25 May 2011

Macam Biasa



assalammualaikum


25 Mei 2011. Result UiTM keluar. Macam biasa. Students UiTM akan bergelut sesama sendiri untuk cek result and korang yang bukan UiTM-ians jangan rasa meluat tengok kitorang post pasal result kat FB tu. Well, students UiTM berpuluh ribu pulak. Hehehe. Aku tak tau pulak dah boleh cek tengah malam macam ni. Biasa aku cek the next day after result keluar. Konon nak hilang nerbes. Hehehe.


Alhamdulillah. Tu aku mampu ucapkan. Aku berjaya prove it walaupun aku banyak main². Kalau aku main² pun dapat result camni, cuba kalau aku tak main². Mesti lagi tinggi. Ehh. Aku bukan nak riak. Aku cuma menyesal. Tapi, oh well. Benda dah lepas. Aku bersyukur. Alhamdulillah, syukur :') 


Aku dah start rasa lega bila lecturer aku hantar mesej kat aku cakap congrats tapi dia suruh improve lagi. Yup. Aku setuju dengan nasihat dia sebab memang seriously aku tak serius sem lepas. Tak seserius sem satu. Hahaha. InsyaAllah aku akan improve and insyaAllah kejayaan yang sama akan berulang lagi sem depan. :)


Well as for now, aku boleh tidur lena. Takde nightmare yang aku repeat subject. Mengarut je mimpi aku. Ngeri betul. Hehehe. Tapi sekarang aku risau sebab aku belum cari tempat praktikal. Hessshhh. Takut pulak nak praktikal ni sebab kena praktikkan apa yang telah dipraktik semasa kuliah. Ok. Well done me ! Syabas Nur Hanida ! :)




p/s : Yeaaaaaaay ! Esok ronggeng kat KL ! 


No comments: