9 Sept 2011

PLKN Part 1



assalammualaikum dan salam satu malaysia :)


Aku online facebook macam biasa. Scroll punya scroll aku bukak membe PLKN aku punya FB, Marissa. Aku tengok balik album 'national service'. Walaupun takde gambar aku, tapi bila aku tengok gambar² dalam album tu, suddenly how am miss that camp so much :(


Kem PLKN Sinaran Suria, Sungkai


Masa first aku dapat surat tawaran (cehh tawaran la sangat) PLKN ni, first impression aku ialah kenapa la aku dapat kat Perak ?? Aku nak Sabah ke, Sarawak ke. Tapi takpe la. Perak pun Perak la lagipun aku memang tak sabar nak pegi PLKN. YE. Korang tak salah baca. Aku memang tak sabar pegi PLKN. Padahal orang lain sanggup buat apa saja untuk tidak daftarkan diri sebagai pelatih. Haaa aku ni lain sikit. Aku rasa ada darah patriotik dan nasionalisma mengalir dalam darah jenis AB aku ni. Hahaha ! 




Jun 2009. Aku tak berapa ingat berapa hari bulan aku daftarkan diri. Aku naek bas dari Park n Ride Putrajaya. Yang paling best sekali family aku follow bas aku naek dari belakang. Haa sweet kan ? Heheh. Sampai² kem aku dapat dorm BP1 and automatik jadi member kompeni Alpha. Masuk dorm, orang first sekali aku kenal Linda, orang asli dari Pahang. Sangat peramah dan kadang² pendiam. Pastu aku kenal Umie, budak pok pek pok pek sekali kat dorm and perangai budak² dia memang takde sape boleh lawan. Hehe.


Selang seminggu pastu aku dipilih jadi Ketua Kompeni Alpha bagi wirawati (pelatih perempuan). Syukur. Aicehh. Dapat la pegang title dua balak. Pembantu aku Yugi. Pastu ada tugasan untuk setiap kompeni iaitu Alpha, Bravo, Charlie, Delta. Kena buat pembentangan kompeni masing². Perkenalkan nama baru kompeni, tepuk² kompeni, and apa lagi entah aku tak ingat. Kesimpulannya kompeni Alpha menang ! Woohooo ! Korang mesti tak caya kan aku ajar budak² laen hakka. Hahaha. Pastu aku la tukang presenter. Paling aku suka bendera kitorang cantik ! Aku puas hati. Mekasih ustaz sebab jadi pelukis bendera. Mana la kamu sekarang ek ? ^^




Alpha


Bravo


Charlie


Delta


Yup. Pusaka Merah. Kitorang ada lagu Pusaka Merah. Hafal lagi sampai sekarang. Fuuuhh. 


Pusaka merah...
Harapan menyala...


Oke aku tipu. Aku tak hafal. Teruk kan aku ni ? Sape pencipta lirik pun aku tak ingat tapi mekasih kat korang lagu kita memang best ! Penolong pengarah suka pembentangan kitorang and siap jumpa aku face to face lepas present. Huwaa tak terkezut pulak aku. Pastu amik gambar aku dengan Ckin zoom dekat² kat muka. Malas aku nak letak gambar tu dalam entry ni. Gedabak sangat muka aku. Heeee.




Setakat ni itu je aku nak cerita dulu. Nanti aku buat sambungan part 2,3,4,5 and so on. Banyak sangat benda nak cerita and banyak sangat gambar nak taruk. Hehhee. Maap ye kalau entri ni banyak memihak kepada Alpha sahaja. Rindu korang sangat². :)




sumber gambar dari Lolipop dengan Cikgu Liana 

8 Sept 2011

Peminat Hindustan Tegar :)

assalammualaikum


Huuui. Aku dengan hindustan tak boleh di 'divorce' kan. Aku mula kenal hindustan masa umur aku 4 tahun. Filem hindustan pertama aku tengok Kuch Kuch Hota Hai. Dah yang tak minat hindustan tu pegi la google kalau tak tau filem ni yang mana satu. Hehehe. Tapi aku tak minat Shah Rukh Khan sangat. Aku sangat minat Salman Khan dengan Karishma Kapoor and aku suka kalau diorang jadi pasangan dalam filem. Aku sanggup wooo tengok filem tu sampai lebam². 






Haa filem ni la yang paling aku minat kalau gandingan diorang. Banyak lagi filem lain yang diorang jadi kekasih. Chal Mere Bhai, Biwi No. 1 antara filem² diorang. Salman Khan dalam cerita ni sangat la comel sebab dia takde la pendek mana and lebih kurang tinggi Karishma je. Uhuuu. Tapi Karishma dalam cerita ni sangat hebat menari walaupun pakai heels gedabak punya tinggi. Aku rasa dia memang ada bakat menari sebab kalau dia menari memang nampak natural and bersungguh². Wah ! macam aku pulak choreographer diorang.


Oh lagi satu, Karishma ni kakak kepada Kareena Kapoor, sepupu Anil Kapoor dan keturunan Rishi Kapoor. Sebab tu nama diorang semua Kapoor² je. Pandai² la korang buat² tahu yee. Hahaha . Karishma ni cantik dari Kareena sebab muka dia bujur sireh, mata hijau coklat sikit and rambut die tebal and ikal mayang. 


 

Malangnya lepas je Karishma kawin, dia dah stop berlakon. Aku rasa sayang la dia tak berlakon dah sebab dah ramai heroin yang top² tahun 80an, 90an dengan awal 2000 stop berlakon and bagi pelakon wanita baru yang seksi nak muntah. Sejak dari tu aku dah tak tengok hindustan. Kalau aku tengok pun filem masa aku kecik² je dulu. Korang tak tau yang aku dilahirkan dalam keluarga besar yang memang layan cerita hindustan. Ayah aku sanggup woo tengok Mohabbatein sampai pukul 1 pagi. Hahaha. 


Masa kecik² dulu aku dijaga arwah atuk aku bersama sepupu² belah ibu. Dapat je tape / CD hindustan, habes umah tu ! Kitorang joget² ikut pergerakan tarian dalam mana² filem. Sebab tu sampai sekarang aku hafal tarian dia. Hahhaha. Sekarang ni joget sikit² je la takat jungkit² bahu. Over² karang orang ingat aku menari dangdut pulak =.='




OHH ! Salman Khan takyah cakap laa kenapa aku suka dia. Okay okay aku cakap jugak. Sebab badan die berketul² ! Aku suka. Hahhaa. Plus, walaupun dia ni rendah sikit, tapi disebabkan badan dia yang tough, melayakkan dia jadi hero filem. Wuuuuuhuuuu ! Cayok la ! Tapi tu je la yang aku kagum kat dia sebab kalau kat luar set pengambaran, dia ni panas baran nak muntah. Okay aku cakap ni berdasarkan pengalaman aku di set pengambaran bersama dia. Okay aku tipu. :D


Apa pun nak mekacih kat studio mate, Kak Zuzu sebab mengembalikan fenomena hindustan dalam studio kami. Hhahaa. Makcih nak zuu :) :)


7 Sept 2011

Cuak Lagi