8 Jun 2012

Recent Activity




WARNING ! This is a repost ladies and gentleman ! >.<




assalammualaikum


Wah macam pesbuk pulak ada recent activity. Hehehe. Well within one week before nak balik kampus ni, banyak jugak perkara yang dapat aku lakukan dan luangkan bersama mereka mereka yang disayangi. Wahh gitu. 


29 Mei 2012 : Farewell Dikyus @ PPj


gambar blur hasil tangkapan jurugambar 'propesional' Zan'R Tahir. Ahahahaha. :)

Aku telah mengambil kesempatan waktu rehat untuk ke PPj. Jarak dari kedai roti dan PPj ada la dalam 30 min perjalanan makanya aku telah memecut selaju yang mungkin cuma slow sikit dari Michael Schumacher. Yela bawak Myvi mana mampu nak pecut macam F1 car kan. Hehehe. Sempat la jamah kepci 2 ketul, bihun sup, mini pavlova, red velvet, mee goreng, kek cawan, eskrem . . Ehh macam banyak pulak aku makan. =.='


 3 Jun 2010 : Ayza' Bazaar & Ice Room @ Kota Damansara




Kalau anda blogger tegar dan kenal dengan nama nama online blogshop seperti di atas, maka takyah aku cerita panjang panjang. Yang tak tahu pun, buat buat tahu ye. Hehe. Aku pergi dengan harapan nak grab sepasang sepatu and kot kot terjumpa FL ke Maria Elena ke or Shea Rasol ke tapi malangnya ngak jumpa dehhhh. Sepatu pun tak banyak yang banyak baju baju la. 5 min je aku kat situ. Pastu we moved on to ICE ROOM


Sumber : Google Image



First time aku masuk sini sebab cuaca panas maka aku sangat sangat lapar eskrem. Menu kat sini biasa je. Not as I expected. Wah kemain. Menu dia takde la variety sangat. Kekuatan dia pada eskrem je. Hahaha. Aku telah mengoder Strawberry Snow Ice, Mango Pomelo, Milo ais adik aku punya dan french fries. 


Yang strawberry tu camni la ngupenya. Sumber : Google Image

Disebabkan lapau dan dahaga maka aku tak sempat nak amik gambar makanan. Apa yang aku boleh komen, eskrem dia memang superb !! Banyak gilak siap boleh tapau makan balik time malam malam. Hehehe. Harga pun agak okay la dengan kuantiti eskrem yang banyak. :)


4 Jun 2012 : Chit chat chot @ Umai Cafe


Aku dan rakan dunia akhirat aku memang tak boleh diceraikan. Hahaha. Cerai cerai tawww. So kali ni bertiga je la sebab Fiza ada family gathering. So just sempat chit chat chot je dan nomnomnom sejam dua kat Umai Cafe. Umai Cafe pun sangat bagus sebab harga yang sangat berpatutan dengan view lakeside dia. So kalau nak makan ala ala santai, sila la ke Umai Cafe, Presint 2 yee. :)


Our menu :)


Anis makan Nasi Goreng Paprik + Air Cinta apebenda entah cinta cinta camtu la. Hahaha. Padahal gabungan asam boi dengan limau. Bercinta la tu kot. Hehe. Mira char kuey teow + Bandung Umai. Aku mee rebus + jus epal. Mee rebus sini perrghhh tip top gilak ! Alhamdulillah masing masing kenyang :)






Tak sah la kalau tak camwhore dengan diorang ni. View pun lakeside makanya amik feel la tewww. Ahahahaha. Poyos. ^^


5 Jun 2012 : Chit chat chot @ Alamanda 


Then today, dengan Fiza pulak. Anis pulak kena babysitting sepupu sepupu dia. Hehehe. Kali ni pergi Alamanda sajeee. The best part is Mira drive ! BIG YES ! Selama 3 tahun ni asyik aku je jadi drebar, makanya hari ni giliran aku pulak yang duduk tidur kat seat belakang. Heheheh. Tapi hari ni tak banyak amik gambar sebab aku dalam mood mengantuk. Lepas makan and main token kan Alamanda, kitorang pergi pasar malam. Baik kan kitorang pergi pasar malam ? Hehehe. 


jangan pertikai kenapa aku pakai tudung merah makngah. Tu tudung ekspres nak cepat siap =.='


7 Jun 2012 : Chit Chat Chot @ Alamanda again 


AHHHHHH ! Dah lama tak jumpa sahabat aku yang sorang ini okay ! Nurul Ain Rahaizah. Huhu. Kawan yang ting tong sejak sekelas dengan dia masa Form 2. Sampai sekarang kitorang ting tong bila berjumpa dan sifat clumsy dia tak pernah lekang. Well, that's herself. Hehe. She's kinda lika a joker for me. Aku ni semakin matang la jugak tapi dia remain dengan sifat dia which is good okay ain ? Hehehe. Kitorang just tengok MIB 3 dan pusing pusing.




Ohh ya, kitorang sempat jumpa Azmira yang sekarang kerja di Cool Blog yang ohsem ! Yes cool blog memang sedap plus tak mahal and it's really worth it :)


8 Jun 2012 : Chit Chat Chot @ Alamanda again and again =.=' 


Okay hari yang sangat miserable ! Aku dah janji dengan Mira and Fiza untuk tengok Snow White and The Huntsman pukul 11am. And guess what ? Aku bangun pukul 11 okay !!! Memang elok sangat la anak dara macam aku bangun lewat. Aigoo. Aku tidur lambat malam sebelumnya tu yang lepas Subuh konon nak take a 'nap'. Nap aku memang berjam lamanya. Maka aku segera siap pergi Alamanda. Terus tak dapat tengok Snow White tu and aku rasa sangat teruk !! Huuu. 




Lantas kitorang tengok Prometheus yang SANGAT la ohsem. Arggghhh. Kitorang sudah membazirkan RM12 untuk tengok cerita yang entah pape tu. =.='



Okay sangat panjang. Maap dan sekian ~