30 Nov 2011

Wordless Wednesday #1 : Plotting Machine








It has been 2 days in a row I'm against this monsta =.='


Kawan Lama :')

Suatu tengah hari, Ika sedang menuju ke kafe untuk membeli makanan tengah hari. Sedang leka menaip mesej sambil melalui laluan hijau, Ika terserempak dengan Mila dan Ari.


Mila: Ehh, Ika !! Laaa keje sini ke ?


Ika: Eh hai Mila hai Ari !! Lamanya tak jumpa korang. Aah baru seminggu kat sini. Aku tau Ari je yang keje kat sini. Tak sangka pulak kau pun sama.


Mila: Alaaa satu jabatan, satu unit, satu meja lagi dengan Ari ni. Cuma dia start 10 hari awal.


Ari: *leka dengan walkman 


Mila: Ohh best la korang kan. Ada kawan. Tak macam aku. Aku sorang je muda mudi. Staf lain semua dah berusia sikit dari aku. Kekok sikit la. 


Mila: Kau rehat sorang sorang ke ?


Ika: Ha? Aah. Aku tengok staf lain pun makan ikut time diorang sendiri. Sorang sorang jugak. Takde pun ajak ajak aku or staf lain. Aku pun makan la sorang sorang. Tapi takpe, aku dah biasa.


Mila: Ek ? Kesian kau kan. Kau jabatan mana ?


Ika: Ohh aku jabatan perancang bandar. Aras 8. Korang aras 4 eh ?


Mila: Amboi tinggi tu aras 8. Perancang bandar ye. Penting jugak tugas korang tu yela nak merancang bandar apa semua. Aah kitorang aras 4.


Ika: *Bangga dalam hati sejenak. Nak bangga fizikal takbur pulak jadinya nanti.


Ari: *masih mendengar lagu melalui walkman


Ika: Korang tak pergi makan ke ? Takkan makan snek je ? 


Mila: Errmm malas la. Kitorang memang jarang makan nasi. Selalu beli ni je. Hehe.


Ika: Laaa pulak dah. Hehe. Korang datang kerja naik apa ?


Mila: Haa ayah aku hantar. Kau ?


Ari: Aku pun ayah aku yang hantar.


Ika: Ohh aku drive sendiri. Sebab susah nak dapat bas 200 kat kawasan rumah aku tu. Naik kereta boleh pergi lewat sikit. 


Mila: Waaahh bestnya boleh drive sendiri !


Ika: Alaa biasa biasa je. Kalau nak tumpang pergi kerja sekali ke apa ke, bagitau jela. Hmm. Kejap je nak habis Diploma kan ?


Mila: Aah kejap sangat. Sekolah pun dah lama habis. 




























Ketiga tiga mereka merenung ke arah Masjid Sultan Zainal Abidin. 

26 Nov 2011

Minggu Pertama

assalammualaikum




Hari pertama : Lapor diri di Bahagian Sumber Manusia, Aras 2, Blok A, Kompleks Perbadanan Putrajaya. Lepas tu aku ditempatkan di Unit Local Agenda 21 (LA21), Bahagian Perancang Bandar, Aras 8, Blok C. Lepas perkenalkan diri sume aku diberi 3 buku Laporan Tahunan LA21 untuk introduce aku apa itu LA21. Aku belum dapat kerja hari ni sebab semua staff busy dengan meeting esok harinya. So aku just amati Laporan tu. Yes. Hari pertama agak bosan.


Hari kedua : Aku ikut sekali Mesyuarat Induk LA 21 yang diadakan 2 kali setahun. Baru hari kedua dah join meeting besar bersama Presiden Putrajaya, Tan Sri Samsudin Osman. Dalam meeting room tu aku just tolong Penyelia aku, Puan Norzita untuk tekan slide powerpoint, greet ahli mesyuarat and ambil attendance diorang. Aku rasa macam Secretary pulak. =.=''  Agak nebes sebab aku taktau nak panggil ahli mesyuarat tu Tan Sri ke, Datuk ke, YB ke, Tuan or Puan. Lastly aku panggil Tuan dengan Puan je semua. Hehehe. Lepas meeting terduduk semeja dengan Tuan Presiden. Mampuihh. Kelu lidah bicara. Hahaha. Pengalaman yang priceless.


Hari ketiga : Aku dah diberi kerja oleh Kak Diana (Kak D). Aku kene buat Laporan Tahunan LA21 tahun 2011 punya. Ketaq jugak la sebab tak pasal pasal buat laporan yang bakal dibaca oleh public. Mujur Kak D bagi rujukan so that aku bole ikut je. Hehhee. Pastu Kak D bagi aku flow unit yang aku kena pergi by date yang dah ditetapkan. 


Hari keempat : Aku teruskan buat laporan semalam and hari ni sunyi sikit unit LA21 sebab ramai pergi seminar pastu ada yang busy dengan presentation and meeting. Tinggal la aku je yang setia dengan cubicle and laptop and laporan. Hehehe. 


Hari kelima : Hari ni pun sunyi jugak sebab yang pergi seminar tu tak balik lagi and Kak D pun dah cuti alang alang Awal Muharram kan. Tapi best sebab hari ni ada bacaan Yassin dan doa selamat. Buat kat Aras 7 and ada staff yang bawak makanan. Kira jamuan kecik kecik. Aku kene introduce diri lagi sekali sebab tak semua kenal lagi. Maklum la budak praktikal. Hehe. Alhamdulillah time ni la aku dapat kenal and beranikan diri untuk bermesra. Yela bila kita dalam kelompok yang umurnya beyond than us, jadi agak janggal. Kalau bukan staff yang tegur kita, kita la yang wajib tegur.  Yang muda hormat yang tua tak gitu ? :)


Overall aku masih rasa so-so lagi kat office maybe sebab tugasan yang diberi tu aku tak berapa nak paham lagi. Nanti aku akan ditukar unit. Ada 5 unit kat sini. Nanti nanti aku cerita lagi. Sepanjang minggu ni aku hanya belanja RM4.50 untuk makan. HAHAHA ! Sebabnya selasa makan free sempena meeting, rabu pulak Puan Nurul belanja nasi hujan panas, khamis Kak D belanja nasi dagang, jumaat makan jamuan bacaan Yassin. Macam mana nak kurus kalau makan sume sedap sedap. ^^