18 Apr 2013

Al-Fatihah buat Syukri bin Hatim




assalammualaikum


Jam 12.50 am. Baru sampai kolej dari Kg. Gajah, Perak. Arwah selamat dikebumikan di Kg. Gajah selepas solat Asar. Aku terharu sangat ramai rakan seperjuangan arwah menziarahi arwah buat kali terakhir. Ukhwah yang terjalin dalam kalangan budak-budak UiTM Seri Iskandar tetap utuh malah makin kukuh walaupun masing-masing berlainan batch dan membawa haluan masing-masing selepas diploma. Aku baru mengenali arwah 2 bulan tapi percayalah, impak perkenalan yang singkat ini sangat terkesan dalam hati. Sebak. Sayu. Teresak.


Jam 9 pagi waktu dalam kelas modelling sectoral, kawan kami, Ejat beritahu berita mengejutkan dalam keadaan terkejut. 



"Korang, syuk dah takde"



Ringkas, namun pedih untuk ditelan. Semua rakan-rakan ex-diploma dari Perak terus kaget and menangis termasuk aku yang baru kenal 2 bulan sahaja. Innalillah. Inilah pertama kali rakan yang rapat pergi terlebih dahulu menghadap Ilahi. Al-Fatihah.


5 April 2013, melawat arwah di PPUM. Seronok tengok arwah masa ni :')






27 Mar 2013

Wordless Wednesday #31 : Fakulti



Gambar rajah 1.1


Gambar rajah menunjukkan kedudukan kolej aku dan fakulti. Alhamdulillah memang sebelah-sebelah tapi, MasyaAllah. Tinggi dia. -_- Cukup satu sem aku dah boleh naik everest rasanya. InshaAllah








p/s : FSPU stands for Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur. 7.14pm dan masih di studio. Kbai


28 Feb 2013

Berasap




"Jangan la macam ni. Sikit-sikit nak berasap. Aku nak kerjasama dengan kau ni"


*Berasap-asap


"Kau serius boleh tak ? Aku penat ni. Aku dah lama sabar dengan kau. Tadi kau buat 2 kali elok je"


*Berasap-asap tak peduli tohmahan aku


"Fine. Main kasar."


*Berasap berkepul-kepul disusuli bara merah











"Kurang ajar punya oven" - monolog luaran