assalamualaikum
Salam hamba.. Tulus tanda ingatan. HAHA ! Main bedal je lirik. Ada sorang mamat airport ni kalau datang kedai je selalu beri salam nyanyi lagu tu. Aku gelarkan mamat sebab sebaya aku je. Huahua. Apa ni. Apa aku nak cerita tadi ??
Okay dah ingat ! Haha boleh buat iklan jap. Hari ni paling memenatkan la setakat 15 hari dah aku kerja. Pagi kena kikis tray baking yang agak banyak dan agak memeritkan. Aku kikis punya kikis siap tonyoh kasi berkilat gila tray tu sampai keluar peluh peluh jantan. Huhu. Ada la dekat 45 minit aku mengikis dan membasuh 10 tray kat dapur yang 'sangat' luas tu ye. Serius aku berpeluh habis. =.='
Apa yang aku seronoknya, hari ni customer semua berbudi bahasa. Termasuk la yang Melayu. Haha. Aku kerja kat sini macam dah jadi racist pulak tapi dengan kaum sendiri. Well, tadi masa aku dah start jaga sorang sorang, tiba tiba ramai customer melulu masuk kedai dalam satu masa. Then ada husband and wife ni borong barang runcit banyak gilak, rotinya satu je. Belakang dah berderet beratur. Yang bagusnya, diorang sangat penyabar dan tak kisah dengan kelembapan aku bekerja. HAHA ! Tapi Alhamdulillah aku tak clumsy dan berdebar hasil daripada pengalaman di Watson's. Dah la aku buat semua sorang sorang kot. Huhu. Terima kasih ye customer !
No comments:
Post a Comment