assalammualaikum
Ini memang berita terbaru. Aku baca kat status junior aku. Katanya Puan Suzana meninggal sebab accident. Dia suruh sebarkan. Mula-mula aku baca, aku terkedu. Jantung berdegup kencang. Tangan akau menggigil-gigil. Aku terus jerit panggil adik perempuan aku. Aku tanya dia Puan Suzana ni yang ni yang tu kan ? Dia kata ye. Aku terkedu lagi. Innalillah.
Tapi masa tu aku tak sebarkan lagi sebab aku nak confirmkan dulu. Sampai la adik lelaki aku cakap dia kat Presint 11 which is rumah cikgu tu. So aku syak confirm la tu. Aku pasrah. Walaupun aku tak rapat dengan cikgu, tapi dia memang sangat pemes kalangan students. Dia sangat tegas tapi pada waktu tertentu dia boleh jadi kawan sebaya kitorang. Antara kawan aku yang rapat dengan dia, si Isha. Bila dia dapat tau aku dapat rasa macam mana kesedihan dia. Dalam batch kitorang dia dengan sorang lagi, Izzati yang suka nyakat dia. What a sweet memory :')
Malangnya aku takde gambar dia untuk tunjuk kat sini and dalam FB sebab ada certain kawan-kawan aku lupa muka dia. Maklum la dah 2 tahun tinggalkan sekolah. So, aku dengan ex ketua pengawas, Afiq and kawan-kawan lain rancang nak pegi sekolah esok sebab setiap jumaat ada bacaan yassin awal pagi sebelum kelas mula.
Alhamdulillah. Walaupun perancangan last minit, mendapat sambutan dari kawan-kawan. Kitorang akan pergi bacaan yassin esok. InsyaAllah. Al-Fatihah buat guru kesayangan semua.
No comments:
Post a Comment