Tanggal 27 Julai 2012
Macam-macam peristiwa berlaku
HAHA
1. Washing machine : Aku dan As bertungkus lumus merepair mesin basuh rumah sewa kami. Mesin tu manual dan terbahagi kepada 2 bahagian : wash & dryer. Dryer mesin tu problem almost a week. Maka aku dan as mengambil inisiatif untuk menjadi 'jurutera mekanikal'. HAHAHAHAHA ! Repair punya repair bukak cabut skru wire wire semua pasang balik body dia maka elok la mesin tu. Alhamdulillah tapi dapur habis berselerak dengan air washing machine tumpah.
2. Tenis : Buat pertama kalinya aku bermain tenis dengan As, Husni & Lupi kat tennis court kampus kami. Gugup bak hang. Aku pegang raket macam nak main hoki, genggam kuat kuat. Hehe. Tapi aku main tak lama sebab kami lawan dengan budak Art Design. Budak tu teror sangat maka tak sanggup nak main tenis lagi. Huhuhuhuuu.
3. Masak : Sejak duduk rumah sewa ni aku jujur la yang kami jarang masak disebabkan kos makan di kedai lebih murah berbanding nak masak-masak kat rumah. Pastu kalau masak, orang yang nak makannya pun tak ramai. So tak berbaloi. Tapi semalam aku dan As (lagi) bersama Aten decide nak masak untuk berbuka. Menunya :
Ayam goreng rempah masak hitam
Budu
Kerabu mangga
Sayur mayur
Udang masak sambal (beli kat bazar je. Heee)
Lepas main tenis, dalam pukul 7.15 baru start masak semuanya. HAHAHAH ! Sempat cek oi sebab Maghrib 7.35. Alhamdulillah semua makanan lazat lazat malah kami sangat kekenyangan. Dan ini pengalaman baru buat aku sebab aku tak pernah makan budu dan kerabu mangga. Sedap sehhh ! ^_^
p/s : Maap la takde gambaq :)
No comments:
Post a Comment