY ! Semalam aku LUPA GILA nak update day 5 punya ding dong. Ayoyoyoyoyo. Haa takpe la. Tak salah besar pun kan ? Huehuehueh ^_^




1. KEPCI : Kalau boleh aku nak kediaman aku dekat dengan kepci. Tak kisah la kat kampus ke, rumah sewa ke or rumah sendiri. Tapi kampus aku memang kepci dekat jugak la dan sebab tu tiap minggu aku wajib makan kepci. Hehehe. Hopefully kediaman masa depan pun ada kepci berdekatan. Nom nom nom. 


2. RUMAH : Aku ni agak bercitarasa tinggi. Nak rumah moden kontemporari aje. Huahuahua. Lagi syiok kalau rumah tu lakeside view. Pastu ada laman sendiri ada pergola and mini water feature. Boleh feeling feeling home country sikit. Hehehe.


3. DAPUR : Lepas dah ada rumah yang selesa dan sophisticated (puiii), maka aku nak dapur aku macam dalam gambar ! Aku tak kisah ruang lain dalam rumah kecik asalkan dapur besarr punyaaa ! And aku nak dapur aku ada 'island' macam tu sebab aku nak buat kek banyak banyak. HAHA !


4. REXTON : Dah puas hati ada rumah, baru cari kereta. Kereta pun taknak kalah nak Ssanyong Rexton. Alaa baru 170k termasuk insuran. Huehuehue ! Aku minat kereta 4WD / kereta tinggi sebab aku ni pendek! =.='


5. TREADMILL : Haa. Satu lagi benda wajib yang aku nak dalam rumah aku nanti. Kalau kalau aku malas tahap badak sumbu, aku exercise jela dalam rumah. Beli Takasima boleh feeling feeling macam bawak kereta F1 macam Amy Mastura. >.<


6. DRAWING TABLE : Konon nak eksyen la aku ni pandai sangat melukis. =.=' Mana la tahu rezeki masa hadapan aku kerja dengan firm, kena la prepare drawing table satu ! Ohh pastu boleh la tidur atas drawing table macam selalu. Hahaha. 


7. MARU : Ehh silap. Meooww. Aku nak kucing. Macam dalam wish list aku kat sidebar. Aku dah lama tak bela kucing since aku duduk apartment. Menyukarkan aku nak membela kucing. Dapat bela kucing jalanan pun jadi la. Sobsobsob. Ohh MARU kuicng jepun yang sangat adorable ! Purrrrr ~


8. 25 TAHUN : InsyaAllah by umur 25 dah kena nikah ! Hehe. Gatai. Bukan apa. Nanti wish wish yang lain InsyaAllah boleh dicapai slowly bila dah nikah :)


9. LADAKH : InsyaAllah kalau panjang umur ada rezeki lebih aku nak sangat pegi Ladakh, India. Tempat dia Subhanallah. Sungguh cantik. Belum pergi lagi aku dah jatuh cinta dengan Ladakh especially bila aku tengok cerita Krissh dengan 3 Idiots. Pengaruh hindustan ^_^


10. UMRAH & HAJI : InsyaAllah sebelum menghembuskan nafas terakhir, ini adalah impian dan matlamat dunia akhirat bagi setiap Muslim seantero dunia begitu juga aku :)







p/s : Wish list ini ialah long-term punya. Yang dekat sidebar tu short-term. Hehehe :)

19 Apr 2012

Day 4 : 10 Things I want To Say To One Person



Err okay ini susah dan sangat awkward =.='


1. Err. Hello?

2. Sihat ?

3. Bagus la. Hehe.

4. Dah makan ?

5. Study macam mana ?

6. Ohh bagus la tu.

7. Err itew maluw la. Hikhikhik (gelak sipu sipu tutup mulut)

8. Okay belajar rajin rajin ye.

9. Semoga jadi CEO kat Petronas. Hehe.

10. Assalamualaikum ^^



Reaaaallllyy awkward. =.='

18 Apr 2012

Day 3 : 10 Things I Hate



sangat old school menggunakan Powerpoint =.='

1. Tauhu : Hurrm. Sorry aku tak suka rasanya yang agak raw dan macam takde rasa sangat. Kalau ada dalam mee rebus, mee jawa atau segala mee, aku tolak tepi la tauhu ni. Kalau tergigit, aku sanggup ludah balik. Euwww tak boleh la =.='


2. Nyanyuk : Aku ada penyakit nyanyuk yang agak kritikal tapi tak serius. HAHA ! Omputeh kata amnesia. Amnesia bagai. Aku benci betul kalau aku tak ingat aku letak mana barang barang yang nak dicari padahal depan mata je, boleh tak nampak lagi. =.=''


3. Bersepah : Standard la orang perempuan kan ? Aku punya level of tak suka bersepah sepah agak outstanding jugak. Walaupun aku budak studio-base yang hidup dalam kesepahan barang drawing, tapi aku tak suka dong !! Dulu kat sekolah aku la ratu sapu sampah. Walapun ada jadual bertugas tapi tiap pagi aku automatik nak menyapu. Alaa jadual bertugas tu pun buat cukup syarat je. Phew =.=


4. Pinjam barang : Ni pun agak biasa terjadi pada sekalian manusia. Peminjam barang yang dah pinjam barang pastu tak reti nak pulangkan barang yang dipinjam. Nak nak kalau pinjam alat drawing macam kurecolor, t-square, set square or mechanical pen. Hurm. Benda tu beratus ratus totalnya. Bayangkan la setiap sem aku tanggung kerugian beratus hilang barang drawing. Sedih pedih ! Tak nak bagi pinjam. buat muka sedih, aku pulak kesian tengok =.='


5. Mix & Match : Haih. Aku benci betul kalau nak keluar pastu nak mix & match baju ni dengan tudung warna apa, seluar macam mana pastu kasut nak warna apa. Kasut flat ke kasut tinggi ke. Ahh susah jadi perempuan tahu ? =.=''


6. Takde duit : Ni malas nak bebel panjang. Semua benda tak jalan kalau takde duit. =.='


7. Cerita seram : Uuuuuuuu. Aku penakut gila baq hang ! Tapi, lately ni aku macam okay je nak tengok wayang / cerita seram cuma jangan terkejut la kalau sepanjang masa aku tutup mata dengan handbag aku. Wahaha. yang bencinya bila malam malam nak tidur ha mula la teringat balik keseraman cerita seram tu. =.='


8. Marah : Hm. Jangan la buat aku marah. Aku pun benci tengok diri aku sendiri marah orang. Teruk. Aku lebih sanggup marah bergaduh bertumbuk daripada marah bertekak mulut. Sebab gaduh bertumbuk ni puas hati setel time tu jugak, gaduh mulut ha bertahun tak setel. Tapi aku perempuan so tak penah la lagi nak bertumbuk. Setakat hempas hempas barang tu, ha wajib buat. Pastu mula la rasa menyesal and fikir bodohnya tindakan aku tadi. Sampai kan pernah orang cakap aku garang. Sekarang ni kalau aku rasa nak marah cepat cepat amik wudhuk / kalau tandas jauh sangat aku minum air kosong saje. =.='


9. Lipas : BIG EUUUUWWWWWW ! Ya Allah tolong la. Kalau nak cabar aku tolong la cabar aku baring dalam bekas yang penuh dengan ular ke sotong ke daripada LIPAS ! Aku benci ! Kaki dia dah la melekat kuat pastu yang jenis terbang lagi aku benci. Pernah jadi kes lipas masuk dalam baju masa tidur masa kecik kecik so dari saat tu aku benci lipas ! Gelimat gelimat !! =.=''


10. AKU BENCI ENTRI 10 THINGS I HATE NI : sebab amik masa yang lama aku nak pikir dan sebenarnya tak banyak benda yang aku benci pun. Alhamdulillah habis pun segmen day three ni ! Phewww ~









p/s : Susunan tu mengikut ranking ye. Bukan main suka-suka je taruk :D

17 Apr 2012

Day Two : 10 Things I Love



assalamualaikum



Okay sambung segmen 10 hari ye so hari kedua ni benda yang disukai. Huahuahua.


1. Astro Warna : Thanks a lot of the rings pada Astro Warna sebab bagi soul balik kat aku. Haiihh. Takde Astro Warna ni aku rasa suram lah hari hari aku seharian. Eh ? Hahahha. Raja Lawak, Maharaja Lawak, Maharaja Lawak Mega, Spontan, Super Spontan, Berita Hangit etc. Lagipun, benda berbayar, kalau tak seronok jugak, hempuk je piring astro tu.

2. Kamera : Ni kawan kawan family saudara mara semua tahu la yang aku memang selalu bertukar kamera. HAHA ! Maksudnya aku suka kamera. Aku takdela expert sangat photoshoot ni tapi aku tetap suka mengambil gambar. Olympus, Kodak, Samsung, Fujifilm & Canon antara jenama yang aku pernah guna. Sekarang aim Fujifilm Instax & Nikon J1 tu. Winkwink !


3. Budak budak : Awwww I TOTALLY LOVE KIDS ! Disebabkan ibu aku dah 11 tahun babysitting kat rumah ni, secara tak langsung aku suka KIDS & BABIES ! Kalau jumpa mana mana budak kat shopping complex or mana mana pun, aku akan senyum senyum pastu main aucak jugak la. Dan aku pun diam diam dah ada kemahiran menjaga bayi. Hahaha.


4. Duit Syiling : Aku pengumpul duit syiling sejak lately ni. Ada la dalam 1 jar, 2 mug dan 1 cawan kecik penuh dengan duit syiling. Yang cawan kecik aku khaskan untuk coins obersea. Coins ni pun aku akan guna bila desperate gila gila ! Haa menabung cara lama. Hikhik.


5. Kasut : Ahhhh ! Aku tak tahu la perempuan mana yang tak suka kasut kecuali tomboy / pengkid. Huhu. Ada la dalam berpuluh kasut aku ada kat rumah sekarang. Nanti ada rumah sendiri aku nak beli wardrobe khas untuk KASUT ! Even kalau nampak orang lalu lalang, mata aku tertumpu pada kasut diorang pakai. HAHAHA !


6. Baking : Ohh ni dah lama minat buat tapi lately ni makin rancak aku ber-baking. Pastu dapat sambutan menggalakkan dari membe, family, staf kat office, junior, senior even lecturers ! Gempak kot sampai lecturer pun arahkan suruh bawak kek masuk sem 6 nanti. Alhamdulillah :)


7. Roti : So disebabkan aku suka baking, mungkin la aku suka makan roti. Orang lain makanan ruji ialah nasi tapi aku punya ialah roti. Pernah sampai berbulan aku tak makan nasi, aku replace dengan roti. 1 buku roti boleh la habis dalam 2 hari aku sorang je makan. Kalau ayah aku masak paprik or tomyam, aku lebih rela makan dengan roti instead of nasi. Wehehe ^^


8. Meowww : Ohh ohhh semua kenalan aku pun tahu aku suka kucing !! Kucing gemok, kurus, gedempol, kurap, garang, jinak semua suka la ! Janji kucing. Kalau boleh kucing liar kat hutan tu pun aku nak bela. Termasuk singa, harimau, cheetah, leopard. Haiihh comel comel :D


9. Shah Iskandar : Auwww. Sejak tengok Atas Nama Cinta, semakin rancak pulak dia ni berlakon kat TV3. Dulu selalu under Skop Produnctions kat TV1 malangnya aku jarang tengok TV1. Dia bukan hansem dah tapi macho gila ! Awww awwww :P


10. Boboi : Ahhh. Hadiah hari jadi ke 20. Sekarang dah leper dan masam. Hahaha. Nak mandi kan dia tapi nanti bila nak keringkan mesti berhari hari sebab dia bersaiz besar. Nanti nak peluk apa masa nak tidur. Hehehe :D

:face60:

16 Apr 2012

10 days challenge !

assalamualaikum


Aku sahut cabaran Amoi Rojak Story untuk 10 days challenge. Muahahhaa. Actually bukanlah challenge sangat pun. Lebih kepada segmen santai santai gitu. Sepanjang 10 hari kena update entry pasal diri sendiri dan setiap entry WAJIB COMPULSARY MUST ada 10 perkara sahaja. Itulah significant 10 days challenge. Hehe :)