assalammualaikum
Ye aku tau. Dah terlampau amat lambat untuk publish entry ni. Setelah berusia 19 tahun seminggu baru nak post. HAHAHHA ! Suka hati aku la kan ? :) Okay. Aku mahu berTERIMA KASIH pada BABES aku kerana menganjurkan hari yang sangat kebaaboom untuk aku. Hehehe. Takde tepung² okay. Aku dah sound diorang awal². Dan mereka sangat takut dengan ke-sound-an aku tu. HAHAHA !
Hari : Isnin
Tarikh : 29 November 2010
Masa : 10 am - 7pm
Okay actually cik Azmiratul dah post dulu entry ni kat blog dia tapi aku tak nak mengaku kalah jugak. Heheh. Kiasu konon. Opsss ! Tidak. Bukan aku yeee :) Btw, we are welcoming Fiqa Hassim dear :)
Haa. Yang kanan tu Fiqa. Heee. Twin kepada Fiza. Nama pun dekat² and mereka memang sangat tinggi terlampai. Haish. Perjalanan dimulai dengan mengambil Mira, Anis, Fiza & Fiqa sebelum menuju ke Alamande je :p ohh yee. Saya DREBAR !
Kami beli tiket dulu sesudah sampai. Cerita apa ?
Sebelum nak tengok wayang, kitorang decide nak karoke dulu (mira & fiza je). Karoke tak bukak lagi so kami decide snap² jap sambil menunggu kedatangan YB Amin. :)
Dan datanglah si Amin ni. Finally =.= Walau bagaimanapun (sumpah skema), nasib tidak menyebelahi kitorang sebab karoke tu bukak lambat lagi dan kitorang pun berlalu pergi sambil sumpah seranah akak cashier tu. HAHAHA. Tu tipu. Last² pegi brunch or starter (bak kata anis) kat Big Apple. Heeee :)
Haaa. Aku tak tau nak berterima kasih pada siapa kerana bukan saya yang bayar ini. Hahaha. Tajaan anis dan mira agaknya ? Okay aku makan the alien dgn almond je. Gemok la nak abeskan sume :)
then menuju la kami ke GSC untuk menatap Harry Potter. :)
Selepas menonton wayang (skema badut) kitorang menunaikan tuntutan fardu serta membeli jajan² untuk dimakan di Pullman. Alhamdulillah hujan sudah reda maka kami bergerak menuju ke Domino's dulu kat Presint 8.
Pantang ada kamera. Pemanduan diabaikan seketika yee. Ini kerana saudara Amin sedang mengisi minyak di Presint 16. Hehuhahuhehaa. *gelak tapir*
Hesh. Dah la bawak motor melelong². Sempat lagi peace² tu. Memang patut kena saman je. Kan amin kan ? :) Ohh aku nak berterima kasih kepada kumbang sekor ni sebab membelanja kami KFC dan Domino's. Sangat terhutang kekenyangan sama kamu. Huuuuuu.
Okay. Pizza tu lambat siap seminit dan Fiqaa sangat mengamuk pada detik itu. Hahaha. Kan fiqa kan ? :) Pastu terus menuju ke Pullman ! Yeahhh baby !
Saya dan anis je yang alah² sopan gitu kan. Haaaa. Ada ciri² wanita idaman kah ? Teeeeeeeettt ! Hahhahaa. Pastu apa lagi kawan² ? SERAAAAAAAAAAAAANNNNGGGG !!
Tu diaaa. Ada Domino's, KFC and Secret Recipe yang dibelanja oleh fiza & fiqa kot ? Hehhee. Thanks dear ! Memang tak ingat dunia dah bai. Lapar tahap babun dah kitorang. Masing² senyap time makan sebab kebuluran la kaannn. Hehehe. Paling banyak makan siapa lagi ? AKU laa ! Ngeeeee :)
Baiklah. Sesudah kekenyangan, masa untuk ambil gambar ! Yeeeeppppiii !
Hesh. Tak aci betul. Saya suku je dalam pic ni. Tapi², sila perhati muka mira. Sangat energetik ! HAHAHHA :)
Fiqaa balik awal, so sebelum die balik, amik gambar band dulu. Heeee :)
Thank you so much fiqaa sebab sudi datang jauh² and membelanja kami mana² yang patut. <3 mmmmuuuaaahhh untuk fiqaa ! (okay segmen awww awww jap) :) Sebelum balik, kitorang yang tinggal habiskan saki baki makanan iaitu kek dan jus aloe vera.
Disebabkan hari hujan, kami beransur pulang dalam jam 6.20 pm. Hahaha. Kalau tak hujan, memang tak reti tengok jam. Duk canguk je kat situ lama². Hehhe. Aku sangat gumbira sebab aku hanya mengeluarkan RM11 je untuk membiayai tiket wayang. Makanan² ini ditaja oleh mereka² semua. Dan YES, mereka sahabat aku dunia akhirat.
<3 Babes !
Sekian :)





















