18 Jun 2011

Trip To Kuala Kangsar



assalammualaikum


Aku dah cakap kan dua kali aku pegi KK. Kali ni untuk lawatan tapak bagi projek studio. Aku pegi 4 hari 13-16 Jun 2011. Gabung studio A dengan studio B. Kami tinggal kat Perak Safari Resort sebelah je dengan Sungai Perak. 


Bertolak dari kampus dalam pukul 9 and sampai dalam pukul 10. Sampai-sampai je terus buat kerja. Tapak kami berkeluasan hampir 350 ekar kalau tak silap aku. And dibahagikan kepada 5 zon. First day aku dapat zon 4. Takyah tahu la ye zon 4 tu kat mana. 




Ni la Pusat Bandar Kuala Kangsar. Well hari first takde apa sangat. Just survey, catat, amik gambar. Aku ketua bagi sektor rekabentuk bandar. Memandangkan zon 4 bukan lah pusat bandar, so aku tak fokus sangat kat sektor aku. Aku tolong budak sektor guna tanah amik gambar. Kerja selesai dalam pukul 5 petang. Pastu ada taklimat sikit dari PM Md. Noor masa kat resort sebelum balik berehat.


budak zon 4


Hari kedua, ada taklimat dekat Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK). Berbaju kurung ayu dan manis aku pada pagi selasa tu. Hehehe. Budak dorm aku bangun paling awal. Boleh kata hari-hari budak dorm aku paling punctual sekali. So kami melenggang ke kedai makan terdekat which is aku rasa ada la dalam 500 meter. Lepas makan, sambil tunggu bas, amik gambar dulu and lepak-lepak tepi Sungai Perak. 









Punya la tunggu bas hampir sejam. Pastu baru kami tau yang MPKK tu sejengkal je dari tempat kami lepak. Kalau tau baik jalan kaki, kompom dah lama sampai. Taklimat disampaikan oleh En. Nurul Amin. Dari pukul 10-12.30 pm baru abis. Pastu makan-makan sikit









Hebat tak bilik mesyuarat MPKK ni ? Hehehe. Lepas balik rehat solat sume terus start buat survey balik. Kali ni aku buat zon 1 and khusus untuk sektor aku. Aku jadi photographer. Aku tak tau keluasan zon 1 berapa tapi aku kira takde la besar sangat. Tapi entah kenapa aku rasa penat teramat sangat. Balik tu aku terus rasa demam and aku flu and batuk teruk jugak.


Hari ketiga pun lebih kurang je tapi teruk sikit la sebab buat survey satu hari suntuk. AKu pegi zon 1 jugak sebab sambung tugasan yang tak setel hari sebelumnya. Kali ni memang burn la jugak sebab panas la apa lagi kan. So hari ketiga ni tak banyak yang best sangat. Tapi malamnya kami pergi Taiping untuk makan nasi goreng udang Mak Jah. PM Md Noor yang pilih tempat ni. Memandangkan aku dengan udang tak boleh serasi so PM Md Noor suruh tukang masak sediakan nasi goreng telur mata untuk kami yang alergi beserta air jus oren.







Hari keempat dan terakhir pun buat survey sambung lagi kerja yang tak siap hari sebelumnya. Satu hari suntuk jugak. Mujur untuk group aku tinggal sikit je kawasan kena cover so kitorang decide nak jalan-jalan kawasan istana sebelum mulakan kerja. Pastu pekena mee rebus dengan rojak buah. Dah abes keje, balik bilik tidur, kemas barang sikit sebab pukul 5 dah bertolak balik kampus. Apa yang buat aku kagum dengan penduduk KK ni mereka sangat peramah tak kira kaum. Ada yang sanggup tolong bagi maklumat sikit-sikit and ada yang pelawa rehat kat rumah la macam-macam lagi. Terima kasih kepada mereka yang membantu kami menjayakan projek ni. Goodbye Kuala Kangsar :)




No comments: