24 Oct 2010

Ceritera Orang Pendek



assalammualaikum

choooi. macam hina je pendek tu. tukar sikit.

" ceritera orang rendah "


wuuuh. penuh tatasusila dan tatabahasa yang sangat A+ ! okay. apa yang buat aku terdetik sangat nak post entry cam gini ? haaa. pada yang dah tau, buat2 paham je la ehh. 
ciri2 orang pendek macam aku :


1. tinggi : 149cm ( tak tipu okay )
2. berat antara 40 - 45 kg ( haa. yang ni tipu ) ^^
3. comel, anggun, molek, comel, cantik, ayu, comel etc.


wakakakaka ! bukan apa. kadang2 seharian memikirkan kenapa ketinggian ku ini memberi satu keistimewaan pada diriku. ahaks ! ayat terabur nak bagai. okay cool ida. fuhh ! ada la banyak contoh bukan contoh pun, tapi real life aku yang membuatkan aku pikir tak sia2 jadi orang pendek ni. mengikut kronologi dan antologi, ibu ayah aku memang insan yang comel lote. tak caya ?


akak.angah.ibu.ayah.anep

haaa kan. tak tipu punya. tengok ketinggian macam dah disusun. hahaha ! dulu masa kecik2, darjah2, pernah jugak marah diri sendiri kenapa tinggi tak bercambah ni ? ehh silap. bertambah. serius kot dari form 1 sampai sekarang tu la tingginya. masa belajar science dulu kitaran tumbesaran perempuan akan stop boost masa umur 13-14 tahun. yang lelaki pulak umur 15 baru nak boost up. so tak boleh nak bahan ketawa budak lelaki dah sekarang. masa darjah 5,6 dulu, pergggh ! kami yang perempuan berjalan bagai America's Next Top Model nyaaah. takat buli budak lelaki, sebelah tangan je. nak2 kenakan si Ezzul dengan Amin. okay korang tak kenal. 
abai.abai.


berikut adalah senarai keistimewaan orang pendek :

- berjalan dengan megah lagi takbur di bawah ampaian asrama -


okay perangai ni sangat tak elok kalau ikut pantang larang orang melayu. kata orang dulu2, jangan lalu bawah ampaian terutama maghrib. kenapa ? tanya la parents korang. aku ni budak zaman sekarang. HAHA ! kalau tengok kawan2 yang tinggi lampai macam Tyra Banks tu memang tak sah la kalau tak terhantuk kat ampaian. dan aku dengan tersipu2 nya gelak dengan penuh keayuan ^^

- senang nak cari saiz baju, seluar terutama KASUT ! -


okay. aku memang shoe-a-holic ( ada ke istilah ni ) serius wehh. tak tipu korang punya. kat hostel ada 8 pasang kasut. kat rumah ada lagi berbelas.

yang ni tipu. koleksi kasut saya dan Isma ( roomate sem 1 )

al-maklum laa. kaki saiz lima je brader. memang senang nak cari la kan ? pegi kedai bata je, ye dik nak cari kasut sekolah ye ? pengawas ke ? kaki adik ni saiz berapa ? akak tolong carikan ek. WOW ! mana tak berbunga hati ni. setengah orang memang dah nak kena lempang (tiru ayat member) akak tu. tapi aku ni open minded nak2 yang puji umur aku ni belasan tahun lagi. hahahah ! hajat asal nak beli heels la konon. tapi duk belek punya belek tiba2 ternampak kasut brand ni


hahahah ! apa lagi ida ? cuba jangan tak cuba ! muat okay ? akak kat kedai tu ada la terlopong 5 saat cam tu. hehe. sungguh ku tak mampu menahan rindu ! ahh ! ahh ! okay ida. nonsense


- lalu lalang kat rumah jiran kena interview -


haa dik ya ! (gelaran kat neighbourhood ) darjah berapa dah ? dah pmr ke ? pergggh ! lagi awet muda kot. hahaha. pernah 2,3 kali kena soal macam ni. rasanya 3 bulan lepas dah jawab soalan yang sama kat jiran yang sorang ni. tapi tak makan ginkgo biloba (supplement untuk kuatkan minda) agaknya so dengan hemah dan penuh bergaya saya menjawab 

"makcik, saya dah semester dua pelajar fakulti senibina (market jap) kat UiTM Perak"

makcik tu pun menjawab

"haa. pandai kau melawak. PMR dapat berapa?"

bush ! tak caya lagi makcik ni ? lalu aku berkata. dalam hati berbisik, takpe la ida memang awak awet muda kan ? gerutu ku bersendirian sambil menguntum senyuman yang manis ^^


- jalan dengan kawan2 orang anggap budak sekolah -


yang ni memang tidak boleh disangkal lagi la kan. mana taknya kawan dengan zirafah, memang orang pandang rendah la kan. hahaha. nak2 lagi kalau lintas jalan. member siap cakap lagi
" okay ida. tengok kiri tengok kanan. jom kita melintas "
yang tak boleh belah siap pimpin tangan. apa kes ? memandangkan aku selalu jadi bongsu dalam kalangan member, so endah tak endah je la. kadang2 suka dilayan macam tu. aku ni sulung. tak pernah merasa jadi bongsu. so dengan member2 je la manja terlebih sikit. hehe. ada la seseorang ni berkata begini :

"sbb awk rendah,sng nk pndg.pndg2 awk eh,dh pndg smpai kaki"

okay petikan di atas memang tak diedit ye. diambil petak2 dari inbox XpressMusic (market lagi) aku. bila baca takde rasa marah pun tapi macam kelakar tu ada. betul jugak katanya tu. ahaks ! tambah lagi kalau jalan sebelah incik Canada. tinggi die woooo mencecah langit. ada la dalam 170++ cm ye dak ? aku selalu cakap dengan die kalau kita jalan sebelah2 orang nak hairan apa ? orang tengok kita macam adik dengan abangnya kan ? nak2 adik tu mengada2 pulak. HAHA ! tersenyum sipu incik aku tu. begitu bangga mendapat title "abang" 



- dapat gelaran yang best2 -


budak kecik, budak sekolah, budak tadika, teletubbies, kanak2 ribena. apa lagi eh ? tak ingat wok. yang ni memang kembang tak kempis2 dah kalau dengar. apa yang tak kena entah dengar hormon aku tapi bila orang panggil guna gelaran2 kat atas, aku jadi gumbira. nak2 yang budak kecik dengan teletubbies. kalau ada je yang geram kat aku mesti cakap camni

"heshh budak kecik ni. nak kena. nasib baik kecik"

hohohoho ! kan aku dah cakap saya ni comel lagi molek so orang kena pikir 10 kali la kalau nak buat jahat kat aku. ( okay sangat takbur idaa ) pastu yang teletubbies tu aku dipanggilnya Po. Po yang kecik sekali tu warna merah jambu sikit. alaaaaa takkan tak ingat ? fineee nah !



tak puas hati pulak letak satu je. naaah lagi satu ^^



hahaha. all time favourite punya cite budak2 ni. eeeooouuuuhhh. style tu aku dengan Paten je reti tiru. ngeee.
ada banyak lagi keistimewaan yang lain tapi macam biasa la. benda kalau tak ingat nak tulis kat blog, berpusu2 dalam kepala otak. tapi bila nak buat coretan, lari lintang pukang idea tu. kalau ada yang terasa, ampun dan maaf dipinta. saya memang sesungguhnya tidak sengaja :)


pssssst : kerana dirimu begitu beharga ( apa hal pulak ni ? )


Sekian :)

  

No comments: