17 Dec 2010

Alamanda Putrajaya



assalammualaikum


Sorry saje nak show off. HAHA.


Haa. Untuk penduduk peribumi Putrajaya, inilah syurga and the one and only shopping complex yang ada kat Putrajaya nun. Yes. I'm Putrajaya resident :)

Selain Putrajaya, Alamanda ni menjadi tumpuan penduduk sekitar Putrajaya macam Bangi, Kajang, & Dengkil. Plus, Putrajaya ni dikira suburb atau pinggir bandar sebab terletak 33 km dari Kuala Lumpur. So takyah la pigi jauh² untuk shopping sebab Alamanda di hatiku :)

Sikit info pasal Alamanda ni. 
Dah nama pun Alamanda so namanya dipetik dari nama bunga.


Haa. Nampak ? Alamanda dibuka secara rasminya pada Ogos 2004 kalau tak silap. Tak besar mana pun Alamanda ni. Sekadar 3 tingkat tapi die memanjang. Terbahagi kepada dua bangunan, North & South. Ada supermarket jugak la dalam ni iaitu Carrefour :)

Sebenarnya buat entry Alamanda ni sebab my dear Anis cerita masa kitorang lepak tadi. Katanya Alamanda ni bakal jadi shopping complex exclusive macam ala² The Gardens gitu. Di mana visitors akan rasa macam berada di Milan or France padahal Putrajaya je. Hehehe. 

Kadang² rasa kagum jugak sebab Alamanda terchenta ni bakal jadi exclusive tapi dari sudut kerelevannya, macam tak adil je. Sebab kesemua penduduk Putrajaya adalah penjawat jawatan awam yakni bekerja dengan kerajaan so agak² la mereka nak beli barangan yang harga beratusan kan. Alaaa. Mereka shopping tang² gaji je pun. Hari² lain mana ada. Foreigners memang la ramai sebab Kat Cyberjaya banyak IPTS yang amik pelajar overseas tapi diorang bukan shopping sangat pun. Diorang lagi suka barangan buatan Malaysia.

HAHAHAHHAHA !
behave hanida =.='

Asal balik umah je asyik² Alamanda. Asyik² Alamanda (repeat till fade) HAHA. Curi ayat orang. 
Ramai selalu mengomel takde tempat lain ke nak tuju ? Alamanda bukan ada apa pun.
Itu bagi korang. Bagi saya Alamanda tak pernah membosankan. Lengkap aje. Ada boling, panggung wayang, karoke, arcade. Haa. Apa lagi tak cukup. Alah. Kitorang pergi bukannya nak shopping macam anak YB pun. Sekadar melepaskan lelah di dada je. Haish.

Pastu main boling kat sini best sebab lane die tak licin macam boling kat Mid Valley, Ipoh Parade, Kinta City Mall & The Mines. Hahhaa. Kalau main boling kat sini skor paling koman pun seratus lebih. Tu kalau main secara lemah lembut. Kalau bagi fokus dan tumpuan yang lebih, up sikit la kan. Heheh. Plus, kat sini ramai pro² bowlers selalu buat tournament and rasa kaget dek kerana psycho yang mereka beri lantas skor pun macam dionak duri =.=

Lagi satu, Alamanda ni la syurga pada budak² lepasan SPM and pencuti semester sebab senang nak cari kerja. Berlambak². Tinggal nak pilih je. Hehehe. 

Teringat zaman kegemilangan time kerja kat Watsons Alamanda. 
Camne Mira ? Thank you see you soon !

Hahahhaa. Gila rindu weeehhh. Abes je keje, main slide² konon macam ice skating kat Sunway tu. Hehe. Kedai paling cepat tutup ialah Maxis Centre. Kedai tu facing Watsons. Pukul 9.45 sharp diorang dah tutup buat closing. Gilak betui. Tapi², ada sorang abang Maxis ni kacak wa cakap kat luu. Hehe. Pagi² lepas dah kira float (mira je paham) apa sume berebut dengan Mira nak cuci cermin kat luar sebab nak lambai abang tu. Abang tu pulak selalu datang Watsons buat² beli chewing gum, coklat, snacks. Sempat jugak gatal². HAHAHA ! Mampus incik canada tahu ini. ^_^

Then (ada lagiii) paling tak tahan masa tunggu Fiqa & Fiza buat closing kat Baskin Robbins. Ohh ye. Mereka pekerja BR. Hehehe. Pukul 11 lebih jugak la baru setel. Closing punya pasal. Pastu sempat amik gambar. Kira Watsons VS BR jugak la. HAHAHA. Tapi pada siapa ye gambar tu ? Tengok pun tak sempat =.=


Maap. Kualiti gambar pada tahap professional. 


Haa. See ? Kedai kat belakang dah tutup :)


gambar gedik² dengan Mira :)


Yeah ! Buat jamuan kelas kat boling :)

Haa. Itu je la nak sharing. 

Sekian ^_^




7 comments:

tiAdA NamE said...

ha!!!!abe maxis tu????

miraa. said...

hahaha.ida. jawab2! abe maxis ensem. ^^

Cahaya Kekal Abadi said...

tiAda NamE : aah abe maxis gitu :P
miraa : apa nama abe tu eh ? dah takde kat maxis skrg :( huuu.

miraa. said...

rindooo la.HAHAHAHA

Cahaya Kekal Abadi said...

hahaha. weyh, pada sape gmbr kite 4 tuh ? pkai hp sape heh ?

miraa. said...

yg mane 1 kah???

Cahaya Kekal Abadi said...

gambar dgn fiqa n fiza blk lewat mlm tuu