assalammualaikum
Ceyytt. Azam ? Tak pernah selama ni ada azam. Dah 20 tahun hidup memang tak pernah ada azam sebab azam saya adalah hari² bukan tahunan. Heeee huuu haaaa. Tapi apa pun, ada beberapa niat bukan azam ye yang terbuku di hati tapi masih mencari jalan dan peluang untuk merealisasikannya. Mudah-mudahan mulai tahun ini, akan terlaksana la niat tu dan akan merealisasikannya seumur hidup. Insya Allah.
1. Mahu berpakaian lebih sopan di khalayak ramai. Maksud saya sopan ialah berpakaian labuh macam pakai blouse or baju muslimah, pergi kuliah hari² pakai baju kurung. Sekarang ni pun Alhamdulillah blouse dah banyak dalam closet. Then nak pakai tudung yang menutup dada. Pakai shawl pun nak macam tu. Alhamdulillah lately ni ber-style menutup dada tapi manusia kan, mana pernah tetap pendirian. Kadang² lalai jugak. Heee. Insya Allah nak capai niat ni walaupun ambil masa.
2. Nak kurangkan kelantangan suara. Heehuahaueha. Saya ni kalau dah bercakap memang payah nak jumpa noktah. So insya Allah permulaan sem baru nak kurangkan bercakap benda² tak berfaedah. Nak jadi pendiam. Okay tak ? Hahahahaha.
3. Nak shopping blouse banyak² sambil berjimat cermat. Apakah ? Macam mana ni ek. Heeee. Pandai² kamu la hanida =.='
4. Nak dapat Dekan lagi sem ni. Tak puas hati sem lepas tak dapat Dekan tapi Alhamdulillah pointer masih dalam status cemerlang gemilang terbilang. CGPA pun drop tak jauh mana so masih boleh kicap lagi ! Mana tau boleh buat fast track pigi Shah Alam, senang nak balik rumah selalu ! Heeeee.
5. Nak apa lagi ye ? Hmmmm. Nak jadi diri sendiri. :)
Cukuplah lima tu. Karang dah jadi macam birthday wish list pulak. Apa pun moga kita semua mencapai azam tahun baru ini seiring dengan daya usaha kita sendiri. Hahaha. Boleh jadi pakar motivasi tak ? Insya Allah :)
No comments:
Post a Comment